Tuesday, March 29, 2011

127 Hours

Salam to all..

Semalam saya baru berkesempatan menonton movie 127 Hours. Secara totalnya jalan cerita nya agak boring tapi saya suka elemen yang diketengahkan, cantiknya bentuk muka bumi nya~! Subhanallah.. Indah sungguh!

Memang betul, dalam hidup kita selagi kita mampu dan berdaya, jangan putus asa.. Saya suka melihat kekuatan dan semangat lelaki ini untuk hidup, dia sanggup minum balik air kencing dia untuk pastikan dia tak terhidrat. Memang nak termuntah la juga. Tapi saya sangat tabik pada dia kerana tak terus bergantung dan mengharap orang selamatkan dia. Dia sanggup memotong tangan sendiri untuk selamatkan diri.

Jangan ingat tempat yang sudah terlalu biasa untuk kita tiada bahayanya, bagi dia ngarai tu adalah rumah ke-2, tapi rumah ke-2 ini juga membuatkan nyawa nya nyaris-nyaris melayang.. Dan dia terperangkap selama 127 jam!!! Dengan kekurangan air dan makanan..!

Oh, jangan katakan ini sekadar lakonan, kerana ianya berdasarkan sebuah cerita sebenar.. :) Saya sangat suka cerita ini..

Left : Aron in the movie, Right : True Aron

127 Hours
Share:

0 comments: