Saturday, June 26, 2010

Lama Sungguh Tak Kesini..

Salam..

Rasanya sudah terlalu lama saya tak kunjung ke sini. Tuntutan masa membataskan segalanya. Dari satu hal ke satu hal yang lain pula. Dan sekarang rasanya saya dah tak pandai untuk menulis di sini.

Naveed dah pun 2 tahun Jun 2010. Dan saya selalu cakap kan saya sayang kan dia lebih dari segalanya dan dia merupakan anugerah terindah dalam hidup saya.. Sekarang Naveed dah pandai bercakap, walaupun dia masih lagi mengulang perkataan belakang dalam ayat yang kita ucapkan, tapi bagi saya itu adalah satu kemajuan. Di banding kan dengan kanak-kanak lain seusia dengan dia, mungkin dia agak terkebelakang sedikit. Tapi saya yakin dan percaya dia membesar dengan sangat baik

Menjadi seorang guru sudah cukup mencabar bagi saya untuk mengajar pelajar-pelajar saya. Lagi pula mereka baru mengenal alam persekolahan. Tapi apa yang baru saya tahu, mendidik anak merupakan perkara yang paling rumit untuk dilakukan.

Sekarang saya dah mulakan sesi pembelajaran dengan Naveed. Walaupun ada yang mengatakan pada saya,"Naveed kan masih kecil dan masih belum pandai bercakap betul pun. Tunggulah dulu.." Tapi akan usahakan juga agar Naveed boleh membaca menjelang hari lahirnya ke tiga tahun, Jun 2011. Dan saya akui memang susah sangat, terutamanya Naveed mempunyai tumpuan yang kurang tetapi apa yang saya nampak, Naveed sangat gemarkan buku, kertas dan pensel. Dapat sahaja barang-barang tu, mainan akan jadi yang kedua dalam hidupnya. Moga-moga dia akan terus meminati buku..

Permata Hati
Share:

0 comments: