Sunday, December 26, 2010

Selamat Tengahari~!

Salam untuk semua..

Selamat tengahari.. Hehehe.. Apa plan hari ni? Entahlah, kata En. Hubby mahu ke Jusco nak renew J-Card.. Ermm saya pula masih menikmati cuti sekolah ni selagi boleh, tinggal seminggu saja lagi.. Ermm saya akan rindukan kerjaya nie, rindukan anak-anak murid saya, tempat jatuh lagikan dikenang, ini pula tempat bermain.. Huhuhu..

Lambatnya surat ni sampai, tak sabar dah rasanya nak mulakan kerja di tempat baru, dan alhamdulillah doa saya tercapai, dapat kerja dalam sektor awam.. :)

Doakan semuanya akan selamat dan ok untuk saya.. :)
Share:

Saturday, December 25, 2010

Merry Christmas~!!


Salam untuk semua..

Merry Christmas untuk semua yang menyambut Christmas.. Especially for Christians.. Ermm arini tak ada aktiviti yang menarik pun, lepak kat rumah je sepanjang hari. Ermm, esok masih dalam planning nak ke mana.. Ye la, tak lama lagi saya bakal bekerja dengan kerajaan, dan tiga bulan pertama tak bergaji, jadi kena la kumpul-kumpul duit sikit.. Tak boleh la nak bershopping sakan.. Bila ingat Year End Sale.. Huwaa hati menangis nak bershopping.. Hehehe :D

Teringat pula waktu kecil-kecil, dulu suka sangat tunggu bila christmas datang.. Ntah la walaupun tak pernah seumur hidup pun menyambutnya, tapi saya sangat suka dengan sambutan christmas.. Mungkin juga sebab saya amat meminati Fairy Tales.. :) Dan juga saya sangat suka dengan cerita Tooth Fairy.. Heheh.. Kelakar rasanya mungkin tu la yang dikatakan kanak-kanak.. Imaginasi tanpa sempadan.. :)

Dan sampai sekarang saya masih menyukai sambutan christmas, dan alangkah baik nya jika salji turun di Malaysia.. :)

Share:

Friday, December 24, 2010

Maafkan Mama, Naveed..

Naveed sayang maafkan mama,
Hari ni Naveed cakap Naveed sayang mama,
Hari ni Naveed bagitahu Mama cantik,
Hari ni Naveed bagitahu sayang papa juga..

Tapi,
Hari yang sama juga,
Mama marahkan Naveed sebab mengamuk,
Mama rotan Naveed sebab Naveed tendang mama,
Mama minta maaf..

Sebolehnya mama tak nak marah Naveed,
Apalagi pukul dan rotan Naveed..
Tapi maaf Naveed,
Mama nak Naveed jadi anak yang berguna nanti..

Ada saja yang Naveed buat mendatangkan marah mama,
Tapi ada saja yang Naveed buat mengharukan mama,
Naveed, tolong mama..

Jangan sampai mama, marah dan rotan Naveed lagi lepas ni..
Mama sayang Naveed..

Malah mama sanggup berikan nyawa mama sebagai tebusan untuk Naveed..
Mama sayang Naveed..
Share:

Wednesday, December 22, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life..



Salam untuk semua..

Dah lama dah tak berupdate blog ni. Dah bersawang-sawang pun. Agak sibuk lagipun banyak benda yang harus disettle kan.. Ermm apa yang pastinya semua kesibukan ini boleh diatasi, alasan yang sangat sesuai harus saya nyatakan adalah MALAS.. Hihihi..

Oh berkenaan dengan tajuk entry kali ni, ada kena mengena dengan satu cerita yang berlaku dalam hidup saya baru-baru ni..

Kerap kali dalam kereta sewaktu kami sekeluarga keluar lagu ini berkumandang di radio.. Ya, saya amat meminati Maher Zain, apatah lagi lirik lagu nya sungguh indah. Berikut adalah antara dialog saya dan En. Hubby..


Saya : Abang, apa kata tujukan lagu ni untuk ayang..Nie lagu untuk wife nie (Sedey nya..Mintak sendiri nieh..Isk isk isk..)

Suami : Oh ye ke? Tak perasan pulak.. Ok.. Abang tujukan untuk awak..

Saya : La.. Itu je ke? Alaa...

Suami : Erm...

Keesokan harinya lepas dia pulang dari kerja dia letakkan sekeping kertas atas meja komputer..

Saya : Apa nie bang? (Saya amati, apa pulak nie..Pelik sangat rasenya..)

Suami : Entah, ada budak office bagi.

Saya : Oh..(Tapi masih dok mengamati kertas tu dan akhirnya saya perasan yang ia adalah lirik lagu FOR THE REST OF MY LIFE tapi malay version..)

Saya : Ayang dah tau dah..Ni lirik lagu kan.. Wahh siap tolong translate kan.. Rajin nya.. :)

Sepanjang hari tu saya senyum memanjang, sebab saya tahu suami saya. Dia bukan lah seorang yang romantik, tapi saya berterima kasih kerana dia cuba memenuhi untuk menjadi romantik tu walaupun dengan cara berbeza..


Maher Zain - For The Rest Of My Life..

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Cinta hati saya, Mr Hubby..


Kami..
Share:

Friday, December 17, 2010

Rindu..

Salam untuk semua..

Dah lama rasanya saya tinggalkan dunia blog nie.. Saya rindukan dunia blog.. Masih mengumpul idea-idea untuk kembali berblogging.. :)
Share:

Thursday, November 18, 2010

Update Ke Tidak?

Salam untuk semua..

Dah lama rasanya blog nie tak berupdate.. Sibuk memanjang, disebabkan konsert tahunan Q-Dees also kitorg punya centre pulak dah pindah. PENAT! PENAT! PENAT!

Oh ye, rasanya tak terlambat lagi kan kalau nak wish SELAMAT MENYAMBUT EID ADHA kepada semua umat ISLAM.. Ye tak? Ermm.. Ni permulaan entry dari sekian lama pertapaan.. :)
Share:

Saturday, October 30, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Dalam Mengejar Masa..

Salam..

Entry kali ni, dah banyak kali tertangguh, dek kerana kesibukan yang menghambat sehari-hari. Bukan apa, Jumaat lepas saya, suami dan anak bergegas pulang ke kampung. Kalau ikutkan saya, mahu saje saya balik lebih awal, tapi atas tanggungjawab lain terpaksa saya tundakan niat untuk balik ke Mersing pada Jumaat..

Kesian sungguh melihat abbi yang terlantar di wad, terbaring, bercakap hanya bila perlu.. Oh~! Saya rindu abbi, yang sentiasa ceria dengan gelak ketawa, yang sentiasa ada saja jenaka untuk mengenakan kami adik-beradik, bila melihat dia terbalik lesu di katil, sungguh saya tak kuat. Berapa kali air mata ini tumpah dibelakang dia, saya tak pandai menyembunyikan perasaan tapi saya tak mahu dia sedar saya sedang sakit melihat dia terbaring di situ.. Saya ketawa, cube menyembunyikan perasaan saya depan dia..

Sibuk kami bergilir menjaga abbi di wad, Naveed lagi sebok, berlari-lari di padang hadapan wad.. Waktu tu sayadah tak terlarat mengejar lagi, kesian Naveed, jarang-jarang dilepaskan bermain bebas sebegitu. Dan Naveed berlari selaju mungkin untuknya dalam padang yang tak berapa besar tu..

Minggu ni, di Tadika sebok pula dengan persiapan menjelang konsert dan juga ujian.. Kalau bukan disebabkan tanggungjawab lain yang menunggu, pastinya saya sudah lanjutkan cuti saya mungkin untuk seminggu lagi..

Doakan saya supaya cukup kuat .. :)
Share:

Wednesday, October 20, 2010

Perkhabaran Duka..

Salam untuk semua...

Dalam keadaan saya yang tengah tak stabil, saya terima satu lagi berita yang saya tak suka nak dengar.. Huh~!!!!!!!! Saya rasa sangat serba salah..

Angah talifon maghrib tadi, dia cakap ABBI EXCIDENT. Saya terus tergamam tak tercakap apa-apa. Sampai angah cakap, 'along ok tak?' Allah... Dalam fikiran saya macam-macam benda dah terbayang.. Saya dah membayangkan yang tidak-tidak.. Orang yang jatuh dalam bilik air pun boleh meninggal, apa lagi yang excident di atas jalan raya.

Masa angah talifon tadi, dia cakap dia sendiri belum tengok macam mana keadaan abbi. Sebab masih dalam bilik X-Ray.. Allah.. Saya dah sangat-sangat takut.. Jangan ambil nyawanya lagi Allah, belum puas aku menyayangi nya, aku masih belum berbakti pada umur hidupnya.. Allah..

Malam, ummi talifon cakap, tak payah la balik sebab abbi ok je. Dalam ok je tu, abbi patah tulang rusuk 5.. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Saya tak terdiam tak berdaya nak bercakap lagi. Kata Ummi, abbi cuma excident sorang, masa lalu bumper, dia langgar lubang sikit, lepas tu dia pitam mata dan terus tak ingat apa-apa, yang dia sedar lepas tu dia dah di hospital..

Erm... Semoga cepat sehat abbi.. Jangan mengalah abbi.. Along sayang abbi.. :(
Share:

Hari Yang Menjerihkan..

Salam untuk semua..

Hehe tajuk ni macam gempak sangat je kan.. Tapi memang betul rasanya memang sangat tak larat rasanya hari ni, semalam satu hari saya diserang period cramp..Aduhhhh... Tak tertahan rasa sakitnya.. Ermmm hari ni saya didatangi pula oleh penyakit malas dan penat yang terlampau.. Oleh itu hari ni menjadikan hari yang sangat menjerihkan untuk saya..

Sukarnya untuk saya buat semua perkara yang sepatutnya sangat simple dan rutin untuk saya lakukan..

Arghhh~! Harapnya esok saya didatangi oleh kekasih yang baik hati iaitu rajin dan bersemangat~! :)
Share:

Tuesday, October 19, 2010

Berhenti Berharap

Salam untuk semua..

Saya masih ingat waktu saya masih bersekolah ada seseorang pernah memberitahu, akan sampai masanya kita akan rasa putus asa dan nak give up. Dan mungkin saya sedang melalui frasa itu sekarang,,

Saya rasa sangat sakit, tapi saya tak tahu bahagian mana dalam tubuh ni yang paling sakit.. Atau lebih senang untuk saya katakan segala-galanya sakit untuk saya.. Saya penat berharap semuanya akan ok, saya penat berharap segalanya akan kembali macam sedia kala.. Jadi saya berhenti, berhenti dari mengharap..

Saya terima apa yang bakal mendatang dengan tangan terbuka..
Share:

Sunday, October 17, 2010

Tag

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
- Setakat entry ini ditulis, saya mempunyai cuma seorang anak, dan ianya lelaki.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
- Mungkin bila Naveed mula menjejakkan kaki di alam persekolahan, sekitar umurnya 4 atau 5 tahun.

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
- Ahmad Naveed Ali Danial :
Ahmad - Yang terpuji,
Naveed - Berita Gembira,
Ali - Yang Tinggi,
Danial - Nama Nabi.


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
- Saya dan suami. Secara khususnya Ahmad adalah mengikut nama suami, Naveed pula pilihan saya, Ali pilihan kami berdua dan Danial adalah pilihan suami.

5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?
- Erm kami berdua memang berniat untuk memberikan anak nama yang terbaik. Kerana itu adalah hak si anak untuk diberikan nama yang baik. Tapi saya dah jemu dengan nama-nama yang biasa di dengar. Jadi Naveed di pilih, dan kebanyakkan orang terkeliru kerana memanggil Naveed dengan panggilan Nabil.

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
- Kalau ianya lelaki insya-ALLAH kami akan menamakannya AHMAD NAYEEF ALI DANISH dan kalau ianya perempuan pula kami akan menamakannya NUR QHASEH FATHIMA DANIA

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
- Bukan untuk saya.

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
- Saya mahukan ianya lelaki kerana mahukan Naveed ada kawan bermain dan bergaduh. Naveed ada kawan nak main bola dengan papa. Ermm all boys activity. Kemudiannya baru anak perempuan.

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
- Kalau muka, 100% copy dari ayahnya. Tapi dia sangat addict dengan buku dan pensel dan pen dan semua alat tulis.
.
10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

Naveed yang bergaya..

11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni
- Tak ada kot..
Share:

Friday, October 15, 2010

Azzam - Kekasihku



I Called Love..

Azzam - Kekasihku

Padamu kuharap
Kau hadir dalam hariku
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu...
Setiap masa
Seolah ada di sisi
Kasih padamu takkan pernah padam

Sayangku hanya engkau di hati
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu
Oh belaianmu...

Kasih kita ditakdirkan
Bersama takkan engkau ku persiakan
Walau terkadang hatimu dah terusik olehku

Selagi ada nyawa seluruh daya
Kan ku pastikan kau gembira
Segala cinta dan saat bahagia
Oh ibu...ke akhir hayatku...






Love My Life..

Miss both of you..


Nenek dan Naveed..



I Will See The Tears Everytime We Said Goodbye.. :"(

Share:

Bila Nak Tambah Anak?

Salam..

Hurm, orang Melayu nie kadang-kadang memang menguji kesabaran.. Bila belum kahwin, sebok tanya, Bila nak kawin? Bila dah kahwin pula, tanya pula, Bila nak dapat anak? Dan sekarang saya melalui fasa, BILA NAK TAMBAH ANAK?

Anak comel saye~!

Aduyai.. Memikirkan perihal tambah anak ni, terus-terang saya belum bersedia.. Kadang-kadang saya terfikir mungkin saya nak seorang je anak, tapi En Hubby kata, nanti bila kita tua kalau Naveed balik kampung wife dia kita berdua je masa raya, tak sedih ke awak? Aduii... Sampai ke situ En Hubby saya fikir.. Ermmm apa yang dia cakap ada juga betul nya..

Saya dan Naveed di Pusat Bowling~!

Saya rasa untuk saya mungkin cukup kalau dapat sepasang, tapi bila tengok orang anak ramai, nampak seronok nampak meriah, macam saya sendiri, cuma tiga beradik tapi kalau sorang tak ada rasa tak lengkap.. Ermm.. Sekarang ni pun Naveed dah membahasakan dirinya abang.. Aduh~!! Tak sabar-sabar pula Naveed nie.. Ni semua gara-gara sejak Ummi nya ada jaga baby so dia secara automatik naik pangkat jadi abang..

Naveed waktu umur sekitar 1 tahun..

Ermm.. Mungkin tunggu Naveed berumur 4 atau 5 tahun.. :D

Naveed kat rumah onyang~!

Acu yang 'mendajalkan' Naveed..
Share:

Untuk Ummi Sayang..

Selamat hari lahir ummi,
Pagi-pagi lagi tadi ummi talifon, masa tu along baru sampai sekolah,
Along pelik bila ummi talifon pagi-pagi macam tu,
Sebab selalunya ummi akan talifon malam,
Along memang tak teringat langsung yang hari ni hari lahir ummi,
Sampailah bila along menulis tarikh kat dalam kelas baru perasan hari ni 15.10..
Hari ni ummi genap 44 tahun..
Cepat-cepat along pergi ke 7 Eleven untuk topup..
Bila along cakap "Happy Birthday Ummi"..
Ummi cuma ketawa je..

Selamat hari lahir ummi,
22 tahun sebelum ni ummi lahirkan along dengan harapan along dapat jadi anak yang berguna satu hari nanti,
Dan sekarang ni, cuma ummi je yang boleh menilai, berguna ke along sekarang..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak masa along masuk sekolah tadika dulu?
Bila along pergi sekolah naik basikal, balik jalan kaki sebab ikut kawan-kawan?
Ummi marah sangat sebab tinggalkan basikal kat sekolah sebab ummi takut hilang.
Masa tu along tak tahu susahnya nak dapatkan basikal tu, sebab waktu tu semua yang along minta mesti abbi tunaikan..

Selamat hari lahir ummi,
Bila along masuk darjah 1 dulu, abbi belikan along basikal,
Sama dengan kak long Dijah supaya kami dapat ke sekolah sama-sama,
Tapi apa yang jadi bila dapat basikal langkah along lagi jauh,
Ke hujung taman along main, sampai maghrib baru balik..
Ingat tak along mesti masuk ikut belakang sebab dah tahu mesti ummi tunggu dengan tali pinggang?

Selamat hari lahir ummi,
Ingat lagi tak waktu ummi excident masa bawa along pergi bandar naik motor dulu?
Semata-mata nak pergi beli buku ANTONIM dan SINONIM untuk ulangkaji..
Orang tu yang salah tapi dia cakap ummi salah. Along tahu ummi pun takut dan terkejut bila dia langgar kita dari belakang..
Kalau ummi tak pergi bandar hari tu sama-sama mesti kita tak excident kan?

Selamat hari lahir ummi,
Ingat lagi tak masa along nak ambil UPSR dulu,
Seminggu ummi berpuasa nazar waktu along periksa,
Dan berbulan-bulan ummi bising suruh along belajar, belajar, belajar..
Along dapat 4A 1B..
Along tahu ummi sedih waktu tu, sebab along dapat 5A untuk percubaan sekolah, daerah dan negeri..
Along sendiri sedih tapi along buat biasa je..

Selamat hari lahir ummi,
Bila along nak masuk MRSM, abbi tak bagi along pergi sebab suruh along habiskan sekolah agama.
Waktu tu along marah sangat sebab along rasa along dah pun buat paling baik kenapa abbi tak bagi along masuk sekolah asrama..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak waktu nak PMR ummi marah-marah suruh along belajar tapi along sebok dengan sakteboard?
Tiap-tiap petang ke skate park..
Dan akhirnya apa yang ummi bebelkan tu jadi kenyataan bila PMR along cuma dapat cukup-cukup makan, 4A 4B..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak setiap pagi along mesti mintak ummi sedia kan sarapan sebelum ke sekolah?
Sampai tingkatan 5 along masih bawa bekal ke sekolah..
Bekal yang along bawa tu tak pernah pun sampai waktu rehat sebab sampai je sekolah along terus makan..
Ummi ingat tak along cerita dulu, along kedekut sangat bila orang nak makan bekal?
Sebab bagi along, ummi susah payah buatkan bekal untuk along,
Kenapa mak orang lain tak bersusah payah pun untuk anak dia..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak bila along nak SPM, along selalu tidur rumah Jaja?
Ummi selalu marah sebab ummi cakap, Jaja anak orang kaya..
Tapi Ummi, dalam banya-banyak kawan yang along ada, sampai sekarang Jaja je yang masih berhubung..

Selamat hari lahir ummi,
Semoga hari ulang tahun kelahiran tahun ni memberikan ummi 1001 kebahagiaan,
Ummi batuk-batuk bila along talifon tadi,
Semoga ummi cepat baik batuk..
Along sayang ummi,
Walaupun ummi suka bising..
Ummi tetap ummi..
Along sayang ummi..
Share:

Sesi Persekolahan 2010 Bakal Berakhir..

Salam..

Sesi persekolahan tahun ni bakal berakhir lebih kurang sebulan dari sekarang. Actually for me memang rasa sedih sikit la. Sebab pass three years saya ajar budak age 5, so tak ada la rindu sangat sebab bila diorang masuk age 6 masih lagi jumpa. Tapi tahun ni saya mengajar age 6, so tahun depan masing-masing dah masuk darjah 1. Huhuhu.. memang sure la tak jumpa, kecuali kalau "TER"jumpa la kat mana-mana.. Herm..

Last week ada sesi bergambar untuk semua age and class tapi kami masih belum dapat lagi gambarnya.. Nanti kalau dah dapat saya akan upload.. :)
Share:

Wednesday, October 13, 2010

Pelik Tapi Benar...

Salam untuk semua~!

Erm lama rasanya tak update blog. Sebok sangat la. Kadang-kadang rasa 24 jam sehari tu tak pernah cukup. Huh~! Betapa saya asyik merungut, tapi kalau difikirkan balik kalau Tuhan tu berikan masa 40 jam sehari pun kalau kita tak boleh managekan dengan baik masih akan jadi tak cukup..

Apa yang saya nak ceritakan di entri kali ni kedengarannya agak pelik dan ntah apa-apa.. Tapi penah ke ada sesape yang ada pengalaman yang sama. Ni bukan lah ada kaitan dengan alam mistik ke ape-ape ke.. Tak ada kena mengena langsung tau~!

Tak lain tak bukan entry kali ni masih lagi berkisar tentang Permata Hati saya. Naveed sekarang makin cerdik, oh ya dah bertambah selera makan. Balik je dari rumah ummi, perkara pertama yang dia minta adalah nasi. Kadang-kadang timbul rasa pelik. Mana dia sumbatkan nasi sedangkan dia baru je makan nasi kat rumah ummi dia.. Ermm, biarlah selagi dia mahu makan. saya akan usahakan untuk penuhi hajat dia..

Sejak dua menjak ni Naveed sangat rapat dengan saya. Nak tidur harus berpeluk-peluk, bercium-cium, berkasih-kasihan... Pelik sungguh anak ini. Yang menambahkan lagi rasa pelik bila dia mesti mencium ket**k saya sebelum dia tidur.. Aduhhh.. Rasa saya sudah parah Naveed ni.. Entry ni memang terasa entah apa-apa.. Oh Naveed, mama sentiasa sayang Naveed. Kami sedang gigih berusaha mencari furniture untuk bilik tidur Naveed. Tahun depan dah pun 3 tahun usia bujang kami ni. Bercadang untuk dia berpisah tempat tidur dari kami dan kami berjanji dia akan dapat katil berbentuk kereta yang paling cantik..

Agak-agak Naveed akan tidur sendiri tak??
Share:

Tuesday, October 5, 2010

Timba Mana ?

Salam untuk semua..

Paip di singki dapur ada problem sket, dan dah lama sebenarnya saya minta tolong En. Hubby betulkan tapi di sebabkan dia sebok dengan kerja ditambah pula sabtu dan ahad yang penuh dengan jemputan open house, kerja pembaikan tu nampaknya tergendala. Sudah agak lama tergendalanya..

Tadi lepas En Hubby balik kerja dia nampak saya bertungkus lumus di dapur mengemas. Jadi dia dengan rela hatinya menawarkan khidmat untuk menolong..

Berikut adalah antara perbualan kami : -

Hubby : Yang, nak suruh abang betulkan tak paip kat singki tu?
Saya : Mestilah nak bie.. Dah lama ayg suruh abg betulkan tapi tak bergerak-gerak.
Hubby : Ok. Tolong abg boleh? (Saya dah agak dah... Sebab setiap kali dia menolong saya,pastinya saya harus tolong sama).. Saya : Tolong ape?
Hubby : Ambilkan abg timba..
Saya : Ha? Timba tu ape?
Hubby : Aduii.. Timba tu timba la..
Saya : La.. Ayg tak tahu timba tu ape?
Hubby : Takpelah biar abg cari sendiri.
Saya : Ok.

Taklama lepas tue..

Hubby : Yang, mana awak letak timba?
Saya : Timba tu ape?
Hubby : Awak ni wat-wat x tau ke memang tak tahu..
Saya : Memang tak tahu timba tu ape..
Hubby : Pulak dah.. Ermm baldi. Mana awak letak?
Saya : La.. Baldi ke.. Ade kat belakang. Jap ayg amek..

Yang lagi memeningkan kepala saya mencari bila En Hubby sebutkan sebagai TIMBE.. Aduhh memang sungguh saya langsung tak tahu ape tu TIMBA.. :P
Share:

Duit Terbang Melayang~!!!

Salam untuk semua...

Ahaa bila baca entry terbaru ni mesti ada yang rasa pelik kan? Tapi itulah yang terjadi pada saya minggu lepas.. Waktu tu saya memandu pulang dari tempat kerja, sebuah motosikal yang ditunggang laju memintas kenderaan saya. Terkejut sungguh rasanya!! Tapi apa yang lebih memeranjatkan lagi bila ada duit yang berterbangan mengiringi motosikal tu memintas saya.. Pada mulanya saya ingatkan ianya hanyalah sekadar kertas-kertas tapi bila ada sekeping dua yang melayang dan mendarat pada cermin kereta, barulah saya sedar yang ianya adalah duit dan budak yang menunggang motosikal tu, cepat-cepat memberhentikan motosikalnya.

Duit tu bukan dalam kuantiti yang sedikit tapi amat banyak, saya rasakan macam dalam movie pulak.. Oh ye! Sebenarnya saya rasa takut sesangat... Hahaha.. Ye la tak pernah seumur hidup saya nampak duit berterbangan banyak macam tu..

Kalau kamu jadi saya, apa yang kamu akan lakukan? :)
Share:

Monday, October 4, 2010

Kelahiran Naveed

Salam untuk semua..

Setelah berkurun lama nya, baru lah saya sempat menulis saat ketika Naveed dilahirkan. Due Naveed di lahirkan adalah 19.06.2008.. Kami berdua pun terkejut bila tau Naveed jugak bakal berkongsi bulan kelahiran dengan kami. Saya punya bufday jatuh pada tanggal 22 Jun, En Hubby pula pada tanggal 05 Jun.. Dan kerana itu kami memilih untuk bernikah juga pada Jun, iaau 03 Jun.. Dan bila dapat tahu due Naveed 19.06 kami teruja sangat.. Anak pertama, tak pernah kami merancang, alhamdulillah rezeki Tuhan itukan suatu yang pasti..

Sedari awal mengandungkan Naveed saya langsung tak ada alahan. Malah saya langsung tak alami 'morning sickness'.. Cuma apa yang pelik, bila makan, saya kerap bayangkan yang ayam yang saya makan tu dah berulat ataupun berbau, apa-apa saja yang saya makan adalah yang dah tak elok. Pelik sungguh~! Dan lepas tu, saya akan korek semula anak tekak untuk muntahkan balik apa yang saya makan. Kata En. Hubby ada jugak orang macam ni waktu mengandung ye.. Hehehe..

Waktu kandungan Naveed berusia hampir 6 bulan, pertama kali nya saya di admit di Hospital Serdang. Sebab utama bleeding. Pelik tapi saya alami bleeding ketika mengandungkan Naveed. Tapi apa yang lagi pelik, dua hari di hospital, setitik darah pun tak keluar.. Aneh kan? Hehehe..

Bila kandungan menginjak ke usia 8 bulan, sekali lagi saya di admit. Kali ni di Hospital Kajang pula.. Keadaan di Hospital Serdang jauh lebih baik dari di Hospital Kajang. Erm mungkin sebab Hospital Kajang dah lama beroperasi daripada Hospital Serdang..

Tanggal 08.06 pukul 12 tengah malam, saya di admit di Hospital Ampang. Kali ni masih lagi sebab yang sama, iaitu bleeding tapi ditambah pula dengan sakit perut.. Oh ye, yang paling utama, Naveed punya gerakan tak cukup 10 dalam tempoh 15 jam. Oh sungguh panik saya bila kenang-kenangkan balik waktu tu. Maklumlah anak pertama, saya memang sangat menitik beratkan hal-hal kecil.. Hehehe :D

Lebih kurang pukul 10 pagi, datang seorang doktor pakar check.. Dia cakap akan monitor saya dalam tempoh 24 jam. Kalau gerakan bayi masih kurang dari 10 kali, dia akan induse untuk saya melahirkan Naveed. Dan penerangan dia cukup jelas, bila dia memberitahu yang dia akan induse 3 kali, jika kali ke 3 masih 'jalan' tidak buka, makanya saya terpaksa melalui kaedah 'ceaser' huwaaaa... Dengar tu jer, saya dah terasa sangat takut.

Oleh kerana saya masuk ke dalam hospital tanpa rasa sakit orang nak bersalin, jadi saya boleh berjalan-jalan satu wad.. Dan saya minta agar ditempatkan di kelas ke-2 kerana takut keseorangan di kelas pertama dan rasa tak selesa di kelas ketiga.. Hehehe.. Dan saya juga menemui ramai kawan-kawan baru sepanjang tempoh berada di hospital. Rasanya 3 katil lain yang satu bilik dengan saya, asyik bertukar ganti. Saya je yang belum lagi bersalin.. :P

09.06.2008 pukul 10 pagi. Doktor semalam datang lagi bertanyakan keadaan bayi dalam kandungan saya, dan saya masih lagi mempunyai jawapan yang sama. Masih belum cukup gerakkan dia. Jadi, saya di induse lebih kurang jam 11 pagi. Doktor tu juga cakap dia akan periksa bukaan 'jalan' petang nanti. Lebih kurang jam 4 petang, masih doktor yang sama, datang memeriksa jalan. Dan dia beritahu sudah ada bukaan 2cm. Oh~! Lega saya rasa kerana tak perlu dimasukkan ubat induse lagi. Oh ye.. Tak ada rasa apa pun sebenarnya bila dimasukkan ubat tu.. Tapi bila doktor periksa jalan tu, dah mula terasa sakitnya..

Menjelang malam, doktor yang sama juga datang untuk check 'jalan' sekali lagi. Katanya dah 3cm dan sepatutnya saya dah boleh disorong kelabour room. Tapi oleh kerana bukaan itu tidak bertindih dengan servik tetapi berselisih, jadinya doktor tu menerangkan kalau dia pecahkan air ketuban saya malam ni, pastinya saya akan kesakitan sepanjang malam. Tapi dia ada bagitahu kalau dah rasa tak tahan sangat panggil nurse untuk di suntik dengan ubat tahan sakit. Menjelang jam 11, saya dah tak tahan sangat rasa sakit tu, jadi saya minta ubat tahan sakit. Oh sakit betul sebab kene cucuk di punggung.. Saya tidur dengan lena sampai jam 5 atau 6 pagi mungkin.. Bila saya dikejutkan oleh doktor yang mahu saya ke biliknya untuk di pecahkan air ketuban. Dalam lebih kurang 7.30 pagi, air ketuban di pecahkan. Dan ubat untuk membuang air besar juga turut dimasukkan. Saya masih sempat mandi dan solat subuh selepas tu.. Sampai ada nurse yang tunggu saya di luar toilet dan bertanyakan saya ok atau tidak selang 3 minit.. :D

Selepas itu saya disorong ke labour room lebih kurang jam 7.45pagi.. Saya disorong dalam wheel chair, dan agak pelik kerana saya rasa saya masih boleh berjalan lagi.. Oh ye, saya masih sempat menghabiskan sebotol air selusuh sebelum di sorong masuk ke labour room. En Hubby ketika tu baru je saya suruh pulang, lebih kurang jam 6.45 pagi bila nurse yang menjaga saya cakap saya dijangka bersalin lebih kurang jam 12 tengahari.. Ketika saya disorong ke labour room berkali-kali saya call, tapi dia tak angkat.. Pastinya dia dah pun tertidur kerana semalaman dia tak tidur.. Dan menunggu saya di luar wad..

Saya minta untuk di berikan suntikan epidural. Oleh kerana melihat keadaan saya yang sudah tak tertanggung sakit, nurse memasang belt untuk dengar heart bit baby untuk pastikan keadaan baby ok sebelum diberikan suntikan epidural. Menjelang jam 8 pagi, nurse yang menjaga saya sempat bertanya, 'Dah tak tahan sangat ke dik? Ok meh akak tengok jalan dulu...' Bila di check bukaan jalan sudah pun 9cm. Dan kelam kabut nurse tu bila jangkaan untuk saya bersalin menjelang jam 12 tengahari sudah tercepat.. Hehehe, ni smua gara-gara air selusuh..

Ahmad Naveed Ali Danial dilahirkan tepat jam 08.11 pagi.. cepatkan... Hehehehe :D

Dan dalam keadaan kelam kabut itu juga lah En Hubby tak sempat melihat kelahiran Putera kami yang pertama. Saya sangat berterima kasih pada semua kakitangan yang merawat saya dalam labour room sewaktu melahirkan Naveed. Memang best sangat.. Walaupun sebelum ni saya di momokkan dengan macam-macam cerita tentang Hospital Kerajaan, tapi staff Hospital Ampang menunjukkan mereka lebih dari itu. Yang paling saya ingat Sister yang nama nya Jue. Thanks so much~!


Huhu..Naveed Sungguh sedeyh



My Cute Little Angel



Naveed with Mak Ngah..Tengok mulut Naveed.. :)



Geramnye Tengok Naveed~!
Share:

Untuk Ahmad Naveed Ali Danial...

Anak mama sayang,
Andai saja Naveed tau kasih sayang mama tak pernah berbelah bagi pada sayang,
Andai saja Naveed faham yang Naveed adalah segala-galanya untuk mama,
Andai saja Naveed mengerti segala yang mama lakukan hanya yang terbaik untuk Naveed..

Anak mama sayang,
Mama tak mampu berikan Naveed kemewahan yang cukup sekadar disebut akan terlaksana,
Tapi apa yang mama mampu berikan Naveed sepenuh kasih sayang..


P/S: Antara sebab kenapa saya menjarakkan kehamilan kerana takut kasih sayang saya pada Naveed akan berkurangan. Saya tak mahu Naveed menjadi matang kerana dia seorang abang. Saya masih mahu dia menjadi adik. Saya masih mahu dia menjadi baby. Bila orang sudah mula bertanya-tanya bila nak tambah anak, saya hanya :) Hanya DIA saja yang tahu betapa mama takut mama akan terkurang melayani dan menyayangi Naveed bila Naveed ada adik nanti..
Share:

Friday, October 1, 2010

Mane Nak Cari...

Huwaa... Mane nak cari Memori Phone.. Eishh... Menangis betul dibuatnya dengan Naveed nie.. Dia la sebok tolong remove kan memori kad tu, tengok sekrang dah pun hilang,... huwaaaa.....
Share:

I'm In Trouble..

Salam to all..

Hari ni saya baru ingat nak upload gambar-gambar raya, Encek Naveed sudah salah letak Memori card camera... Abes la sayep~!! Pastinya En. Hubby akan bising selepas ni.. Huwawawawawa :((
Share:

10 Kata-Kata Hikmat Imam Ali A.S

Salam untuk semua.. Dah lama saya nak post entry ni, tapi asyik tertangguh.. Ni adalah antara 10 Kata-Kata Hikmat Imam Ali A.S yang kita semua tahu adalah pintu kepada kota ilmu.. Rujukan dari Nahjul Balaghah (Buku Utama Syiah).. Mempelajari ilmu tidak bermakna membataskan diri dalam lingkungan sesuatu pegangan agama sahaja.. Betul kan?

1. Ketepikan dan maafkanlah kesalahan orang-orang yang pemurah dan bermaruah, kerana jika mereka jatuh, tangan Allah akan menarik tangan mereka (bangun) semula.

2. Seseorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila ia mula merasa tamak. Ia rela dengan kehinaan bila ia menceritakan tentang kemiskinan dan kesusahannya. Ia menghinakan dirinya bila ia tidak dapat mengawal lidahnya.

3. Apabila sedikit nikmat sampai kepada kamu, maka janganlah 'dihalau' nikmat itu dengan perbuatan kurang bersyukur.

4. Sifat bakhil itu satu yang memalukan. Sifat penakut satu kekurangan. Kemiskinan menyebabkan seorang yang pintar terpaksa membisu walaupun mempunyai hujah yang terbaik. Seorang miskin itu menjadi asing dan dagang di dalam negerinya sendiri. Kelemahan itu satu penyakit. Kesabaran itu satu keberanian. Sifat zahid merupakan kekayaan dan wara' pula merupakan kubu atau perisai yang teguh.

5. Sebaik-baik teman ialah redza (rela dengan takdir Allah). Ilmu merupakan pusaka yang paling berharga. Adab merupakan pakaian indah yang tetap baru dan fikiran merupakan cermin yang bersih (pemikiran yang mendalam dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi).

6. Apabila dunia datang kepada seseorang, ia meminjamkan kebaikan manusia lain kepadanya dan apabila dunia meninggalkan orang itu, ia merampas kebaikan yang ada padanya.

7. Siapa yang menghisab atau mengira-ngira dirinya, ia akan beroleh keuntungan. Siapa yang lalai terhadap dirinya, ia akan rugi. Siapa yang takut (kepada hari akhirat) ia akan aman (dari kemurkaan Allah), siapa yang mengambil iktibar (pelajaran) dari kehidupan, ia akan mendapat visi (pandangan) dan siapa yang mendapat visi ia akan faham dan siapa yang faham ia mendapat ilmu.

8. Bergaullah dengan manusia secara baik sehingga jika kamu mati mereka menangis ke atasmu dan jika kamu hidup mereka kasih kepadamu.

9. Andainya kamu dapat menguasai seteru, maka jadikanlah kemaafan itu sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dapat menguasai seteru atau musuh tersebut.

10. Manusia yang paling lemah ialah yang tidak berupaya mendapat sahabat handai di dalam hidupnya, tetapi yang lebih lemah lagi ialah yang hilang sahabat atau kawan setelah ia mempunyainya.
Share:

Wednesday, September 29, 2010

Mengumpul Urine Naveed~!

Salam..

Alkisah semalam bersambung lagi, hari ni sedari awal pagi lagi saya kejutkan Naveed bangun untuk collect urine Naveed untuk dibuat urine test.. Sian Naveed sebab pukul 7.15 pagi saya sudah harus keluar rumah jadi saya harus cepat mengambil urine dia, nak harapkan papa nya, almaklum sahajalah, orang lelaki kan.. Jadinya saya kejutkan Naveed untuk bangun, sian dia bangun dan dalam keadaan terpisat-pisat sebok tengok saya, pelik agaknya kenapa pagi-pagi lagi saya suruh dia kencing.. Siap bertadah bekas lagi tu..

Tapi nampaknya tak ada rezeki saya pagi tu sebab Naveed tak kencing-kencing pun, jadi saya tinggalkan dia untuk tidur semula. Belum sempat saya keluar rumah, dia dah pun meraung panggil nama saya. Selalunya dia akan di hantar ke rumah ummi nya oleh papa.. Ermmm nampak nya saya akan lambat ke sekolah hari ni, jadi kasihankan dia yang menangis, saya hantar la dia ke rumah ummi nya.. Saya jugak mintak tolong dari ummi nya untuk tolong collectkan urine Naveed..

Tapi bila saya balik tadi, ummi dia bagi urine pada saya yang sepatutnya sudah dihantar papa ke klinik untuk dihantar ke makmal.. Ummi dia bagitahu pagi tadi Naveed tak kencing-kencing sampailah tertidur.. Aduhhh... Rosak lagi plan.. Hehehe.. Jadi tak apa lahh sesi ni bakal bersambung esok pagi nampaknya...
Share:

Pinjamkan Dia Untuk Selama Mungkin..

Salam untuk smua.

Entry ni dibuat lepas saya membaca satu blog lain. Tentang anak kesayangan yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Ah! Saya tak rasa saya cukup kuat kalau diduga sebegitu.. Oleh itu apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar DIA dapat meminjamkan buah hati saya cukup lama untuk saya. Saya sedar dia hanyalah sekadar pinjaman yang bila bila masa bakal dijemput oleh Sang Pemilik Alam.. Tapi Tak dapat saya bayangkan kosongnya hidup bila balik ke rumah, sunyi tak ada sapa yang sambut. Bila pergi ke bilik, mainan, baju baju smua tersusun rapi..

Sungguh saya tak dapat bayangkan semuanya tanpa dia. Dialah nyawa, dialah kesayangan, dialah segalanya. Dialah teman, dialah sahabat, dialahh musuh.. Dialah anak yang tak ada tandingnya.. ahmad naveed ali danial..
Share:

Tuesday, September 28, 2010

Sesi Menimbang Bersama Naveed Bersambung Lagi~!

Salam to all..

Ermm nampaknya seperti sangkaan saya, timbangan Naveed tak ada la naik banyak mana sangat pun.. Berat dia setakat 9 KG lebih je.. Aneh.. Esok saya harus hantar sampel air kencing Naveed untuk dianalisis.. Kerana dikhuatiri Naveed terkena infection.. Ah! Saya harap sekali ianya normal untuk dia..

Walaupun Naveed dalam kategori yang kurang makan, tetapi dia makan beracap kali dan minum susu banyak.. Doktor sendiri pelik ke mana perginya khasiat susu dan makanan tu smua.. Saya sendiri pun hairan.. Next month, akan ada appoinment susulan..

Tunggu dan lihat..
Share:

Mari Timbang Berat Bersama Naveed..

Salam to all..

Sesi kali ni,nak ajak semua menimbang berat bersame Naveed.. Hehe.. Encik kecik ni, beratnya sanggat susah nak naik. Dah la berat payah nak naik,makan pun payah jugak.. Yang Naveed paling rajin ialah mengemas rumah dan bersenam trun naik tangga rumah.. Tu la kerjanya.. Penat dibuatnya melayan kerenah seorang anak. Itu belum lagi berdua atau bertiga, huh akan pengsan gamak nya saya ni?!

Berbalik pada cerita timbang menimbang ni,petang nanti Naveed ada appoinment dengan doktor untuk check timbang je.. Isk isk isk.. Hari tu waktu ke panggung untuk menonton magika, sempat juga Naveed timbang, nampak gayanya 10.4Kg. Tgu je la petang nanti, tgk hasilnya..
Share:

Monday, September 27, 2010

Naveed Si Doktor Setia~!!

Salam untuk semua..

Lama sungguh rasanya blog saya nie tak berupdate.. Sibuk dengan raya dan rumah terbuka.. Heheh.. Ahaa berkaitan entry baru ni.. Tentang hero saya, Ahmad Naveed Ali Danial.. Sejak dua hari lepas saya diserang oleh virus cirit-birit dan muntah.. Oh sungguh tak tertahan rasanya.. Berlama-lama di dalam toilet.. Sungguh saya tak gemari.. Saya sungguh terharu kerana selain Doktor peribadi, En Hubby.. Seorang lagi Doktor kecik dengan jayanya telah menjaga saya dalam tempoh ni..

Doktor kecik yang merawat saya nie, dengan jayanya memberi saya makan ubat tepat pada waktu nya, tetapi dengan bantuan Doktor besar la kan.. Hihihi.. Tapi terharu sungguh rasanya bila doktor kecik nie beria-ia tolong sapukan ubat kat perut saya.. Berikan saya makan ubat, tolong suapkan saya makan..

Oh Naveed.. Mama terharu sungguh dengan budi dan ihsan yang Naveed hulurkan.. Sama macam doa yang selalu mama minta, agar Naveed jadi anak yang selalu memberikan ihsan kepada semua.. Terima kasih Naveed..

P/S: Lain entry saya akan ceritakan tentang Cerita Raya Kami..
Share:

Tuesday, September 14, 2010

Private?!

Salam.

Baru je sempat nak update selepas lama beraya sakan. Hehehe.. Dikesempatan ini, saya nak meminta maaf kepada follower blogger saya ni kerana saya privatekan blog ni untuk satu jangka masa. Harap maaf ye Emi. Hehehe.

Ketika mengupdate ni saya beraya di Kangkar Pulai.. Sampai jumpa di lain entry.
Share:

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran..

Salam lebaran untuk semua..

Update blog dari kejauhan, hehehe kemain lagi ye, tak ada la jauh mana pun. Kat Johor ni je. Kat sini saya naak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran Untuk semua umat Islaam. Tak kira kat mana pun anda berada.. :)
Share:

Monday, August 30, 2010

Saya Rindu...

Salam.

Sudah lebih 2 minggu kita berpuasa. Saya rindu masakan umi. Saya rindu nak makan sama-sama dengan abi,umi,angah dan adik,macam masa dulu-dulu. Kalau saya balik Mersing pun angah dan adik tak balik jugak. Bila masing-masing dah besar and ada hala tuju masing-masing kadang-kadang buatkan kita rindu masa silam,kenangan kita sama-sama.

Saya lahir dalam bilangan adik-beradik yang semuanya adalah perempuan. Maka sayalah secara automatiknya agak keras sikit,mungkin juga kerana saya anak sulung. Saya dan adik agak keras jadi kami tak serasi bersama dan angah pula terlalu sensitif, jadi saya pun tak serasi. Tapi mereka berdua sangat ngam.

Oh ya,saya ada 2 org kawan baik seorg lelaki dan seorg perempuan. Kata org,lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik tapi bagi saya mengarutlah semua tu,sebab saya sangat serasi dengan dia.

Rindu nya saya semua..
Share:

Saturday, August 28, 2010

Kelu Lidah..

Salam.

Saya bukanla peminat drama2 melayu,drama pertama yg saya tgk rasanya Nur Kasih,itupun ada beberapa episod yang tertinggal. Nak dijadikan cerita, semalam waktu tengah lipat baju, saya tertengok la cerita Janji Kekasih.. Dan waktu saya tengok tu adegan Siti Sarah, Iqram Dinzly, Jalaluddin Hassan dan Erma Fatima.

Tiba-tiba saya rasa sedih sgt bila tgk seorang anak yang dididik dgn didikan agama,penuh kasih sayang tak mempraktik kan ajaran agama. Malah menyembunyikannya disebalik jubah dan purdah. Si anak berzina sehingga melahirkan anak luar nikah.

Itu anak seorang haji, inikan pula kita. Ya Allah, semoga anak-anakku tak pernah lupa akan setiap ajaran dan peringatan yang disampaikan.
Share:

Friday, August 27, 2010

Hugger And Kisser

Salam..

Herm,tentang entry terbaru ni jangan la salah faham pula ye..

Ibu-ibu yang ada kat luar sana, sebenarnya saya membuka topik ni untuk kita sama-sama berkongsi pendapat.

Adakah anak anda salah seorang daripadanya? Kerana anak saya adalah salah seorang darinya. Dia seorang hugger and also a kisser. Ada orang beritahu saya ianya berkaitan rapat dengan cara ibu bapa membesarkan anak. Saya secara peribadi merasakan jika seseorang kanak-kanak itu adalah hugger dan kisser, dia adalah kanak-kanak penyayang. Selama bertahun-tahun saya melibatkan diri dengan kanak-kanak, melihat perkembangan mereka juga sekarang menjadi seorang ibu, saya tak rasa adlah satu kesalahan jika anak kita seorang hugger atau kisser.

Sebagai contoh, anak saya Naveed, pagi kebiasaannya papa nya akan hantarkan dia ke rumah pengasuh dan waktu saya keluar rumah dia masih lagi tidur, tengahari bila saya balik, bila jumpa dia perkara pertama yang dia akan buat adalah memeluk saya sekuat hati dan mencium saya, seolah-olah dah lama x jumpa. Naveeed akan menunjukkan penghargaannya melalui perbuatan dan kadang2 ada yang tegur saya tak patut didik dia dengan cara begitu. Saya cuba menjadu ibu terbaik yang satu hari nanti Naveed boleh rasakan saya adalah kawan baiknya.

Saya terbaca satu blog yang mengatakan amat payah untuk kita mendengar ucapan terima kasih dari kanak-kanak yang berusia 3 tahun kebawah. Dan saya boleh berbangga kerana dengan didikan saya, anak saya tak pernah lupa untuk ucapkan terima kasih untuk semua yang kami lakukan pada dia, baik buatkan susu,mahupun pakaikan dia baju, kerana wajib selepas itu saya dihadiahkan ciuman dan pelukan serta ucapan terima kasih.

Saya percaya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka tetapi saya rasakan tidak adil untuk kamu munuduh cara didikan seseorang itu tidak bagus,hanya kerana kamu tak pernah mencubanya dan melihat hasilnya dari dekat.

Saya juga tak pernah mendabik dada mengatakan bahawa didikan saya kepada naveed adalah yang terbaik kerana satu hari nanti saya juga memberiahu naveed bukan semua orang dia boleh peluk dan cium. Cuma buat masa ni biarlah dia belajar cara untuk meluahkan penghargaannya melalui pelukan dan ciuman.
Share:

Thursday, August 26, 2010

Breastfeed Ohh Breastfeed..

Salam.

Kali ni saya rasa terpanggil untuk mengisi entry tentang breastfeeding. Walaupun hero saya, Naveed dah pun tamat tempoh breastfeeding, tapi rasanya masih belum terlambat untuk saya berkongsi pengalaman yang sama. Sewaktu saya melahirkan Naveed, saya memang dah berniat untuk menyusukan dia, sebaik lahir. Dan Naveed,selepas lahir tidak sampai pun setengah jam pertama,dia dah pandai melekap dengan betul untuk menyusu. Dan hari kedua adalah hari yang mencabar kerana nipples sudah membengkak,tapi saya gagahkan juga untuk menyusukan Naveed. Saya pun tak tahu kenapa saya begiitu berazam untuk menyusukan Naveed, tapi apa yang pasti saya yakin hak seorang anak selepas dilahirkan adalah susu ibunya dan nama yang baik untuknya. Dan kami memilih untuk menamakan Naveed, Ahmad Naveed Ali Danial. Walaupun secara praktikalnya nama Naveed tak memberi satu gabungan ayat, tapi setiap satu daripada namanya ada maksud. Dan sekarang, kedua-dua belah keluarga neneknya, memanggil Naveed dengan panggilan yang berlainan.

AHMAD - YANG TERPUJI
NAVEED - BERITA GEMBIRA
ALI - YANG TINGGI
DANIAL - NAMA NABI

Naveed beruntung kerana disebelah saya, dialah cucu sulung,cicit sulung dan cuit sulung. Saya lahir dalam kalangan 3 beradik yang semuanya perempuan, jadi Naveed membuka lembaran baru dalam hidup keluarga saya dan seperti namanya, dia membawa berita gembira.

Oh cerita tentang breastfeeding tadi, saya juga mengadakan sesi pumping, tapi saya bertuah kerana hanya perlu meninggalkan Naveed separuh hari sahaja di rumah pengasuh. Jadi saya tak perlukan begitu banyak stok susu. Tapi sampai sekarang saya masih rindukan perrasaan sero ok menyusukan anak tu. Dan doa saya agar adik-adik Naveed yang bakal menyusul akan masih dapat menyusu secara ekslusif.
Share:

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Yang Memberi Semangat Untuk Terus Hidup Dan Berjaya..

Salam untuk semua..

Berkaitan entry terbaru ni, saya nak berkongsi kisah tentang seseorang. Seseorang yang sangat bermakna dan beerti dalam hidup saya. Seorang lelaki yang mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan. Yang buatkan saya sedar, walau dalam keadaan serba sederhana tetapi saya membesar dengan baik.

Ok, kisahnya bermula macam ni. Sewaktu ibunya melahirkan dia, ibunya meninggal dunia. Dan dia tak pernah merasakan hangatnya kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu. Saya selalu terfikir bagaimana agaknya kalau saya yang berada dalam keadan tu, mungkin saya tidak menjadi saya seperti sekarang. Ok, sambung balik cerita tadi, dari kecil dia dibesarkan oleh nenek, yang tinggal di kampung. Yang hidupnya menumpang makan pada jiran tetangga dan ikhsan anak dan hasil hutan. Dari kecil dia tak pernah rasakan apa ertinya hidup mewah. Oh, dia masih punya ayah waktu ni cuma tak tahu atas alasan apa ayah nya tak pernah membela dia dari kecil cuma membela 3 orang abangnya. Waktu dia melangkah kaki ke sekolah rendah pertama kalinya, dia berjalan kaki hampir 4km untuk sampai ke sekolah. Dan waktu rehat, dia akan berlari pulang ke rumah hanya untuk membasahkan tekaknya dengan seteguk air. Saya pernah bertanya, Kenapa tak bawa je bekal air dari rumah, dia jawab tak pernah terfikir pun waktu tu. Kalau dia keluar lambat dari kelas, hari tu waktu rehatnya pasti hanya meminum air paip. Selalu dia ulangkan betapa untungnya saya sebab ke sekolah berbekalkan bukan setakat air tapi lengkap dengan bekalan makanan dari rumah.

Sewaktu sekolah rendah, dia pernah menumpang rumah seorang makcik, yang tergamak menghalau dia pada satu maghrib. Dan dia cuma mampu menangis,pulang ke rumah nenek.

Sewaktu di tingkatan 4, semua orang sebok bersedia belajar untuk SPM,dia ke seberang tambak Johor,Singapura untuk bekerja sebagai buruh binaan untuk mencari wang untuk membayar yuran SPM tahun akan datang. Walau dengan keputusan SPm yang agak bagus,dia tidak menyambung pelajaran ke mana2 kerana tiada sokongan kewangan.

Dan sekrang lelaki ini mencari nafkah dengan menjual ikan. Dan dengan hasil menjual ikan itu jugalah kami 3 beradik membesar dengan baik.

Dan lelaki ini akan sentiasa menjadi hero di hati anak-anak nya. Dialah abbi yang sentiasa cuba memenuhi semua kehendak anak-anak nya tak kira apa pun.

Dialah abbi yang telah memberi saya ruang dan peluang untuk bernyawa di muka bumi ini.

Terima kasih untuk segalanya, abbi. Along sayang abbi sampai hujung nafas terakhir, Aman Bin Haron.
Share:

Cerita Tentang Puasa..

Slam to all..

Ni cerita tentang puasa kat tadika. Budak-budak ni memang kelakar. Ada parents yg dah bgtau anak mereka puasa tapi anak diorg beria2 mengaku tak puasa sebab nak makan. Tp ada pula yang memang tak puasa tapi mengaku puasa sebab malu kawan-kawan ejek.

Ni cerita pasal fahim dan aina humairah. Pagi,waktu saya ambil mereka untuk ke sekolah,saya bertanya pada aina,dia puasa tak. Dan saya pasti dia tentu berpuasa sebab tahun lepas pun dia dapat puasa penuh. Dan lepas tu giliran fahim pula saya tanya,fahim cuma anggukan kepala tanpa suara. Dalam hati saya,bagus kecil2 smua da belajar puasa. Tapi tiba-tiba aina bgtau saya,'teacher,fahim tak puasa tu ada air kat beg dia'.. Saya diamkan diri sebab saya tahu fahim agak sensitif. Selang beberapa minit lepas tu, saya tengok air mata fahim da bergenang. Saya ckap pada dia, Puasa 30 hari,ada byak masa fahim boleh belajar puasa.. Dan fahim cuma anggukan kepala.

Esoknya,tahu tak fahim da mula belajar puasa! :)
Share:

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua..

Sejak banyak masalah melanda diri saya ni terutamanya internet connection,saya dengan gigih mencari alternatif untuk mengonlinekn diri. Akhirnya saya dah pun jumpa sesuatu untuk membolehkan saya online internet 24jam sehari tanpa limit dan percaya atau tidak,ianya adalah percuma!! Hehe.. Gembiranya rasa hati ni..

Cerita ramadhan kali ni tak byak bezanya dgn tahun2 lepas,mungkin naveed bsar sket dan dah sebok nak tolong arrangekn lauk untuk berbuka. Jadi untuk memberi peluang untuk naveed membantu kami,saya gunakanlah smua pnggan plastik.nampak kelakar tapi naveed sangat bangga bila dia dapat tolong mama..
Share:

Monday, July 12, 2010

Spain Spain Spain

Salam to all..

Ahaa kali ni kita bercerita pula tentang bola sepak, tentu nya tentang musim Piala Dunia yang sudah pun menutupkan tirainya untuk kali ini.. Erm.. Berikutan dengan siaran langsung pukul 2.30am tadi, En. Husband saya dengan gigihnya berjaga malam.. Mula-mula ada juga terniat nak join krew Hot.Fm untuk ke ICT tengok bola live kat sana.. Tapi memandangkan kalau pergi mungkin kami akan pergi bertiga dan pula pastinya kelam kabut bila pagi nak ke tempat kerja masing-masing jadinya, saya ambil keputusan untuk menonton siaran langsung dari rumah saja..

Sebelum berlangsung nya perlawanan bola sepak tu, kami sekeluarga menonton dulu cerita "The Karate Kid".. Best juga ceritanya tapi apa yang pelik bila nama nya karate kid tapi dia belajar kung fu.. Saya tertanya-tanya sama ke karate dan kungfu.. Hurmm.. Pelik juga la, tapi cerita ni amat sesuai untuk tontonan umum..

Bila bola dah nak start, mata saya mula layu.. Tambahan pula Naveed sudah tidur, jadi bila En. Husband panggil bola nak start, saya terus pura-pura tidur sehingga tertidur.. Heheh... Bukan apa, nanti takut lambat pula bangun.

Pukul 4.30 pagi saya bangun, bersahur untuk puasa hari ni, bola masih belum tamat siaran nya. En. Husband cakap ada tambahan masa 30 minit, saya pun mamai entah iya ke tidak apa yang dia cakap tu, Wallahualam..

Dan dalam sejarah kali pertama nya En. Husband kejutkan saya bangun tidur pukul 6am tadi.. Heheh.. Kelakar pula rasanya sebab selalu nya saya yang selalu kejutkan dia untuk solat subuh dan mandi.. Dan Naveed masih lena dibuai mimpi indah...

Dan pagi tadi apabila bergerak ke tadika dalam kereta, saya denagar Spain yang menang. Sukalah En. Husband sebab dia sokong pasukan tu. Dan ada juga parents yang terlambat hantar anak ke sekolah gara-gara Penangan Piala Dunia akhir ni.. Isk isk isk...
Share:

Friday, July 9, 2010

Windows Problems..

Salam to all..

Beberapa hari ni Windows 7 saya ni ada error tak tahu la kenapa.. Semua software yang nak bukak semua missing file.. Saya rasa la kan kuat naluri hati saya nie mengatakan ada kaitannya dengan Ahmad Naveed Ali Danial.. Ye laa mana tak nya kalau kita ada kat dalam bilik je, terus dia nak bukak PC. Macam la pandai sangat dia tu nak main game. Tapi tu je la yang dia dok tanya, "Game..Game.." Baru-baru ni pula papanya ada downloadkan game gold miner tue.. Lagilah bertambah seronok dia.. Dan sekarang PS2 hanya di pandang sepi.. Tapi kalau nampak orang lain nak main PS2 tu, dia pun tiba-tiba sangat excited nak main game.. Hurmm..

Oh ya, hari ni Naveed demam. Mungkin berjangkit selesema dengan Miya, kawan di rumah Ummi nya.. Sebab semua yang ada kat rumah tu diserang virus selesema.. Kasihan Naveed, dia memang kalah dengan virus selesema pastinya akan diserang demam pula.. Malam semalam awal dia masuk tidur tapi bangun di tengah malam dan mengigau.. Ada la tu yang di mimpikan nya tu ditambah pula dengan selesema..

Pagi tadi masa nak hantar dia ke rumah Ummi nya. dia nak juga pakai sweater.. Saya ikutkan saja,, padahal rumah Ummi nya tu selang 2 buah rumah je dari rumah kami.. Ni pula gambar lepas saya ambil dia dari rumah Ummi nya..

Seronok dapat buku colour baru..


Cabut cool fever.. isk isk isk


Operasi mencabut cool fever..


Tekun mewarna..


Selesai dapat piala.. Hehehehe
Share:

Monday, July 5, 2010

Siapa Ikut Siapa..

Salam..

Ahaa...Dah beberapa hari kan saya tak sempat nak meng'update' blog ni. Ada ke follower yang tunggu.. Hehehe.. Ermmm berkaitan dengan entry baru ni, siapa ikut siapa.. Pernah tak dengar kalau ada orang cakap, "kalau kita cintakan seseorang, cintailah dia seadanya, kelemahannya, kebaikkannya, kegemarannya, kebenciaannya.." Pernah tak dengar? Ayat tu pernah seseorang sampaikan pada saya, waktu tu saya baru nak melangkah ke alam perkahwinan..

Dan selang beberapa tahun saya rasa saya makin nampak kesahihan kata-kata itu..Sebagai contoh, berikutan dengan Musim Piala Dunia 2010 ni, En. Husband saya memang tiap-tiap malam la berjaga menonton siaran langsung pertandingan bola sepak tu tapi yang pastinya saya pun tak berapa pasti pasukan mana yang betul-betul disokongnya. Mula-mula saya dengar dia beria-ia menyokong pasukan England tetapi malang sekali England dah pun bungkus dan pulang ke kampung halaman.. Kemudian dia beralih arah pula kepada pasukan Sepanyol.. Erm.. Sepanyol masih dalam pertandingan ke? Kalau sudah tidak, saya pun tidak pasti pasukan mana yang akan En. Husband pilih selepas ini.. Oh ya, dah melalut pula cerita saya ni sebenarnya.. Actually, between my husband and me, ada banyak sangat perbezaan sampaikan saya tak nampak mana samanya saya dan dia dalam mana-mana hal..

Baru-baru ni saya adalah tegur dia tentang bola tu, "Kan abang dah tengok live, nak kena tengok jugak ke ulangan dan rumusan dia?" Jawapan dia, "Mestilah nak kena ambil tahun semua perkara.." Saya, "Eishhh..Boringnya tak dapat nak tengok siaran lain.."En. Husband, "Cuba belajar minat perkara yang abang minat macam abang minat perkara yang awak minat padahal abang tak minat.." RUMIT TAK? Hehehe.. Tambahnya, "ISTERI KENA IKUT SUAMI"..(Saya pun tak pasti ada kena mengena ke konsep ni dalam menonton rancangan televisyen)..Hahahaha..

Terfikir sejenak saya, betul juga kata En. Husband tu sebenarnya, ye la selama ni rancangan televisyen yang dia minati tak pernah saya akan turut serta.. Tapi macam rancangan kegemaran saya, macam CSI, BONES, LIE TO ME, AMAZING RACE, GOSSIP GIRL, even AMERICAN IDOL sekali pun dia pasti akan menonton bersama.. Kesian En. Husband, rupa-rupanya selama ni saya macam LADY OF THE HOUSE la ye.. Tapi memang betul pun rasanya sebab dia dah ada geng..Naveed.. Saya masih ternanti-nanti geng saya pula.. :)
Share:

Sunday, July 4, 2010

Lama Tak Update..

Salam..

Ahaa..bercerita tentang lama tak update ni bukannya apa, saya nak update tapi bila mengenangkan tak ada idea nak menulis tu yang biarkan dulu, biarkan biarkan lama-lama dah masuk 3 ke 4 hari dah tak update.. Macam selalu lar kan.. Hehehe.. Oh ya.. Semalam (Sabtu) kan tak ada ke mana-mana jadi saya dengan senang hatinya duduk kat rumah je. Tak tahu nak ke mana. Ingatkan nak tengok wayang, tapi cancel plak plan tu.

Jadi apa yang saya buat semalam ialah memasak dengan jaya nya..Aicewahhh.. Semalam masak sambal udang dan goreng ayam je. Hehehe.. Lauk yang simple dimple tapi Naveed sangat suka. Kalau makan memang banyak lar. Puas hati saya memasak..


Share:

Tuesday, June 29, 2010

Tengok Apa Dah Jadi?!

Salam..

Ahaa.. Ni hal berkaitan dengan anak tersayang saya, Ahmad Naveed Ali Danial. Semalam saya selepas kepenatan bersukan, sekolah kami cuti pada hari Isnin. Jadi saya dengan rasmi nya tidur di waktu petang dengan sangat lena dan tiba-tiba tidur lena saya diganggu oleh anak saya yang comel dan comot ini.. Nak tahu apa yang terjadi pada dia?? Haaaa.. lihat gambar-gambar di bwah..

Naveed cop muka dia pakai Stamp Pad

Kat sini pun ada..

Tangan pun ada

Sini pun ada..

Tersenyum bila di snap picture nya..

Dia main Stamp Pad papa nya bila saya tidur, bising papa nya bila balik melihat keadaan dia macam ni. Heheheh :)
Share:

Q-Dees Anual Sport Day 2010

Salam to all..

Erm, sorry lar masih tak sempat untuk update kan blog. Almaklum saja lah, sebok saja saya ni memanjang. Ni pun baru sempat untuk update blog. Penat sangat hari Ahad lepas, balik saja dari sukan terus tertidur.. Tertidur yang sangat lena pula tu.. Sampai tak sedar dah apa yang berlaku di sekeliling..

Nasib baik la centre kami dapat Johan. Jadi penat kami berbaloi sangat la. Terasa puas apa yang dah kami usahakan selama hari ni tercapai juga. Hehehe.. Ni antara gambar yang sempat di snap oleh En. Amin (hubby Kak Mai).. Kalau nak harapkan saya snap gambar memang tak tersnap larr...

Line up

Make-up time

Marching

Pom-pom Squad

TeacherMai in lead
Share:

Saturday, June 26, 2010

Jun

Istimewanya Jun..

Bagi keluarga kami, Jun adalah bulan yang sangat istimewa.. Kerana kami lahir dalam bulan ini. Suami saya lahir pada 05 Jun 1983, saya pula pada 22 Jun 1988, dan putera kami, Naveed lahir pada 10 Jun 2008. Dan berikutan dengan kelahiran kami pada bulan Jun, saya dan suami memilih untuk bernikah pada 03 Jun 2007. Jadi bulan Jun adalah bulan yang sangat istimewa untuk keluarga kami..

Dan pada bulan ini jugalah budget kami akan lari.. Hehehe.. Untuk membeli hadiah yang banyak~!!

Sewaktu sambutan ulang tahun yang ke-2

Nak kamera untuk tangkap gambar...

Share:

Naveed Yang Bijak

Salam..

Berikutan dengan Q-dees Annual Sport Day esok, saya sangat sebok dan penat sekali. Tadi pukul 7 malam baru sampai rumah selepas usai menyiapkan dewan untuk acara sukan esok hari. Penatnya.. Sampai sahaja ke rumah, masih lagi di pintu pagar, saya dah dengar panggilan, "Mama..mama..mama..".. Ahhh.. Hati saya terus rasa sangat lega. Saya pun tak tahu kenapa, tapi saya rasa rindu sangat pada Naveed. Hari ni satu hari suntuk dia ditinggalkan di rumah dengan papanya.

Bila saya masuk rumah, dia masih di bilik, dan bila saya masuk ke dalam bilik dia terus menerpa ke arah saya dan memeluk saya erat.. Sedih betul.. Mungkin Naveed sangat-sangat rindukan saya.. Macam-macam yang dia cuba beritahu pada saya, yang dia baru selesai menonton cerita kartun Upin dan Ipin.. Tapi dia cuma boleh cakap, "Pin,pin".. Kelakar sangat~!

Suami pula memberitahu yang Naveed asyik meragam hari ini. Mungkin kerana bila terjaga saya sudah tidak ada. Tapi biasa nya dia faham bila saya dan papa nya bekerja dia akan ke rumah baby-sitter yang dia panggil ummi. Mungkin hari ini papa nya ada di rumah dan dia pelik kenapa cuma papa yang ada dan mama tak ada.. Kesian Naveed..

Belahan Jiwa

Dan esok satu hari lagi saya akan tinggalkan dia di rumah bersama papanya.. Dan esok saya harus keluar rumah pukul 6 pagi. Mesti saya akan lebih rindu kan Naveed.. :( Walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja..Naveed tinggal baik-baik dengan papa ya.. :(

Hero di hati

Share:

Lama Sungguh Tak Kesini..

Salam..

Rasanya sudah terlalu lama saya tak kunjung ke sini. Tuntutan masa membataskan segalanya. Dari satu hal ke satu hal yang lain pula. Dan sekarang rasanya saya dah tak pandai untuk menulis di sini.

Naveed dah pun 2 tahun Jun 2010. Dan saya selalu cakap kan saya sayang kan dia lebih dari segalanya dan dia merupakan anugerah terindah dalam hidup saya.. Sekarang Naveed dah pandai bercakap, walaupun dia masih lagi mengulang perkataan belakang dalam ayat yang kita ucapkan, tapi bagi saya itu adalah satu kemajuan. Di banding kan dengan kanak-kanak lain seusia dengan dia, mungkin dia agak terkebelakang sedikit. Tapi saya yakin dan percaya dia membesar dengan sangat baik

Menjadi seorang guru sudah cukup mencabar bagi saya untuk mengajar pelajar-pelajar saya. Lagi pula mereka baru mengenal alam persekolahan. Tapi apa yang baru saya tahu, mendidik anak merupakan perkara yang paling rumit untuk dilakukan.

Sekarang saya dah mulakan sesi pembelajaran dengan Naveed. Walaupun ada yang mengatakan pada saya,"Naveed kan masih kecil dan masih belum pandai bercakap betul pun. Tunggulah dulu.." Tapi akan usahakan juga agar Naveed boleh membaca menjelang hari lahirnya ke tiga tahun, Jun 2011. Dan saya akui memang susah sangat, terutamanya Naveed mempunyai tumpuan yang kurang tetapi apa yang saya nampak, Naveed sangat gemarkan buku, kertas dan pensel. Dapat sahaja barang-barang tu, mainan akan jadi yang kedua dalam hidupnya. Moga-moga dia akan terus meminati buku..

Permata Hati
Share: