Tuesday, April 10, 2012

Manjanya Anak-Anak Kita..

Salam! :)

Masih ingat lagi, waktu kami adik-beradik masih kecil, Ummi dan Abbi selalu bawak pergi Pasar Lelong macam Pasar Malam tu, cuma bezanya di kampung kami membesar, pasar tu cuma ada 2 kali dalam sebulan. Juga masih ingat macam mana kami berlima naik motor abbi dulu.. Bila ingat-ingat balik, memang manis, sebab sekarang anak aku tak rasa macam ni. Dan mungkin seumur hidup mereka tak akan rasa manisnya hidup susah dan terpaksa berkongsi..

Biasanya kami pergi awal-awal pagi, dulu aku tak pernah faham, kenapa harus pagi-pagi lagi ke pasar tu, tapi makin aku besar, makin aku faham yang pergi ke pasar tu, bukan untuk beli makanan, atau pun sayur, yang utama untuk beli baju, kerana itulah SHOPPING COMPLEX terbesar kami. Abbi dan Ummi keluar pagi untuk pastikan kami dapat baju-baju yang masih cantik, padahal semuanya baju second-hand atau pun reject dari kilang. Dulu, setiap kali dapat baju baru, aku rasa happy gila, walau aku tak pernah tahu aku adalah tuan yang entah keberapa.

Masih teringat cerita Ummi bila mana raya, dalam poket abbi cuma ada kurang seratus untuk persiapan raya, dan macam mana mereka berdua dahulu kan kami bertiga, tapi SUMPAH aku katakan, seumur hidup aku, tak pernah aku beraya TANPA BAJU BARU.. Bila dah besar, baru aku tahu, sebab nak bagi kami adik-beradik baju baru, abbi dan ummi tak berbaju baru untuk hari raya, apatah lagi nak tukar langsir, perabot macam orang lain.

Kini, bila mana aku punya anak sendiri, aku nak anak aku rasa, benda yang aku tak pernah rasa waktu kecil dulu, aku tak pernah lagi belikan Naveed baju kat mana-mana pasar malam. Lupakah aku pada asal usul? Selagi mana baju itu tak berlabel dan dijual di pasar raya, maka pada aku baju tu tak berkualiti. Oh, bodohnya rasa kan?

Tapi antara sedar dan tidak, aku sendiri yang mengajar anak tentang LABEL, tentang STATUS yang mana sewaktu aku seusia dengan dia, tak pernah aku tau yang baju yang aku pakai harganya RM5 cuma..

Kadang-kadang aku terfikir, salah ke untuk aku berikan something pada anak aku yang aku tak pernah dapat dulu? Tapi in the same time, aku nak jugak dia rasa, macam mana hidup susah, hidup harus berkongsi dengan adik-beradik, sebab itu yang buatkan hubungan tu smpai ke mati..

Walau apa pun alasan mama, mama harap satu hari nanti Naveed akan dapat faham apa maksud mama..
Share:

0 comments: