Salam untuk semua..
Bagi ibu-ibu yang memberikan susu ibu sepenuhnya pasti akan mengalami masalah ketika memberhentikan proses penyusuan kepada anak. Kerana kebanyakan kanak-kanak memang sangat suka susu ibu dan proses memberhentikan susu memang susah!
Tapi syukur alhamdulillah, ketika saya memberhentikan Naveed daripada menyusu, senang sangat, mungkin kerana umur dia cukup 2 tahun dan dia sudah cukup faham apa yang saya cakap, tapi dia perlukan sokongan moral dari saya sepenuhnya.. Berikan dia pelukan dan ciuman sepanjang hari. Malah seminggu tidur berbantalkan lengan saya!
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"
Saya rindukan perasaan ini.. :)
0 comments:
Post a Comment