Salam..
Sebenarnya untuk yang dah tahu, ini adalah cerita basi.. Heheh :D Beberapa minggu lepas, En. Hubby ajak kami ke Carrefour Tun Hussein Onn untuk cari handphone.. Saya ingatkan dia main-main je sebab beberapa bulan lepas, dia baru sahaja beli handphone C6 yang baru.
Sampai sahaja di kedai 'uncle' yang selalu kami beli handphone tu, En. Hubby minta E72.. Memang dah lama dia sebut yang dia mahu beli E72 nanti, saya tak sangka yang seawal ini kerana C6 tu baru sahaja beberapa bulan..
Dan dengan jaya nya dia telah membeli E72, saya tak terkata apa pun.. :)
Sampai di rumah, saya katakan pada En. Hubby..
Saya : Abg, dah banyak telefon... Cube belikan untuk saye plak..
Suami : La..Awak nak ke?
Saya : Kalau orang nak belikan, mesti la nak..
Suami : Nah! Ambil la pakai handphone nie..
Dan saya pun memiliki E72 nie.. Senyum lebar sampai ke telinga.. Thanks En. Suami *Sayang kamu!
Ini warna handphone saya :)
0 comments:
Post a Comment