Salam untuk semua..
Dah hampir berminggu saya tak mengupdate blog ni. Entah la bukannya tiada masa tapi dengan jelas dan nyatanya saya ketandusan idea untuk menulis, dan menulis ini memerlukan kesabaran.. Saya rindu untuk banyak idea menulis.. Saya mahu terus aktif menulis..
Oh, kebanyakkan tulisan saya cuma berkisar tentang keluarga dan kerana merekalah punca saya menulis, dan mereka merupakan kekuatan saya untuk terus menulis.. Huhu 'touching' sudah..
Si Manja Saya..
Hari ni hari pertama anak saya tinggal di taska. Taska Mummy nya lah.. Mulai Mac saya mula hantar Naveed ke taska hari Rabu dan Jumaat sahaja untuk sesuaikan dia dengan kawan-kawan lain.. Hari pertama tadi dia menangis, nasib baik lah taska tu Mummy dia yang jaga, so saya tak perlulah risau sangat..
Besar Dah anak Mama..
Dalam tak risau saya, sehingga entry ini ditulis, sudah hampir 4 kali saya menelefon Mummy nya.. Hahah~!! Benar kata ummi, tak kira sebesar mana pun anak, bila dia adalah anak, sampai bila-bila pun dia tetap 'bayi' pada kita.. Tetap masih kecil.. Huhu.. :)
Dan sekarang kami dalam perbincangan untuk memberi adik kepada Naveed.. Tahun depan dia dah masuk umur 4 tahun, dan kami dah mula nak ajar dia tidur di bilik sendiri, mungkin lebih baik kalau dia ada teman.. Tapi masih memikirkan pro and con nya..
Buah Hati :)
0 comments:
Post a Comment