About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Monday, March 14, 2011

Tersenyum Bahagia..?

Salam untuk semua..

Hari ni tiba-tiba saya teringat tentang satu cerita.. Cerita omputih, terlupa tajuknya apa.. Jalan cerita nya lebih kurang begini..

Si Ibu meninggal dunia dan meninggal suami serta anak-anak.. Dalam masa beberapa tahun kemudian, Si Suami berkahwin lain.. Dan anak dia yang sulung menegur ayah nya..

"Sejak bertahun-tahun, inilah kali pertama saya melihat ayah tersenyum bahagia.. Adakah bersama ibu, ayah tidak pernah bahagia..?"

Ermm saya sering tertanya-tanya, kalau saya pergi dulu akan kahwin lagi kah En. Hubby? Kalau soalan ini ditanyakan pada dia, saya yakin dan pasti dia akan menjawab yang dia akan berkahwin lagi.. Tapi hakikatnya saya belum betul-betul pasti.. Sebab semasa saya hidup ni pun ada time nya dia sebok bercerita nak kahwin lagi.. Walaupun saya tahu itu sekadar gurauan, atau kah akan menjadi kenyataan? Wallahualam..

Cuma pesan saya untuk kamu En. Hubby, "Kalau saya tiada lagi dan kamu akan berkahwin lagi.. Tolong jagakan anak baik-baik ye.. Katakan pada mereka saya sangat sayangkan mereka sepenuh hati dan saya sanggup tukarkan hatta nyawa saya sekalipun untuk mereka.."

Mood : Sedey

P/S : Ketika entry ini ditulis bukan lah puting-beliung sedang melanda rumah-tangga kami, cume terkesan dengan movie tersebut.. Hoh~!! Pastinya En. Hubby akan marah kalau tahu saya post kan perkara sebegini di blog.. Huhuhu :)

P/S II : Saya sayang kamu En. Ahmad Ikmal, n My Ahmad Naveed Ali Danial.. :)

No comments: