About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku... :)

Salam untuk semua..

Semalam, bila En. Hubby sampai je di rumah, mulut dia sebok bercerita tentang Skim Rumah Pertamaku.. Yang saya sendiri tak berapa ambil 'port' dalam hal ni.. Bila dia sebok bercerita, secara tak langsung saya men'join'kan diri dalam perbualan tu..

Dan agak menarik sebab dapat loan 100%. Dan untuk suami yang merupakan kakitangan swasta memang sangat rasa bertuah la.. Dan saya cakap pada suami, bagus juga. At least saya punya pinjaman perumahan boleh hold dan tunggu untuk beli rumah lain..

Alhamdulillah rezeki ALLAH itu di mana-mana.. Dan insyaALLAH kami bersemangat dan berkobar-kobar nak beli rumah sekarang.. Doakan kami ye..

Info :

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

No comments: