About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Friday, July 18, 2014

Should I Close It Down?

Salam Ramadhan!

Dah berapa lama saya dok terfikir untuk close down blog ni, tapi rupa-rupanya masih ada yang berkunjung ke laman yang penuh bersawang ni dan dapat manfaat daripadanya. So jadi jariah kan ilmu yang berpanjangan ni?

So saya akan cekalkan hati, kuatkan azam untuk teruskan menulis lagi. Sekarang, selain dari Isteri, Ibu dan Pekerja sekarang I'm offically a student again! So masa sangat-sangat terbatas! 24 jam sehari memang tak cukup rasanya. Hahah.. Beauty sleep 8 jam sehari dah tak ada dah dalam kamus hidup. Dah kurangkan untuk study. Beriltizam sungguh!

One fine day, saya nak anak-anak saya bangga dan rasa yang saya berkorban untuk diorang. Saya nak diorang bangga cakap, "Itu mama saya!" Sekarang ni kalau nak ikutkan saya dah dalam comfort zone sangat tapi I wanna make big! Tak nak terus rasa selesa. Saya nak sungguh-sungguh supaya anak-anak saya tak susah esok. Huihhh penuh sifat keibuan kan??Hahaha..

Update Abang Naveed :

Sekarang Abang Naveed dah 6 tahun. Yes, he's 6! Rasa cepatnya Tuhan masa berlalu, masih terasa lagi saat mengandungkan dia, melahirkan dan menyusukan. Sekarang dah jadi abang, sangat matured. Dah tidur bilik sendiri. Tahun depan Abang Naveed dah masuk Tahun 1. Bertambah lah lagi satu kerjaya saya - driver. Hahaha..

Update Adik Nayeef :

He's 2 now! Ohh yeaaa.. Belum cukup 2 tapi almost la kan. Still breastfeeding. Insyaallah until age of 2. Dah riuh mulut duk potpet potpet dalam bahasa sendiri. Perkataan pertama yang kami faham adik sebut ialah "Aa.." tapi dia sebut "Aa" hanya merujuk pada abang dia.. Sodeh mak! Dia lagi sayang abang dia.. Hahaha.. Tapi tak pe. Sekarang dah pandai sebut mama, papa, minum, makan.. Mulutnya tak berhenti mengunyah je kerja! Hahah!

Update mereka berdua :

I'm a blessed mother of 2! Seriously! Tengok perkembangan mereka berdua, saya rasa Tuhan makbulkan doa-doa saya untuk dapat anak-anak yang saling sayang menyayangi, always protect each other. Main, bergaduh jugak tapi nanti berpeluk balik. I'm so blessed! 

Update tentang suami tercinta :

Dia masih macam dulu, lelaki yang bersungguh-sungguh memperisterikan saya. Sentiasa ada disetiap bangun jatuh saya. Sentiasa ada saat rebah ranap saya. Sentiasa ada. Terima kasih sayang.. :) Moga kita bersama sampai syurga,,

Till then. Bubye!

Thursday, November 7, 2013

The Master's Sun

Salam!

Ohoiii jangan ingatkan saya tentang blog yang dah bersawang bawang ni.. Hahaha.. Seriously memang tak ada masa langsung nak update blog.. Pluss sekarang saya lebih prefer menaip ni facebook.. Boleh taip panjang kan.. So lebih kurang macam update blog la ye dak?

Hahahah.. *OK tak kelakar..

Here's some Drama Review.. But then sorry, saya tak tengok drama melayu, bukan sebab tak nak sokong industri ke whatever n ever tapi saya agak memilih sikit tengok drama.. And sekarang budak-budak office sibuk dok bercerita tentang drama Mr. Arrogant kot.. Tapi saya satu episod pun tak sempat nak tengok.. Haihh sedih!

Ok, ni Korean Drama la as always.. Tajuk die 'The Master's Sun'. Ada 16 episod kesemuanya. Kalau ada yang pernah tengok cerita Ghost Whisperer, lebih kurang gitulah cumanya lagi cerita ni tak seberat cerita Ghost Whisperer.. 

Tapi cite Korea ni biasa lah kan, yang lelaki tu mesti kengkonon bajet macho sangat pastu kaya nak mati.. Gitu lah.. Tapi so far kalau nak tengok, sile lah.. Cumanya akan ada adegan terkejut-terkejut sikit sebab kengkononnye perempuan ni boleh nampak hantu.

Ada yang hantu die biasa-biasa je, and ade gak yang takut sesangat plak.. :)

Ok, neway enjoy! Next year plak eh update blog.. Wakakak..

Monday, March 18, 2013

Bersalin, Di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta?

Salam :)

Ni entry yang dah lama bersawang dalam draft.. Ok, let's begin..

Keterujaan menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga biasanya ditambah lagi dengan keterujaan memilih tempat bersalin yang paling best! And of course tak terkecuali saya.. Dan macam biasa, menjadi ibu baru, macam-macam kita dimomokkan tentang syoknya hospital itu, kurangnya hospital ini, dan macam-macam..

Masih saya ingat ketika mengandungkan Naveed dulu, keadaan kewangan memang lah tak mewah, tapi bak kata Encek Sayang, selagi kita boleh usaha, kita akan cuba usaha selagi terdaya. Oleh kerana mahukan doktor perempuan sebagai doktor yang menyambut kelahiran Naveed, kami memilih hospital swasta sebagai pilihan pertama. Masa tu masih awal, ketika Naveed masih kurang 5 bulan dalam rahim mama :) Masih saya ingat ke Az-Zahrah di Bangi mengambil pampelet, berbincang dengan staff di sana. Balik rumah kami mengira kos yang terpaksa kami bayar nanti. Setelah di hitung kira, alhamdulillah memang cukup, dan kami start menabung..

Memang ada kenalan Encek Sayang yang isteri nya bersalin di sana, jadi secara am nya saya sudah mendapat gambaran awal tentang layanan doktor dan staff. Kakak tu sangat berpuas hati ketika bersalin di sana, tak ada masalah langsung, cuma akhirnya anak dia dilahirkan secara normal tetapi dengan bantual forceps dan vakum. Selain dari itu, semua nya ok! :)

Tinggal 3 bulan sebelum kelahiran Naveed, seorang lagi kenalan Encek Sayang isterinya bersalin, dan kali ini dia bersalin di hospital kerajaan, Hospital Ampang.. Saya dengar pengalaman bersalin dia di hospital kerajaan, kos rawatannya memang murah, kurang daripada RM50.. Layanan daripada staff hospital juga tidak kurang hebatnya daripada hospital swasta, seronok katanya..

Maka bermula lah episod saya berkira-kira balik dengan Encek Sayang.. Saya duduk sekali lagi berbincang berdua, dan akhirnya Encek Sayang minta saya sendiri yang buat keputusan sebab katanya yang akan bersalin nanti saya, saya juga yang akan mengalami pengalaman tu, jadi dia hanya mampu sediakan yang terbaik untuk saya. (ps : saya adalah salah seorang antara perempuan yang ketika mengandungnya punya masalah - bleeding during pregnancy, tapi bukan sebab uri di bawah, juga bukan sebab gugur.. Entah lah.. Saya sendiri tak tahu kenapa, jadi kebanyakan hospital kerajaan di Selangor dan Kuala Lumpur pernah saya menginap semalam dua, yang belum pernah cuma Hospital Selayang dan Sungai Buloh sahaja.. Akhirnya saya cakap pada Encek Sayang, saya nak bersalin di Hospital Ampang, segala saving yang kami buat untuk persediaan bersalin di hospital swasta, saya buat shopping! Seronok sangat rasanya bershopping untuk anak, lagi-lagi anak sulung! :)

Dan alhamdulillah, saya rasa keputusan saya tepat, saya minta kelas kedua, dan layanan dari A to Z sangat ok, saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua staff wad bersalin Hospital Ampang bulan June tahun 2008 kerana menguruskan saya dengan penuh kasih sayang, hehehe..  Ye lah rasanya memang nurse harus penuh dengan kasih sayang kan?! Maka ketika mahu bersalinkan Nayeef, saya pilih hospital yang sama, agak jauh dari tempat tinggal saya di Kajang, tapi macam yang saya cakap, saya antara manusia terpilih yang ketika mengandungnya punya masalah, maka ketika mengandungkan Nayeef, saya juga menjadi tetamu hospital secara kerap! Hehehe...

Dan sekali lagi alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan layanan doktor dan staff di Hospital Ampang pada bulan Oktober 2012, ketika saya bersalinkan Nayeef..

Benar kata Ummi, bersalin ni macam kita pergi ke Mekah, jangan cakap besar, setiap orang ada bahagian masing-masing, ada orang yang bersalin di hospital swasta, rasanya azab nauzubillah, juga ada yang bersalin di kerajaan pun macam tu.. Jadi, sebenarnya bukanlah hospital itu lebih bagus dari hospital ini dan so and so and so.. Tapi pokok pangkalnya semuanya urusan DIA, KUN FAYAKUN.. Kata DIA.. Moga saya masih lagi diberi nikmat, mudahnya bersalin untuk kandungan yang akan datang..

Apa-apa pun tepuk dada, tanyalah selera.. Kita sendiri yang boleh tentukan.. :)

Disamun..

Salam!!

To be honest, saya tak mahu bercerita di blog tentang kejadian ni, tapi bila difikir balik, biarlah saya bercerita agar menjadi pengajaran untuk semua. Walau sebenarnya dah banyak kali kita dengar cerita tentang orang kena samun, atau kena ragut, tapi kita sebenarnya tak ambil peduli selagi tak kena pada kita sendiri..

Pagi Jumaat lalu, sama macam pagi hari-hari bekerja yang lain, saya bangun pagi, siapkan anak-anak untuk ke tadika dan taska, saya hantar Naveed ke tadika dulu, kemudian hantar Nayeef ke taska pulak.. Dalam pada sibuk menjalani hari rutin saya, pagi tu di taska, ada parents lain yang menghantar anak ke taska, jadi bila tengok teacher Nayeef dah sibuk, saya turun untuk hantar beg-beg taska anak-anak dan Nayeef, tetapi kebiasaannya saya tak akan turun dari kereta. Teacher Nayeef akan datang untuk ambil Nayeef dan beg-beg dari kereta, tapi hari tu rutin saya berubah sikit.

Usai saya menghantar Nayeef dalam dakapan teacher dia, saya dengar ngauman enjin kereta berlalu pergi dengan kuat sekali. Dalam hati cuma berkata, "Kenapa kereta tu..?" Dan saya kembali ke kereta, saya lihat shield untuk breastpump saya ada di jalan, saya berkata dalam hati, "Eh, kenapa pulak boleh jatuh ni?" Saya kutip dan kononnya nak masukkan semula ke dalam pumping beg, tapi bila saya bukak pintu kereta, baru saya sedar yang beg pumping saya TIADA! Juga handbag saya! Dan saya baru dapat related kan yang kereta tadi, ada kaitan dengan kehilangan barang-barang saya.

Saya PANIK! Serious ini kali pertama saya alami perkara macam ni, dan saya harap juga inilah kali terakhir, saya tak nak lagi alami perkara-perkara dahsyat macam ni.. Mujur seorang lagi parent yang menghantar anak dia ke taska tu menolong saya. Dia ingatkan agar stopkan atm card dan kredit card punya account. Yang lain-lain boleh di settle kan kemudian bila laporan polis dah dibuat..

Bila semuanya dah setel, laporan polis dah dibuat, saya duduk sendiri, berfikir sendiri, "Kenapa saya?" Dan akhirnya saya sedar semua yang berada dalam keadaan yang sama akan bertanya soalan yang sama. "Dalam ramai-ramai, mengapa saya?!" Lama saya berdiam, dan sentiasa teringat-ingat sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Kata Encek Sayang, "Redhakanlah.. Mungkin ada hak orang lain dalam harta awak, yang awak tak sedar.." Mungkin ada benarnya.. Saya percaya hikmahnya lebih besar dari ujiannya, tapi kita cuma manusia, yang seringkali rapuh, bila di uji sebegini, jadi lemah sekali, berkali-kali saya menangis, menangisi material dunia yang boleh ditukar ganti. 

Kata Encek Sayang, "Allah gerakkan hati awak untuk turun dari kereta, sedangkan sebelum ni, awak tak turun, hanya tunggu teacher Nayeef datang ambil, cuba bayangkan kalau awak masih di dalam kereta, tak mustahil untuk mereka mencederakan awak untuk ambil apa yang mereka inginkan.." Waktu di balai polis, polis yang mengambil report saya berkata, "Syukur awak selamat, anak-anak juga selamat. Ada kes yang kereta dan anak juga turut di bawa lari.. Mujur penjenayah tu sekadar ambil handbag dan barang je.."

Betul kata mereka.. Saya terbayang, apalah agaknya jadi pada saya andai kereta yang dilarikan bersama Nayeef ketika tu? Allah.. Allah.. Separuh dunia saya gelap! Masakan sama anak nan sorang, kalaupun saya punya 10 anak sekali pun.. Syukur YA ALLAH, masih KAU panjang kan nyawaku untuk terus sujud mengakui kebesaranMu..

Moga peristiwa ini menjadi pengajaran termahal untuk saya.. 

Wednesday, January 2, 2013

Awal Tahun..

Salam!

Happy New Year 2013.. Alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik, masih dipinjamkan harta-harta tak ternilai. Maka untuk itu syukur yang tak pernah putus.

Tahun ni macam tahun-tahun lepas, saya dan Encek Sayang start buat belanjawan tahunan, dan bila dah ada 2 orang anak, memang expenses akan meningkat. Setelah dihitung kira, Naveed dan Nayeef punya belanja tahunan untuk tahun ini, hanya untuk sekolah dan taska sahaja RM10k.. *telan air liur kejap*

Kami dah mula merencana untuk ambil maid, tapi nenek tak setuju sebab ye lah orang tua kan, jadi tunggu lah nanti bila mak ngah dan acu diorang ni habis belajar, kami memang da tekad nak bawak ummi n abbi dok sini, jadi boeh lah ambil maid time tu untuk jagakan budak-budak ni..

Seriously tak terkejar rasanya nak mengemas rumah, nak menjaga anak, mujur Encek Sayang banyak membantu.. ;)

Wish list untuk tahun ni? Sama macam tahun-tahun lepas, cuma mungkin ada yang dah tercapai, maka yang belum tercapai kita teruskan aje, dan yang dah tercapai kita upgrade.. ;)

Till then..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 15, 2012

Tak Terkejar Kaki Berlari..

Salam..

Rasanya memang benar kata orang, punya anak 2, bagaikan dunia ni bergerak sangat laju. Sungguh pun saya ambil cuti bersalin 3 bulan, dan 2 bulan sudah berlalu.. Cepat sangat!

Saya masih cuba membiasakan diri untuk menguruskan 2 orang hero. Mujur ada suami yang sentiasa membantu, sentiasa tolong saya dalam urusan rumah dan anak-anak.

Naveed, macam biasa buat hal sendiri. Bila ada adik ni, dia lebih banyak buat hal sendiri, tapi betul juga kata orang yang dia cari perhatian sebab setiap apa yang dia buat pasti mengundang marah kami, dan sekarang saya lebih senang ambil inisiatif yang mudah, tapi Encek Sayang lebih tegas.

Pastinya dia belum boleh ditinggal berdua saja dengan adik, ada saja yang nak di cuba pada adik, gigit sudah, cubit sudah, ermm.. Entahlah, cemburu mungkin.. Masakan tidak, sudah 4 tahun dia sendiri, memiliki sepenuh kasih kami. Namun kini harus berkongsi.. Tapi kami sepenuh daya cuba untuk pastikan mereka berdua tak terasa kurang..

Menguruskan dua orang hero serentak bukan mudah tapi alhamdulillah semuanya masih boleh kami tangani.. ;)

Till then, Nayeef dah menangis nak menyusu..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone