Salam untuk semua..
Berkaitan entry terbaru ni, saya nak berkongsi kisah tentang seseorang. Seseorang yang sangat bermakna dan beerti dalam hidup saya. Seorang lelaki yang mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan. Yang buatkan saya sedar, walau dalam keadaan serba sederhana tetapi saya membesar dengan baik.
Ok, kisahnya bermula macam ni. Sewaktu ibunya melahirkan dia, ibunya meninggal dunia. Dan dia tak pernah merasakan hangatnya kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu. Saya selalu terfikir bagaimana agaknya kalau saya yang berada dalam keadan tu, mungkin saya tidak menjadi saya seperti sekarang. Ok, sambung balik cerita tadi, dari kecil dia dibesarkan oleh nenek, yang tinggal di kampung. Yang hidupnya menumpang makan pada jiran tetangga dan ikhsan anak dan hasil hutan. Dari kecil dia tak pernah rasakan apa ertinya hidup mewah. Oh, dia masih punya ayah waktu ni cuma tak tahu atas alasan apa ayah nya tak pernah membela dia dari kecil cuma membela 3 orang abangnya. Waktu dia melangkah kaki ke sekolah rendah pertama kalinya, dia berjalan kaki hampir 4km untuk sampai ke sekolah. Dan waktu rehat, dia akan berlari pulang ke rumah hanya untuk membasahkan tekaknya dengan seteguk air. Saya pernah bertanya, Kenapa tak bawa je bekal air dari rumah, dia jawab tak pernah terfikir pun waktu tu. Kalau dia keluar lambat dari kelas, hari tu waktu rehatnya pasti hanya meminum air paip. Selalu dia ulangkan betapa untungnya saya sebab ke sekolah berbekalkan bukan setakat air tapi lengkap dengan bekalan makanan dari rumah.
Sewaktu sekolah rendah, dia pernah menumpang rumah seorang makcik, yang tergamak menghalau dia pada satu maghrib. Dan dia cuma mampu menangis,pulang ke rumah nenek.
Sewaktu di tingkatan 4, semua orang sebok bersedia belajar untuk SPM,dia ke seberang tambak Johor,Singapura untuk bekerja sebagai buruh binaan untuk mencari wang untuk membayar yuran SPM tahun akan datang. Walau dengan keputusan SPm yang agak bagus,dia tidak menyambung pelajaran ke mana2 kerana tiada sokongan kewangan.
Dan sekrang lelaki ini mencari nafkah dengan menjual ikan. Dan dengan hasil menjual ikan itu jugalah kami 3 beradik membesar dengan baik.
Dan lelaki ini akan sentiasa menjadi hero di hati anak-anak nya. Dialah abbi yang sentiasa cuba memenuhi semua kehendak anak-anak nya tak kira apa pun.
Dialah abbi yang telah memberi saya ruang dan peluang untuk bernyawa di muka bumi ini.
Terima kasih untuk segalanya, abbi. Along sayang abbi sampai hujung nafas terakhir, Aman Bin Haron.
0 comments:
Post a Comment