Thursday, March 17, 2011

Semakin Lama Bersama, Semakin Hilang Punca?

Salam untuk blogger~!

Ermm entry kali ni ditulis bila saya terbaca tentang satu artikel yang mengatakan bahawa semakin lama sepasang suami isteri bersama, mereka akan semakin kekurangan idea untuk bercerita dan seterusnya hanya sekadar menjadi teman serumah dan teman sekatil.. Betul ke?

Untuk saya, saya sendiri tak pasti. Hubungan rumahtangga kami sudah masuk tahun ke-4. Adakalanya kami merepek tentang segala benda termasuk cerita-cerita "Hot-Chat" di Hot Fm sekalipun, adakalanya kerana kesibukkan bila En. Hubby balik saya sudah tidur, dan saya pergi kerja dia masih tidur, makanya seharian kami tidak bercakap. Entah~! Tapi sekara hakikatnya kami masih suka merepek dan bercakap tentang sekala benda.

Hubungan suami dan isteri ni adakalanya rumit lagi membingungkan adakalanya indah dah tersenyum tiba-tiba.. Hahaha! Sengal kah saya?

Dan baru-baru ini saya juga ada terbaca tentang sasuatu :

Hal I
Bila sebelum berkahwin, sepasang kekasih sangat manja dan berpanggilan sayang-sayang.. Mungkin juga Honey dan Bie.. :) Indah dan romantik..

Hal II
Bila dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, anehnya sayang-sayang atau honey-bie dah bertukar menjadi mama-papa. Bukan sahaja untuk si anak, tetapi juga ibu dan bapa.

Hal III
Bila anak-anak dah semakin membesar, si ayah lebih menjaga si anak gadis dari isterinya. Lebih risaukan anak gadis nya yang lambat balik kerumah, berbanding isterinya..

Hal IIII
Bila si anak bujang berkahwin, si ibu lagi cemburu bila si anak mula ada perempuan lain dalam hidup nya.. Dan si ibu pula rasa tersisih bila si ayah sibuk dengan macam-macam aktiviti di luar rumah..

Sedar atau tidak, dalam rumahtangga pastinya ada orang ke-3, anak-anak adalah orang ke-3, 4, 5, dan ade orang mungkin sampai 10..

Dan bagi saya itu adalah harfiah secara natural nya yang mana-mana parents akan lebih menjage anak-anak mereka.. Tak tahu la orang lain..

Kerana anak adalah harta kita yang tak akan terputus walau apa juga keadaan dan pasangan kita boleh bertukar ganti melalui perkahwinan..

*wallahualam.. :)

Share:

0 comments: