Salam!!
To be honest, saya tak mahu bercerita di blog tentang kejadian ni, tapi bila difikir balik, biarlah saya bercerita agar menjadi pengajaran untuk semua. Walau sebenarnya dah banyak kali kita dengar cerita tentang orang kena samun, atau kena ragut, tapi kita sebenarnya tak ambil peduli selagi tak kena pada kita sendiri..
Pagi Jumaat lalu, sama macam pagi hari-hari bekerja yang lain, saya bangun pagi, siapkan anak-anak untuk ke tadika dan taska, saya hantar Naveed ke tadika dulu, kemudian hantar Nayeef ke taska pulak.. Dalam pada sibuk menjalani hari rutin saya, pagi tu di taska, ada parents lain yang menghantar anak ke taska, jadi bila tengok teacher Nayeef dah sibuk, saya turun untuk hantar beg-beg taska anak-anak dan Nayeef, tetapi kebiasaannya saya tak akan turun dari kereta. Teacher Nayeef akan datang untuk ambil Nayeef dan beg-beg dari kereta, tapi hari tu rutin saya berubah sikit.
Usai saya menghantar Nayeef dalam dakapan teacher dia, saya dengar ngauman enjin kereta berlalu pergi dengan kuat sekali. Dalam hati cuma berkata, "Kenapa kereta tu..?" Dan saya kembali ke kereta, saya lihat shield untuk breastpump saya ada di jalan, saya berkata dalam hati, "Eh, kenapa pulak boleh jatuh ni?" Saya kutip dan kononnya nak masukkan semula ke dalam pumping beg, tapi bila saya bukak pintu kereta, baru saya sedar yang beg pumping saya TIADA! Juga handbag saya! Dan saya baru dapat related kan yang kereta tadi, ada kaitan dengan kehilangan barang-barang saya.
Saya PANIK! Serious ini kali pertama saya alami perkara macam ni, dan saya harap juga inilah kali terakhir, saya tak nak lagi alami perkara-perkara dahsyat macam ni.. Mujur seorang lagi parent yang menghantar anak dia ke taska tu menolong saya. Dia ingatkan agar stopkan atm card dan kredit card punya account. Yang lain-lain boleh di settle kan kemudian bila laporan polis dah dibuat..
Bila semuanya dah setel, laporan polis dah dibuat, saya duduk sendiri, berfikir sendiri, "Kenapa saya?" Dan akhirnya saya sedar semua yang berada dalam keadaan yang sama akan bertanya soalan yang sama. "Dalam ramai-ramai, mengapa saya?!" Lama saya berdiam, dan sentiasa teringat-ingat sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Kata Encek Sayang, "Redhakanlah.. Mungkin ada hak orang lain dalam harta awak, yang awak tak sedar.." Mungkin ada benarnya.. Saya percaya hikmahnya lebih besar dari ujiannya, tapi kita cuma manusia, yang seringkali rapuh, bila di uji sebegini, jadi lemah sekali, berkali-kali saya menangis, menangisi material dunia yang boleh ditukar ganti.
Kata Encek Sayang, "Allah gerakkan hati awak untuk turun dari kereta, sedangkan sebelum ni, awak tak turun, hanya tunggu teacher Nayeef datang ambil, cuba bayangkan kalau awak masih di dalam kereta, tak mustahil untuk mereka mencederakan awak untuk ambil apa yang mereka inginkan.." Waktu di balai polis, polis yang mengambil report saya berkata, "Syukur awak selamat, anak-anak juga selamat. Ada kes yang kereta dan anak juga turut di bawa lari.. Mujur penjenayah tu sekadar ambil handbag dan barang je.."
Betul kata mereka.. Saya terbayang, apalah agaknya jadi pada saya andai kereta yang dilarikan bersama Nayeef ketika tu? Allah.. Allah.. Separuh dunia saya gelap! Masakan sama anak nan sorang, kalaupun saya punya 10 anak sekali pun.. Syukur YA ALLAH, masih KAU panjang kan nyawaku untuk terus sujud mengakui kebesaranMu..
Moga peristiwa ini menjadi pengajaran termahal untuk saya..
0 comments:
Post a Comment