Showing posts with label Abbi. Show all posts
Showing posts with label Abbi. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Hero Di Hati..

Salam!

Hehe.. Hari ni saya nak bercerita tentang hero-hero di hati saya.. Ini lah mereka~!!!

Pertama :
- Kerana dia saya hidup dan membesar dengan baik.
- Kerana dia saya tahu erti hidup.
- Kerana dia saya tahu erti susah dan senang
Abbi :)

Kedua :
- Bahu tempat saya menangis.
- Tempat berkongsi suka dan duka.
- Jalani susah dan senang bersama-sama.
- Menyayangi dan mencintai saya seadanya saya.
En. Hubby :)

Ketiga :
- Dia punca saya terus kuat untuk hidup.
- Dia punca saya melihat dunia ini dengan lebih baik.
- Dia lah racun dan penawar untuk saya.
En. Kecik - Ahmad Naveed Ali Danial :)

P/S : Kamu bertiga takkan ada tukar ganti dalam hidup saya.
Share:

Monday, January 24, 2011

Kasih Ibu Sampai Ke Syurga, Kasihnya Ayah Membawa Bahagia...

Salam..

Hari ni rasa rindu tiba-tiba menyerang saya, rindu pada Abbi dan Ummi.. Tak tahu kenapa tapi saya sangat rindu.. Kata orang kasih nya ibu sampai ke syurga, kasihnya ayah membawa bahagia..

Dari kecil lagi, saya selalu rasa ummi dan abbi selalu tak adil pada saya sebab saya anak sulong, bila bergaduh dengan adik-adik, sayalah orang yang akan kena, kalau jadi apa-apa saya juga yang kena bertanggungjawab.. Waktu kecil saya tak pernah sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang anak sulong, apatah lagi dalam adik-beradik saya tak ada lelaki, jadi selaku kakak, sayalah yang harus menjadi kakak dan abang untuk adik-adik..

Bila dah berumah tangga dan tinggal sendiri, saya selalu rindu nak makan masakan ummi, nak duduk lepak-lepak sambil bercerita dengan ummi.. Sungguh~! Saya rindu..

Kata adik-adik, saya anak abbi. Abbi selalu dahulukan saya dalam semua hal, saya pun tak nampak kat mana betulnya.. Heheh :D Mungkin saya rapat dengan abbi sebab kami tak ada adik beradik lelaki.. :)

Walau apa pun persoalannya, saya bersyukur memiliki ummi dan abbi yang terbaik dalam semua aspek.. :) Kerana apa yang kita tak boleh pilih dalam dunia ni ialah ibu dan ayah.. :)

Terima kasih ummi dan abbi untuk semuanya...
Share:

Wednesday, October 20, 2010

Perkhabaran Duka..

Salam untuk semua...

Dalam keadaan saya yang tengah tak stabil, saya terima satu lagi berita yang saya tak suka nak dengar.. Huh~!!!!!!!! Saya rasa sangat serba salah..

Angah talifon maghrib tadi, dia cakap ABBI EXCIDENT. Saya terus tergamam tak tercakap apa-apa. Sampai angah cakap, 'along ok tak?' Allah... Dalam fikiran saya macam-macam benda dah terbayang.. Saya dah membayangkan yang tidak-tidak.. Orang yang jatuh dalam bilik air pun boleh meninggal, apa lagi yang excident di atas jalan raya.

Masa angah talifon tadi, dia cakap dia sendiri belum tengok macam mana keadaan abbi. Sebab masih dalam bilik X-Ray.. Allah.. Saya dah sangat-sangat takut.. Jangan ambil nyawanya lagi Allah, belum puas aku menyayangi nya, aku masih belum berbakti pada umur hidupnya.. Allah..

Malam, ummi talifon cakap, tak payah la balik sebab abbi ok je. Dalam ok je tu, abbi patah tulang rusuk 5.. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Saya tak terdiam tak berdaya nak bercakap lagi. Kata Ummi, abbi cuma excident sorang, masa lalu bumper, dia langgar lubang sikit, lepas tu dia pitam mata dan terus tak ingat apa-apa, yang dia sedar lepas tu dia dah di hospital..

Erm... Semoga cepat sehat abbi.. Jangan mengalah abbi.. Along sayang abbi.. :(
Share:

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Yang Memberi Semangat Untuk Terus Hidup Dan Berjaya..

Salam untuk semua..

Berkaitan entry terbaru ni, saya nak berkongsi kisah tentang seseorang. Seseorang yang sangat bermakna dan beerti dalam hidup saya. Seorang lelaki yang mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan. Yang buatkan saya sedar, walau dalam keadaan serba sederhana tetapi saya membesar dengan baik.

Ok, kisahnya bermula macam ni. Sewaktu ibunya melahirkan dia, ibunya meninggal dunia. Dan dia tak pernah merasakan hangatnya kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu. Saya selalu terfikir bagaimana agaknya kalau saya yang berada dalam keadan tu, mungkin saya tidak menjadi saya seperti sekarang. Ok, sambung balik cerita tadi, dari kecil dia dibesarkan oleh nenek, yang tinggal di kampung. Yang hidupnya menumpang makan pada jiran tetangga dan ikhsan anak dan hasil hutan. Dari kecil dia tak pernah rasakan apa ertinya hidup mewah. Oh, dia masih punya ayah waktu ni cuma tak tahu atas alasan apa ayah nya tak pernah membela dia dari kecil cuma membela 3 orang abangnya. Waktu dia melangkah kaki ke sekolah rendah pertama kalinya, dia berjalan kaki hampir 4km untuk sampai ke sekolah. Dan waktu rehat, dia akan berlari pulang ke rumah hanya untuk membasahkan tekaknya dengan seteguk air. Saya pernah bertanya, Kenapa tak bawa je bekal air dari rumah, dia jawab tak pernah terfikir pun waktu tu. Kalau dia keluar lambat dari kelas, hari tu waktu rehatnya pasti hanya meminum air paip. Selalu dia ulangkan betapa untungnya saya sebab ke sekolah berbekalkan bukan setakat air tapi lengkap dengan bekalan makanan dari rumah.

Sewaktu sekolah rendah, dia pernah menumpang rumah seorang makcik, yang tergamak menghalau dia pada satu maghrib. Dan dia cuma mampu menangis,pulang ke rumah nenek.

Sewaktu di tingkatan 4, semua orang sebok bersedia belajar untuk SPM,dia ke seberang tambak Johor,Singapura untuk bekerja sebagai buruh binaan untuk mencari wang untuk membayar yuran SPM tahun akan datang. Walau dengan keputusan SPm yang agak bagus,dia tidak menyambung pelajaran ke mana2 kerana tiada sokongan kewangan.

Dan sekrang lelaki ini mencari nafkah dengan menjual ikan. Dan dengan hasil menjual ikan itu jugalah kami 3 beradik membesar dengan baik.

Dan lelaki ini akan sentiasa menjadi hero di hati anak-anak nya. Dialah abbi yang sentiasa cuba memenuhi semua kehendak anak-anak nya tak kira apa pun.

Dialah abbi yang telah memberi saya ruang dan peluang untuk bernyawa di muka bumi ini.

Terima kasih untuk segalanya, abbi. Along sayang abbi sampai hujung nafas terakhir, Aman Bin Haron.
Share: