Saturday, December 15, 2012

Tak Terkejar Kaki Berlari..

Salam..

Rasanya memang benar kata orang, punya anak 2, bagaikan dunia ni bergerak sangat laju. Sungguh pun saya ambil cuti bersalin 3 bulan, dan 2 bulan sudah berlalu.. Cepat sangat!

Saya masih cuba membiasakan diri untuk menguruskan 2 orang hero. Mujur ada suami yang sentiasa membantu, sentiasa tolong saya dalam urusan rumah dan anak-anak.

Naveed, macam biasa buat hal sendiri. Bila ada adik ni, dia lebih banyak buat hal sendiri, tapi betul juga kata orang yang dia cari perhatian sebab setiap apa yang dia buat pasti mengundang marah kami, dan sekarang saya lebih senang ambil inisiatif yang mudah, tapi Encek Sayang lebih tegas.

Pastinya dia belum boleh ditinggal berdua saja dengan adik, ada saja yang nak di cuba pada adik, gigit sudah, cubit sudah, ermm.. Entahlah, cemburu mungkin.. Masakan tidak, sudah 4 tahun dia sendiri, memiliki sepenuh kasih kami. Namun kini harus berkongsi.. Tapi kami sepenuh daya cuba untuk pastikan mereka berdua tak terasa kurang..

Menguruskan dua orang hero serentak bukan mudah tapi alhamdulillah semuanya masih boleh kami tangani.. ;)

Till then, Nayeef dah menangis nak menyusu..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Share:

Wednesday, October 24, 2012

Syukur..

Salam!

Been a while since the last time saya menulis di sini. Sekarang saya dah hari ke-9 berpantang, bermakna juga sekarang si comel yang berada di dalam rahim saya satu ketika dulu dah pun 9 hari mengenal alam dunia.

Alhamdulillah syukur untuk rezeki sampai akhirat kami yang kedua ni.. ;)

Later saya akan update tentang pengalaman bersalin. InshaAllah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Share:

Tuesday, October 23, 2012

Tuesday, September 11, 2012

Cerita Tentang Adik :)

Salam!

Minggu ni usia adik dah pun masuk 32 minggu, sungguh terasa semua pergerakan saya terbatas, semua benda yang nak dibuat ada je yang terhalang, bangun tidur pagi terasa badan ni sangat letih, sangat penat! Terasa macam hari-hari nak cuti.

Alhamdulillah, so far adik sangat sihat. Hampir setiap malam akan ada aktiviti kick-boxing adik, terutamanya bila abang sibuk pot pet bercerita dengan dia tentang itu dan ini. Mengandungkan abang dan adik terasa banyak bezanya. Kata orang mungkin sebab perbezaan jantina, tapi bagi kami selagi belum keluar adik, selagi tu kami belum yakin jantinanya apa.

Waktu mengandungkan abang dulu, seawal saya tahu saya mengandung saya dah sangat pasti saya mengandungkan seorang hero. Pregancy kali ni, sebenarnya saya sendiri rasa saya mengandungkan seorang princess cumanya dengar-dengar cakap orang buatkan saya berfikir dua kali.. Mengandung kali ni jugak saya rasa diri saya sangat tak sihat, sangat penat, nak bawak diri pun malas.. Sangat malas! Tapi cuba ajak saya bershopping, tak kira lah shopping apa pun, huishhhhh lajunya bukan main, mengalahkan orang yang tak mengandung! Hahaha..

Adik sangat aktif masa dalam perut berbanding abang tapi gerakan adik kecik-kecik, bak kata orang-orang tua, pompuan kot sebab tu sopan santun! Hahahaha.. Waktu abang dulu, setiap kali dia bergerak, sangat terasa, smpaikan perut saya sebelah menjadi kosong.. :)

Heart-burn pulak masa pregnantkan abang dulu, betul-betul waktu nak bersalin, tapi sekarang saya dah mula rasa, at 32 weeks!! Bayangkan berapa minggu lagi saya harus mengharunginya, kadang-kadang sampai menitik air mata menahan sakit, tapi kata Encek Sayang, "Awakkan mama kuat!" Saya cuma mampu senyum je :)

Ahaa, mengandung kali ini jugak saya kena minum air gula sampai 2 kali.. Aduhaiii.. Tapi saya memang dari dulu ajar diri saya, tak kira apa pun untuk anak saya, saya akan harungi je.. Tapi rasanya memang itu naluri seorang ibu kan? Sebab tak akan pernah kita terfikir untuk korban kan nyawa untuk orang lain tapi bila kita ada anak, ayat tu akan sentiasa berlegar dalam fikiran kita..

:) Moga anak-anak mama sentiasa sehat dan menjadi anak yang soleh, solehah, menjadi khalifah di muka bumi Allah yang patuh dan tawaduq.. :) Mama sayang kamu setiap satunya!
Share:

Thursday, July 19, 2012

Syhhh...

Salam! :)

Hehehe :D Lame sungguhkan blog ni tergendala? Oh sebenarnya kat rumah internet dah tak ada, alkisahnya hari tu adalah promoter Unifi dok sebok canangkan yang Unifi dah ada kat area umah kitorang, jadi memang dari tahun lepas lagi tunggu kan, so Encek Sayang memang la nak pasang unifi dan kitorang pun terminate lah internet broadband yang sedia ada. Katanya paling lewat pun seminggu..

Tapi lepas 2 bulan masih senyap tanpa berita, bila call customer service Unifi baru la tahu yang area umah kitorang ni selected je yang dah ada coverage. Dan yang paling bestnya jalan depan umah, ngan belakang umah dah ada, umah yang tengah-tengah ni masih belum bercoverage, makanya kat rumah memang dah tak ada la internet. Tapi sebenarnya bukan lah tak ada terus, sebab BB saya masih ada, malah HTC Encek Sayang juga ada kalau setakat nak berblogging tu, tapi mak buyung ni rasa tak cukup feel la kalau guna handphone, nak jugak guna laptop, barulah feelnya mari.. Hahahaha.. Alasan! Masa internet ada kat rumah pun bukan dok update blog hari-hari.. :)

Makanya draft semakin bertimbun-timbun, sebab seriously terlalu banyak benda nak diceritakan dan semua dah ada didalam draft tapi malasnya untuk upload gambar, nak tambah itu dan ini, maka bersusun lah dalam draft tu, tapi kena jugak post sebelum bersalin nanti, kalau tak, tak ada pulak cerita adik nanti :)

Sampai jumpa lagi :)



Share:

Wednesday, July 11, 2012

Yang Tertangguh.. :)

Salam! :)


Been a while since the last time saya menulis kat sini. Bila cakap tentang tak ada masa, sebenarnya agak memang agak bosan alasan tu, tapi terus terangnya itulah yang berlaku.. Ok, so untuk memendekkan cerita, kita recaplah beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tak update blog ni ye..


Cerita tentang abang :
-Abang sekarang sangat-sangat boleh di harap. Mintak lah tolong apa saja, mesti dia akan tolong, cuma lagi kalau da banyak kali mintak dia tolong ni, haruslah berbunyi juga mulut dia.
-Abang punya pembelajaran sekarang pun progress dia sangat memberangsangkan, sekarang dah nak masuk Q-Dees reading book nombor 6, so untuk age 4 tahun, saya sangat puas hati.
-Abang sekarang end up jadi sangat penyayang, every day and night, bangun tidur dan sebelum tidur, dia sendiri akan pastikan untuk tak lupa bercakap dengan adik, remind adik untuk sayang dia, mama dan papa, also remind adik yang semuanya sayangkan adik.
-So far everything goes totally OK dengan abang..


Cerita tentang adik :
-Adik sekarang dah 23 minggu. Sekarang adik dah sangat aktif, menendang perut mama sepanjang masa, dan paling aktif bila dengar suara abang. Abang sangat rajin bercerita untuk adik.
-Adik pula sangat suka bila abang bercakap dan pegang perut mama.
-Untuk adik juga everything goes OK..


Cerita mama :
-Mama menyiapkan banyak kerja-kerja office untuk make sure nanti bila cuti bersalin tak ada orang yang ganggu.
-Hari-hari dok update kerja yang menimbun kat office tu.
-Macam masa mengandungkan abang jugak dulu, macam-macam pregnancy problems tapi untuk mama semuanya ok je asalkan saja, semua yang mama buat akan beri kesan yang positif untuk si kecil. 


Cerita papa :
-Jarang sangat bercerita tentang papa dalam blog ni, tapi so far papa pun ok.. Hehehe :)


So konklusinya, alhamdulillah syukur semuanya dalam keadaan sihat dan selamat. Semoga sampai akhir masa nanti kita sekeluarga akan sentiasa bahagia :)
Share:

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru :)

Salam.. :)

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru yang berdedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Masih saya ingat tentang kata-kata pepatah, "Guru Ibarat Lilin, Sanggup Membakar Diri Menerangi Orang Lain.."

Masihkah ada guru seperti itu lagi sekarang ni? Maaf jika entri ini bakal menyinggung hati dan perasaan guru yang mungkin membaca blog saya.. Tapi zaman sekarang, berapa ramai je guru yang melakukan kerja mereka kerana amanah dan tanggungjawab. Memang saya tak nafikan tuntutan hidup sekarang ni sangat tinggi, malah ada antara kita yang langsung dah lupa tentang NILAI MORAL..

Saya mempunyai ramai kawan yang juga merupakan warga pendidik, dari guru tadika ke pensyarah di universiti. Kadang-kadang saya tak faham kenapa mereka ni sering merungut itu dan ini. Jika disuruh datang ke sekolah hari cuti, mengomel itu dan ini. Kami yang bekerja office hour ni, yang tak ada cuti di waktu cuti sekolah dan terpaksa ambil cuti tahunan kalau mahu bercuti pun rasanya jarang mengomel seperti guru-guru ini.

Seorang kenalan saya, menyambung pelajaran dan dia juga merupakan seorang guru, tapi masih komplain tentang belajar susah, ada anak perlu diuruskan, kerja di sekolah melambak.. Tapi pada saya cuma satu, bila kita kembali menjadi pelajar, sekaligus seorang pekerja, ibu serta isteri itu semua memang kita tak boleh pertikaikan. Belajar lah menjadi lebih bersyukur wahai guru-guru. Sebab saya tahu rata-rata mereka menyambung pelajaran, dibiayai PENUH oleh kerajaan..

Waktu saya tahun 6, guru kelas kami yang sedang sarat mengandung membaling sebotol penuh air kearah saya, gara-gara saya bergaduh dengan KETUA PENGAWAS sekolah, yang menuduh saya mencuri pensel Pilot Shaker ( yang sangat popular ketika itu ). Dan hari tu jugak saya mengamuk, sebab saya langsung tak tahu menahu tentang pensel tu, tapi hanya kerana dia seorang KETUA PENGAWAS makanya, apa yang dia cakapkan semuanya BENAR, dan setiap satu perkataan yang keluar dari mulut saya cuma DUSTA.

Sewaktu saya tingkatan 3, guru yang mengajar subjek Sains, menyindir saya hanya kerana saya bukan seperti kebanyakan murid perempuan di sekolah yang punya kekasih. Dan kekasih saya ketika itu cuma skate-board. Katanya, lebih baik punya kekasih hati lelaki, dari bersama skate-board. Saya cuma tersenyum.

Masih saya ingat peristiwa sewaktu saya tingkatan 4, saya bersama 4 orang rakan lain telah terpilih mewakili daerah untuk ke suatu Kursus Kewangan peringkat negeri, kebiasaannya guru pengiring WAJIB menemani anak murid sehingga habis selesai satu-satu kursus. Tapi, anehnya guru ini sanggup meninggalkan kami berempat di tepi jalan yang gelap dan sunyi sepi di waktu malam, kerana untuk masuk ke dalam resort tempat penginapan tu harus menempuh hutan sawit yang gelap. Juga tak lupa, setiap guru yang menjadi guru pengiring akan claim duit makan dan minum kami, tapi anehnya sekali lagi bila kami terpaksa keluarkan duit sendiri untuk makan. Dan waktu tu saya cuma bawa rm50. Setelah ditinggalkan di tepi jalan, saya dan 3 orang rakan lagi ( 2 daripadanya lelaki ) mengira-ngira, berapa duit yang kami punya, untuk menaiki teksi, dan menumpang di hotel murah untuk balik ke rumah esok harinya. Resort yang harus kami pergi tu, dah terasa terlalu jauh dari ingatan. Tapi mujurnya ada guru pengiring dari sekolah lain, yang sama daerah dengan kami yang membantu. SUMPAH, sehingga kini saya masih membayangkan apalah nasib kami andai tiada guru itu. Kalau apa-apa terjadi pada kami waktu tu, siapa yang akan bertanggungjawab?

Memang saya seorang murid yang nakal, tapi saya menghargai setiap satu guru yang ikhlas dalam mendidik kami, masih saya ingat seorang guru menangis teresak-esak selepas kami tak siapkan kerja sekolah yang dia bagi semalamnya, sungguh menjadi guru itu bukan hanya sekadar kamu mengajar kami itu dan ini, tapi juga menyentuh hati-hati kami dengan seikhlas hati.

Untuk guru pertama dalam hidup saya, UMMI yang banyak ajarkan kami tentang KEHIDUPAN. Mengajarkan kami tentang makna sebuah kasih sayang, mengajarkan kami erti tanggungjawab. Mendidik tanpa penuh rasa jemu dan minta dibalas. Terima kasih hingga hujung nyawa..

Untuk guru-guru yang saya sanjungi, SELAMAT HARI GURU, cikgu.. Kerana cikgu, saya menjadi diri saya sekarang.. Kerana saya pernah menjadi seorang guru, dan kini menjadi guru untuk anak-anak saya, moga segala ilmu yang kalian pernah curahkan takkan pernah menjadi sia-sia.
Share:

Friday, April 13, 2012

Bodoh Kan..?


Salam! :)

Adik-beradik tu ape? Bagi saya adik-beradik tu ibarat nyawa, yang bila tiada terasa bagai mahu mati.. Yang waktu kecil dulu tak pernah saya fikirkan langsung pun..

Masih saya ingat, waktu saya masuk tahun satu lama dahulu, Abbi belikan sebuah basikal untuk saya ke sekolah. Pada awalnya memang rasa sangat teruja, tapi keterujaan tu berakhir bila angah masuk tahun satu setahun kemudian. Bila dia masuk tahun satu, Ummi akan hantar dia ke sekolah dengan menaiki motosikal. Waktu tu saya rasa marah sangat, kenapa saya harus bersusah-payah mengayuh basikal ke sekolah, sedangkan angah hanya menaiki motosikal dengan sangat senang-lenang.

Di sekolah, oleh sebab alahan mata, dia tidak dibenarkan untuk berdiri dan beratur di perhimpunan, juga saya masih rasa tidak adil sebab, waktu perhimpunan tu panas dan saya sangat tidak suka! Juga, dia dikecualikan dalam semua acara kokurikulum sekolah.

Kemudian tahun-tahun saya membesar buatkan saya lebih marah pada angah. Sebab pada saya dia sangat dimanjakan oleh abbi dan ummi. Malahan, kalau kami bergaduh sekali pun, saya lah yang akan paling teruk kena pukul. Dan ketidak puas hatian tu berterusan bila ada adik, sebab adik lagilah dimanjakan dalam keluarga kerana dia yang bongsu.

Jadi untuk menghilangkan rasa marah dan tak suka saya pada rumah, saya libatkan diri dalam semua acara kokurikulum di sekolah, dari sukan dan permainan, sampailah ke kelab dan persatuan. Oleh kerana itu, kebanyakan masa saya habiskan di sekolah, dan hasilnya juga saya punya satu fail tebal penuh dengan sijil!

Bila semakin kami dewasa, saya meninggalkan rumah selepas menjadi seorang isteri, manakala angah dan adik meninggalkan rumah ke universiti, tapi setiap kali balik kampung, andai tak cukup sorang pasti akan rasa tak lengkap.

Bila dah besar, barulah saya tahu, semua rasa tak puas hati saya tu, angah turut rasa. Dia rasa alangkah seronoknya menjadi saya, sebab si keras kepala ini, sering mendapat apa yang saya nak, sedangkan dia tak dibenarkan menyerti apa-apa aktiviti. Bila terkenang balik semua ni, terasa.. OH BODOHNYA! Kenapa lah benda-benda macam ni pun nak marah?

Tapi sebenarnya itulah adik-beradik, hubungan yang kita tak boleh pilih. Yang merupakan ketentuan sejak azali lagi.. Tapi gaduh, marah dan iri hati tu sebenarnya buatkan kita adik beradik lebih menyayangi. :)
Share:

Tuesday, April 10, 2012

Manjanya Anak-Anak Kita..

Salam! :)

Masih ingat lagi, waktu kami adik-beradik masih kecil, Ummi dan Abbi selalu bawak pergi Pasar Lelong macam Pasar Malam tu, cuma bezanya di kampung kami membesar, pasar tu cuma ada 2 kali dalam sebulan. Juga masih ingat macam mana kami berlima naik motor abbi dulu.. Bila ingat-ingat balik, memang manis, sebab sekarang anak aku tak rasa macam ni. Dan mungkin seumur hidup mereka tak akan rasa manisnya hidup susah dan terpaksa berkongsi..

Biasanya kami pergi awal-awal pagi, dulu aku tak pernah faham, kenapa harus pagi-pagi lagi ke pasar tu, tapi makin aku besar, makin aku faham yang pergi ke pasar tu, bukan untuk beli makanan, atau pun sayur, yang utama untuk beli baju, kerana itulah SHOPPING COMPLEX terbesar kami. Abbi dan Ummi keluar pagi untuk pastikan kami dapat baju-baju yang masih cantik, padahal semuanya baju second-hand atau pun reject dari kilang. Dulu, setiap kali dapat baju baru, aku rasa happy gila, walau aku tak pernah tahu aku adalah tuan yang entah keberapa.

Masih teringat cerita Ummi bila mana raya, dalam poket abbi cuma ada kurang seratus untuk persiapan raya, dan macam mana mereka berdua dahulu kan kami bertiga, tapi SUMPAH aku katakan, seumur hidup aku, tak pernah aku beraya TANPA BAJU BARU.. Bila dah besar, baru aku tahu, sebab nak bagi kami adik-beradik baju baru, abbi dan ummi tak berbaju baru untuk hari raya, apatah lagi nak tukar langsir, perabot macam orang lain.

Kini, bila mana aku punya anak sendiri, aku nak anak aku rasa, benda yang aku tak pernah rasa waktu kecil dulu, aku tak pernah lagi belikan Naveed baju kat mana-mana pasar malam. Lupakah aku pada asal usul? Selagi mana baju itu tak berlabel dan dijual di pasar raya, maka pada aku baju tu tak berkualiti. Oh, bodohnya rasa kan?

Tapi antara sedar dan tidak, aku sendiri yang mengajar anak tentang LABEL, tentang STATUS yang mana sewaktu aku seusia dengan dia, tak pernah aku tau yang baju yang aku pakai harganya RM5 cuma..

Kadang-kadang aku terfikir, salah ke untuk aku berikan something pada anak aku yang aku tak pernah dapat dulu? Tapi in the same time, aku nak jugak dia rasa, macam mana hidup susah, hidup harus berkongsi dengan adik-beradik, sebab itu yang buatkan hubungan tu smpai ke mati..

Walau apa pun alasan mama, mama harap satu hari nanti Naveed akan dapat faham apa maksud mama..
Share:

Friday, April 6, 2012

Haii-Ho!!

Salam!

Hai... :) Ye, dah tau memang saya dah lama sangat tak update blog kan.. Kesian blog ni terbengkalai macam tu je, kesian jugak dengan Abang Naveed dah lama tak cerita tentang dia, kesian jugak dekat adik sebab tak tulis entry waktu mengandungkan dia.. Oh!!!

Kalau lah sehari tu boleh ada lebih dari 24 jam, rasanya tetap tak cukup kot.. Hehehe.. ;)

Cerita tentang Abang Naveed :
-Abang sekarang dah sangat happy sejak nak dapat adik ni. Becok mulut dok tanya bila adik nak keluar, itu dan ini..
-Abang punya Q-Dees progress pun sekarang alhamdulillah, dah nak masuk Reading Book 5, so far untuk age 4 tahun, saya sangat kagum dan bangga! :)
-Abang sekarang sangat rajin tolong mama kat rumah.. :)

Abang Naveed :D

Cerita tentang adik:
-Adik sekarang berusia 9 minggu, dah nak masuk 10 minggu. So far adik is doing so well inside cuma mama je yang rasa sangat LETIH, sangat PENAT untuk second pregnancy ni..
-Barang-barang untuk adik belum beli lagi sebab masih sangat-sangat awal.. :)

Ahh, just recap untuk the whole story je la.. Hehehe.. Soon update later keyh..

P/S : Tahun depan adik tak ada baby-sitter lagi sebab baby-sitter abang yang asal sekarang macam saya jugak tengah pregnant dan due-date nya 10 hari lepas saya.. Mana nak carik baby-sitter ni.. Huwaaaaaaa... :(

Share:

Monday, March 12, 2012

5 Minggu

Salam!

Alhamdullilah si kecil dalam rahim saya ni sekarang dah pun berusia 5 minggu.. Indahnya perasaan menjadi ibu hamil lagi. Sungguh, perasaan ni indah sangat..

Seronoknya pregnant bila kita diperlakukan persis permaisuri dalam rumah.. Hujung minggu cuma bersenang-senang di katil, dan Encik Sayang lakukan semua urusan rumah dari memasak, mengemas, membasuh baju dan yang saya buat cuma sidaikan baju dan melipat baju sahaja.

Setakat ni abang Naveed masih memberikan kerjasama, cuma ada masanya dia menguji kesabaran, ada masanya dia asyik bertanya tentang bila adiknya akan keluar, ada masanya dia sebuk bercerita itu dan ini untuk adik yang masih di dalam perut mama..

Perasaan sekali lagi pregnant? Happy sangat tetapi dalam masa yang sama takut juga Naveed akan ada perasaan cemburu pada adik, tapi saya selalu berdoa agar hubungan saudara mereka akan kekal hingga ke syurga..

Masih berbulan-bulan lagi mendatang, dan terima kasih Tuhan untuk rezeki yang tak pernah putus untuk kami sekeluarga..

:)
Share:

Tuesday, March 6, 2012

:)

:)

Salam...

Oh semalam, dengan rasa berdebar-debar saya buat juga pregnancy test.. Dan alhamdulillah, hasilnya positif.. Tapi saya tak mahu terlalu cepat berharap, padahal sepanjang hari saya sudah tersenyum dan menyanyi-nyanyi riang..

Semalam saya akhirnya ambil half-day off untuk ke klinik dan buat pengesahan.. Oh ye, saya dah punya buku merah untuk pregnancy tu.. :)

Memang benar perancangan DIA MAHA HEBAT.. Perancangan saya, mahukan adik Naveed bulan Jun juga, tapi DIA mahukan adik Naveed lahir di bulan November.. Dan bila saya teliti balik, oh alangkah indahnya sebab bulan November, Naveed dah pun cuti sekolah dan saya boleh balik kampung untuk berpantang dengan senang hati.

Next week, appointment kena minum air glukos, dari semua cerita yang saya dengar, tak sedap, muntah-muntah tapi saya memang dari pregnantkan Naveed tanamkan, apa sahaja yang terbaik untuk anak-anak saya saya akan buat, tak kira susah atau senang..

Alhamdulillah, syukur pada Tuhan untuk rezeki yang tak pernah putus dari-MU.. Jadikan anak-anakku anak yang senantiasa mengingatiMU di saat jaga dan lena mereka, di saat jatuh dan bangun mereka..


Share:

Thursday, February 23, 2012

Cerita Si Ahmad Naveed Ali Danial :)

Salam :)

Selamat malam.. Dah makan? Huhu tetibe pulak macam sesi suai kenal ni, oh entry ini sebenarnya entry suka-suka. Selain sediakan yang perlu untuk si kecil yang baru, yang paling utama adalah nama si kecil itu sendiri. Kerana saya percaya hak si kecil sedari lahir lagi yang WAJIB dilaksanakan oleh kedua orang tua nya adalah memberikan nama yang baik dan juga susu ibu sehingga umur nya genap 2 tahun..

Berkaitan dengan nama, sebenarnya dalam otak saya ni dah terlintas beberapa nama yang terfikir-fikir bagus atau tidak untuk diletakkan untuk anak, tak kira perempuan atau pun lelaki. Heheh.. Beriya ni..

Oh, nak tahu tak, sebenarnya nama Naveed ni pun ada juga kisahnya disebalik. Sebenarnya sedari awal mengandung lagi saya amat yakin dan pasti yang saya sedang mengandungkan anak lelaki. Nama yang terawal yang saya ingin berikan untuk si kecil di dalam kandungan saya ketika itu ialah ALI AKBAR. Siapakah ALI AKBAR? Saya dikenalkan kepada ALI AKBAR dari saya masih kecil lagi..

Oleh Imam Musa Shadr

Untuk seorang pemuda beriman, pemberani, pembawa cahaya, dan pejuang Islam, Ali Akbar bin Husain bin Ali as : “Para malaikat masuk mengunjungi mereka dari semua pintu, seraya mengucapkan : “Salamun ‘alaikum bima shabartum – Salam atas kesabaran kalian “. Alangkah bagusnya tempat kesudahan itu.” (QS 13:23-24)

Ali Akbar adalah putra Imam Husain bin Ali as. Nama ibunya adalah Laila binti Abu Murrah bin Urwah. la mempunyai badan yang lebih be­sar dibandingan kakaknya, Ali Zainal Abidin bin Husain. Oleh karena itu, ia digelari Ali Akbar (Ali yang berbadan besar).

Ali Akbar dibesarkan oleh seorang ayah yang menjadi cucu kesayangan Rasulullah Saw, dan seorang ibu yang berakhlak mulia. la meneguk keimanan dan menyerap ilmu dan ma’rifat dari ayahandanya. Maka tumbuhlah Ali Akbar men­jadi seorang pemuda saleh, pemberani, cinta per­juangan, dan berani berkorban. Tidak sedikit pun kelemahan terpancar dari jiwanya. la seorang pemuda yang tangkas mengendarai kuda. Para ahli sejarah menganggapnya sebagai pemuda Ba­ni Hasyim yang mahir mengendarai kuda.

Sejak kecil sudah tampak keistimewaan yang dimiliki Ali Akbar yaitu sangat cermat dan berpandangan luas. Sifat-sifat inilah yang sangat dikenal musuh-musuhnya.

Apabila para pejuang Karbala kita bariskan, maka akan kita dapati Ali Akbar berada di shaff (baris) terdepan. Begitu pula dalam kecerdikan, keberanian, dan perjuangannya, ia selalu tampil terdepan.

Kesetiaan dan Perjuangannya

Ali Akbar didampingi Ayahanda dan saudaranya beserta pasukan yang menyertainya bergerak menuju medan pertempuran. Mereka menyadari bahwa berbagai rintangan sudah siap menghadang. Namun tanpa gentar sedikit pun mereka terus bergerak sambil mengibarkan panji-panji perlawanan kaum tertindas.

Ali Akbar berjuang bahu-membahu bersama mereka untuk menegakkan kebenaran. Jumlah musuh yang begitu banyak tidak membuatnya gentar. Itulah sifat dan akhlaknya yang memang sesuai dengan kedudukannya. Bagaimana tidak, Ali Akbar adalah putra Imam Husain as, pemuka para syuhada, putra suci nubuwah, dan cucu kesayangan Rasulullah Saw.

Di tengah perjalanan, Imam Husain as. mendapat berita tentang syahidnya Muslim bin Aqil dan Hani bin Urwah. Beliau memahami bahwa penduduk Kufah telah MENGINGKARI JANJI SETIANYA.

Ia lalu menyampaikan berita ini kepada para pengikutnya. Setelah tahu apa yang telah terjadi, sebagian pengikutnya yang mempunyai iman dan jiwa yang lemah, Serta merta berlarian meninggalkan Imam Husain as. Hanya sebagian kecil sahabatnya yang masih setia menyertai.

Kejadian ini disaksikan sendiri oleh Ali Akbar. Sungguh kecewa hatinya melihat orang-orang yang menyia-nyiakan kesempatan emas untuk meraih SYAHADAH ini. Namun hal itu tidak melemahkan jiwanya sedikit pun. Ketegarannya bertambah ketika melihat keimanan dan kesabaran yang dimiliki oleh saudara-saudaranya, yang dengan tulus menyertai perjuangan ayahnya.

Pendamping Ayahnya

Kafilah Imam Husain as. meneruskan perjalanannya hingga sampai di suatu tempat bernama Dzu Hasmin. Di sana, tentara Ibnu Ziyad yang dipimpin oleh Al-Hurr bin Yazid Ar-Riyahi, siap menyongsong kedatangan mereka. Menghadapi situasi seperti ini, dengan gagahnya, Ali Akbar berdiri di antara ayahnya dan pasukan Al-Hurr.

Ia melayangkan pandangannya ke arah pasukan musuh yang menghadangnya. Dengan ruh kakeknya, Imam Ali as, ia siap menghadapi musuh dan menyongsong syahadah. Di bawah komando ayahnya, Ali Akbar menggerakkan para pejuang Karbala.

Allah berfirman, “Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Tuhannya maka Kami menambah petunjuk kepada mereka.” (QS Al-Kahfi: 13)

Awal Pertempuran

Cahaya fajar hari Asyura menyinari para pejuang Islam yang sudah siap tempur melawan pasukan Umawiyah. Motif perjuangan mereka hanya satu yaitu berjuang di jalan Allah. Mereka siap menghadapi pasukan musuh yang dipimpin A’wan bin Sa’ad. Darah-darah mereka siap dicurahkan untuk membela kebenaran.

Pertempuran hebat sudah dimulai. Para sahabat Imam Husain as. mulai berguguran. Dalam keadaan seperti ini, dengan sabar Imam Husain as. menyeru musuh-musuhnya agar kembali kepada kebenaran dan keadilan.

Dadanya terbakar oleh api kecewa atas ulah mereka. Sesungguhnya Imam Husain as. tidak memberontak atas kepemimpinan Yazid. Namun, melihat kebrutalan yang dilakukan Yazid, Imam ingin melindungi dan membela orang-orang tertindas. Imam ingin menolong agama Allah yang diinjak-injak Yazid. la tidak takut dan tidak akan tunduk kecuali kepada Allah Swt.

Dalam kecamuk pertempuran, Imam Husain as. tidak henti-hentinya memberi peringatan dan ajakan kepada musuh-musuhnya agar kembali kepada kebenaran. Namun karena kehidupan mereka sudah diliputi CINTA DUNIA dan KEJUMUDAN, sehingga sedikit pun mereka tidak terdorong untuk taat kepada Allah dan beramal untuk meraih ridha-Nya.

Keteguhannya di Medan Pertempuran

Ketika pasukan Ibnu Ziyad mengepung dan menyerang para pengikut Imam Husain as, Ali Akbarlah yang pertama kali menyambut serangan mereka. Jumlah musuh yang begitu banyak dengan persenjataannya yang lengkap, tidak sedikit pun menggetarkan nyali Ali Akbar. Setelah pertempuran yang sangat hebat itu berlalu beberapa saat, sebagian besar para pembela Imam Husain as. berguguran. Jasad-jasad mereka seakan-akan dipeluk mesra oleh tanah Karbala yang sudah basah tersiram darah-darah suci mereka. Pada saat itu, di sekeliling Imam Husain as. Yang tersisa hanya tinggal anggota keluarganya saja.

Pada malam ASYURA, para pemuda Bani Hasyim bertekad mempertaruhkan jiwa mereka sampai titik darah penghabisan. Mereka tidak rela melihat putra Imam Husain r.a. dibantai dihadapan mata kepada mereka sendiri. Keesokan harinya, pada tanggal 10 MUHARRAM, mereka terjun ke medan pertempuran hingga satu persatu berguguran. Semangat dan keberanian dalam kalbu mereka untuk tetap menegakkan kebenaran dan kerinduan meraih syahadah telah menggerakkan mereka untuk maju terus pantang mundur.

Ali Akbar, dengan penuh hormat, meminta izin kepada ayahnya untuk ikut terjun ke medan pertempuran. Dengan penuh haru dan derai air mata, Imam Husain as. mengizinkan putranya ikut bertempur.

Imam memperhatikan putranya lalu menengadah ke langit seraya berujar lirih :“Ya Allah, saksikanlah orang-orang ini. Di antara mereka ada seorang pemuda yang perawakannya, perilaku dan cara bicaranya paling menyerupai Rasulullah. Apabila kami merasa sangat rindu kepada Nabi-Mu,maka kami pandangi wajahnya.Ya Allah Jangan Engkau berikan keberkahan atas bumi ini kepada musuh-musuhnya. Cerai beraikan mereka. Koyakkan dada-dada mereka. Jangan kau ridhai kekuasaan mereka selama-lamanya. Kami telah menyeru dan mengajak mereka kepada kebenaran, namun mereka malah memusuhi dan memerangi kami.”

Dihadapan musuh-musuhnya, Ali Akbar mengumandangkan sebait syair,

“Aku Ali bin Husain bin Ali

Kami Ahlul Bait yang dimuliakan Nabi

Akan kutikam kalian dengan lembingku ini

hingga kalian terkapar mati

Akan kutebas kalian dengan pedangku ini

untuk melindungi Ayahku Ali

Dengan suatu tebasan pemuda Hasyimi

Demi Allah, diatur oleh anak Ziyad,

aku tak sudi”

Pertempuran yang begitu hebat telah membuat jumlah pejuang yang gugur makin bertambah, Ali Akbar yang badannya sudah penuh luka, kembali menghadap ayahnya sambil berkata, “Ayah rasa haus telah membuatku lelah; berat pedang ini telah menguras tenagaku. Adakah air yang bisa kuteguk?”

Imam Husain as. menangis melihat penderitaan putranya, lalu ia berkata,“Wahai anakku, kembalilah ke medan pertempuran. Aku berharap sebelum masuk sore hari kakekmu (Rasulullah Saw.) akan memberimu minum dari gelas yang bening, yang tidak akan membuatmu haus untuk selama-lamanya.”

Kalimat-kalimat lembut yang meluncur dari ayahnya membuat hati Ali Akbar bagaikan disirami tetesan air yang menyejukkan. la pun kembali ke medan pertempuran dengan gagahnya. Orang-orang Kufah yang hendak membunuhnya merasa takut berhadapan dengan Ali Akbar, karena Ali Akbar sangat menyerupai Rasulullah Saw.

Syahadah

Ibnu Sa’ad memerintahkan anak buahnya mengepung Ali Akbar, setelah ia sendiri merasa tidak mampu menaklukannya. Munqidz bin Murrah dari kabilah Abdul Qais, secara tiba-tiba membokong Ali Akbar dengan menebas punggungnya. Ali Akbar tampak terkulai di atas leher kudanya.

Melihat hal itu, musuh-musuhnya yang tadi mengepungnya serta merta mengibas-ibaskan pedang-pedang mereka ke arah Ali Akbar. Ketika akan meninggalkan jasadnya, Ali Akbar berteriak kegirangan,

“Wahai Ayah, kakek (Rasulullah) memberiku minum dari gelasnya yang bening. la memberiku minuman yang tidak akan membuatku haus selamanya, beliau berkata kepadaku, “Segeralah, segeralah…”

Saat-saat Terakhir

Dengan garangnya Imam Husain as. mencerai-beraikan pasukan musuh yang sedang mengoyak-ngoyak jasad putranya. Diangkatlah kepala putranya itu kemudian diletakkan di pangkuannya. Darah dan tanah yang melumuri wajahnya, beliau bersihkan dengan lembut.

Sambil menangis Imam Husain as. berteriak, “Semoga Allah membinasakan orang-orang yang telah membunuhmu. Betapa durhakanya mereka kepada Allah dan Rasul-Nya,” lalu ia Derkata lagi, “Tidak ada artinya dunia ini setelah Kepergianmu, Nak!”

Imam Husain as. memerintahkan para pemuda Bani Hasyim untuk membawa jenazah putranya ke dalam kemah. Melihat keponakannya terbunuh, Zainab al-Kubra as. keluar dari kemahnya sambil berteriak-teriak mengutuk para pembunuhnya. la meratapi kepergian Ali Akbar sambil berkata sendu, “Duhai kekasihku, duhai mata hatiku, duhai cahaya mataku, duhai anak saudaraku,”kemudian ia menjatuhkan badannya di atas jenazah suci Ali Akbar sehingga air matanya membasahi wajah keponakannya.

Imam Husain as. kemudian menghentikan tangisannya dan mengembalikan Zainab as. ke kemahnya .

Pelajaran Yang Disampaikan Ali Akbar

Para syuhada Karbala yang gugur dalam perjuangan, ternyata telah memberikan pelajaran yang teramat penting bagi manusia tentang hakikat kehidupan ini: Bagaimana mengutamakan orang lain, dan membela kebenaran. Salah satu dari mereka adalah Ali Akbar. la membawa cahaya hidayah untuk menerangi jiwa-jiwa manusia dengan syahadah dan darahnya bagi kebangkitan Islam di Karbala.

la pun telah meraih ridha Ilahi dengan memenuhi seruan Al-Quran agar menjual dirinya kepada Allah dan menempuh jalan para syuhada pendahulunya. la memilih syahid di jalan Allah dalam memerangi manusia¬manusia durhaka.

Ali Akbar memberi pelajaran kepada kita dengan peristiwa Karbala ini tentang kebenaran, keadilan, dan kesucian. Kita pun mendapat pela¬jaran dari para pejuang Karbala tentang keperwiraan dan kejantanan. Maka sudah sepantasnya kita memelihara apa-apa yang sudah mereka persembahkan melalui curahan darahnya. Semoga kesejahteraan dan keselamatan dicurahkan kepada mereka.

Revolusi Terbesar dalam Sejarah Umat Manusia

Sudah sepantasnya bagi kaum Muslim dan Mukmin menyadari bahwa darah Imam Husain as, putra-putranya, dan darah para pembelanya yang tercurah di bumi Karbala pada hari Asyura, akan terus bergejolak menerangi jiwa-jiwa manusia sepanjang zaman. Ketika alam telah diselimuti malam yang pekat, dan ketika awan tebal menghalangi jalannya cahaya, maka pada saat seperti inilah, kita harus menempuh jalan yang telah dirintis Imam Husain as. bersama para putra dan pembelanya.

Sesungguhnya api revolusi dan darah suci para syuhada akan menyinari kegelapan, menyingkap berbagai penghalang sehingga kebenaran dan keadilan tampak. Sungguh Revolusi Karbala akan berdiri tegak menghalau para penindas dan para penguasa. Sesungguhnya gerakan para pejuang Karbala dan kesyahidan mereka, telah mengangkat Dinul Islam mencapai kemuliannya sehingga terketullah telinga-telinga kemanusiaan. Seruan mereka di Karbala adalah seruan berjuta-juta orang yang tertindas dan yang dirampas haknya: seruan agar perbuatan aniaya yang menghisap darah manusia segera dihentikan; seruan yang menyongsong kemenangan untuk membela Islam.

Mereka telah memilih jalan ini untuk melawan para penindas demi tegaknya kebenaran dan keimanan. Cahaya Revolusi Karbala akan tetap bersinar selama-lamanya apinya akan tetap menyala di hati orang-orang yang jiwanya merdeka baik laki-laki ataupun wanita, sesungguhnya nyala api Karbala adalah nyala api berupa cahaya, yang akan membakar setan-setan bersama para pengikutnya. Itulah cahaya harapan dan kebahagiaan untuk melepaskan dan memerdekakan manusia dari belenggu perbudakan.

(Selesai)

SUMBER : QITORI WORDPRESS

Tapi oleh kerana selepas perbincangan demi perbincangan dengan Encik Hubby, makanya kami bersetuju untuk memberikan nama Ahmad Naveed Ali Danial Bin Ahmad Ikmal.. Tapi kesayangan kami ini juga diberi nama manja "ALI AKBAR" :)
Share:

Tuesday, February 21, 2012

Janji DIA itu PASTI! :)

Salam and hai!!

Dah bersarang dah blog tersayang ni.. Entah la, hilang mood untuk menulis, kerja office yang berlambak-lambak, urusan rumah yang hari-hari tak pernah selesai, sungguh saya letih! Bukan mengeluh, cuma kadang-kadang mahu rasanya mengambil sehari cuti dari semua urusan, dan hanya bersantai-santai sahaja seharian.. Tapi MUSTAHIL itu akan berlaku kan? Walaupun kalau cuti dari urusan pejabat, masih ada urusan rumah yang perlu diselesaikan.. *sigh*

OK! Done with all that.. As you all know ( siapa yang baca entry lepas-lepas la ), saya memang nak sangat baby.. Mungkin sebab bila Naveed dah menginjak umur 4 tahun, saya dah nampak betapa perlunya siblings untuk dia, adik untuk dia sayang dan protect.. Cuma, itulah masih belum ada rezeki untuk kami..

Tapi..

Apa yang saya tak tahu ialah, DIA tak berikan saya rezeki (anak) yang sangat-sangat saya inginkan, tapi DIA berikan rezeki kepada kami melalui cara lain..
  • Pertamanya, DIA berikan kami rezeki untuk sediakan kewangan yang mencukupi untuk punya sebuah rumah untuk berteduh. Alhamdulillah, kami dah punya rumah sendiri, yang saya sendiri tak sangka akan punya rumah seawal usia kami dan dengan anak yang masih kecil. Alhamdulillah, kami dapat beli rumah bawah yang punya 'tanah' untuk anak-anak bermain dalam pagar.. Dan semuanya settle awal tahun ini.. Syukur..
  • Keduanya, kami dapat hantar Naveed ke kindy terbaik untuk dia, walaupun saya ex-teacher kat Q-Dees, tapi siapa yang hantar anak ke Q-Dees pasti tahu berapa jumlah tanggunggannya.
  • Ketiganya, disebabkan Naveed belum punya adik, semua usaha dan perhatian bertumpu kepada dia seorang, dan semalam dia bawa balik Q-Dees Reading Book 2 kerumah, dan buku bacaan dan dah banyak perkataan yang dia boleh baca..

Pendek kata, apa yang DIA rencanakan terbaik untuk kita.. Semua perancangannya MAHA SEMPURNA.. Cuma kita sebagai manusia, memang tak pernah merasa cukup..

Doakan untuk saya, agar saya memperoleh rezeki lain dalam waktu-waktu terdekat ni.. :)

Share:

Sunday, February 5, 2012

Mengajar Anak Tentang Maksud Diskriminasi..

Salam! ;)

How was everyone's holiday? Ok ke? So far saya dan family in law di kampung mak mertua di Sepang, bersihkan kebun. Tapi saya hantarkan Encik Suami sebagai wakil. Saya dan Tuan Kecik ni duduk dalam pondok je. Hehehe.. ;)

Sejak Naveed bersekolah ni banyak soalan yang dia tanya menjangkaui apa yang saya fikirkan. Baru-baru ni dia bertanya pada saya beberapa soalan tentang "Orang Hitam"

Naveed : Mama, orang hitam tu jahat ke?
Saya : Sapa orang hitam?
Naveed : Selalu abang nampak orang hitam jalan-jalan tu, orang jahat ke?
Saya : Kenapa abang cakap dia jahat pulak?
Naveed : (diam aje)
Saya : Tak baik kita cakap orang jahat, kita kena kenal dia dulu, baru kita tahu dia baik ke jahat..
Naveed : Ok mama

Oh anak, siapa ajar kamu jahat dan baik tu melihat warna kulit, kalau sebegitu mudah, senang kita tak perlu kenal mengenal satu antara lain, tapi seawal usia dia, mungkin dia sendiri tak faham apa yang dia mahu tanya dan percaya. Tapi sekurang-kurangnya saya dah bagitahu pada dia "kita tak boleh ukur baik dan jahat nya seseorang berdasarkan warna kulit"

;)
Share:

Wednesday, February 1, 2012

Oh, I'm Over The Moon :)

Salam!

Seriously saya dah mood yang sangat-sangat happy! :) Saya sangat gembira.. Saya mengkagumi dia sejak sekian lama, setelah diperkenalkan oleh adik saya, saya sukakan setiap bait-bait puisi dia, saya sukakan setiap lirik lagu dia.. Oh! Damn! Saya sanggat meminati dia..

Dan kenapa saya over the moon? Ok, just see the print screen below because picture speaks louder than words..

Ok bye!

:) Keep Smiling
Share:

Friday, January 13, 2012

Oh Blogku Sayang..

Hai lah Blogku sayang..
  • Jangan merajuk bila saya lama tak 'meluahkan' perasaan pada kamu.
  • Jangan marah-marah bila saya lama tak update.
  • Betul, saya rindu tapi saya tak punya masa berlama-lama dengan kamu.
  • Sorry sangat-sangat ye..
P/S : Akan saya cari jugak 'sedikit masa' untuk update blog ni ye.. :)
Share:

Friday, January 6, 2012

Life Is...

Salam! :)

Jumpa lagi di tahun baru, yang mana saya tak sempat wish kan untuk semua pembaca blogger pun.. Ermm banyak nya entry tertangguh, lagi banyak entry yang hanya di simpan as draft. Tak ada kerajinan lagi untuk keluarkan semua entry-entry tu untuk tatapan semua.. InsyaALLAH satu hari nanti..

Hari ini saya di kejutkan dengan kedatangan auditor dari kementerian, oh seriously saya betul-betul takut. Kelakar pun ada jugak rasanya, kenapa harus saya takut sebab setahu nya saya dah buat semua benda ikut saluran dan landasan yang betul.

Dan akhirnya semua nya ok, cuma akan ada sekali lagi audit yang tak confirm bila tarikhnya.. Of coz cerita ni lari dari tajuk! :)

Hidup ni memang subjektif.. Kadang-kadang kita dah set up kan goal kat depan mata. Dah aim betul-betul dengan pilihan jawapan yang kita dah buat tapi resultnya totally different! Sometimes saya rasa nak give-up. Saya cuma manusia biasa je, tak lari dari di uji. Sampai kadang-kadang saya lupa yang orang lain lagi hebat ujiannya.

Saya masih punya banyak pinjaman dari DIA.. Bak kata pepatah "Kita Selalu Menangis Bila Tuhan Turunkan Hujan Sebab Kita Tak Boleh Buat Apa Yang Kita Suka Tapi Kita Selalu Lupa Yang DIA Akan Datangkan Pelangi Yang Sangat Cantik Selepas Hujan.."

Jadi walau macam mana teruk pun keadaaan kita sewaktu di uji, saya tetap percaya yang akan ada hikmah di sebalik semuanya..

P/S : Entry ni sekadar luahan rasa dan penyedap rasa untuk saya :)



Share: