Friday, April 13, 2012

Bodoh Kan..?


Salam! :)

Adik-beradik tu ape? Bagi saya adik-beradik tu ibarat nyawa, yang bila tiada terasa bagai mahu mati.. Yang waktu kecil dulu tak pernah saya fikirkan langsung pun..

Masih saya ingat, waktu saya masuk tahun satu lama dahulu, Abbi belikan sebuah basikal untuk saya ke sekolah. Pada awalnya memang rasa sangat teruja, tapi keterujaan tu berakhir bila angah masuk tahun satu setahun kemudian. Bila dia masuk tahun satu, Ummi akan hantar dia ke sekolah dengan menaiki motosikal. Waktu tu saya rasa marah sangat, kenapa saya harus bersusah-payah mengayuh basikal ke sekolah, sedangkan angah hanya menaiki motosikal dengan sangat senang-lenang.

Di sekolah, oleh sebab alahan mata, dia tidak dibenarkan untuk berdiri dan beratur di perhimpunan, juga saya masih rasa tidak adil sebab, waktu perhimpunan tu panas dan saya sangat tidak suka! Juga, dia dikecualikan dalam semua acara kokurikulum sekolah.

Kemudian tahun-tahun saya membesar buatkan saya lebih marah pada angah. Sebab pada saya dia sangat dimanjakan oleh abbi dan ummi. Malahan, kalau kami bergaduh sekali pun, saya lah yang akan paling teruk kena pukul. Dan ketidak puas hatian tu berterusan bila ada adik, sebab adik lagilah dimanjakan dalam keluarga kerana dia yang bongsu.

Jadi untuk menghilangkan rasa marah dan tak suka saya pada rumah, saya libatkan diri dalam semua acara kokurikulum di sekolah, dari sukan dan permainan, sampailah ke kelab dan persatuan. Oleh kerana itu, kebanyakan masa saya habiskan di sekolah, dan hasilnya juga saya punya satu fail tebal penuh dengan sijil!

Bila semakin kami dewasa, saya meninggalkan rumah selepas menjadi seorang isteri, manakala angah dan adik meninggalkan rumah ke universiti, tapi setiap kali balik kampung, andai tak cukup sorang pasti akan rasa tak lengkap.

Bila dah besar, barulah saya tahu, semua rasa tak puas hati saya tu, angah turut rasa. Dia rasa alangkah seronoknya menjadi saya, sebab si keras kepala ini, sering mendapat apa yang saya nak, sedangkan dia tak dibenarkan menyerti apa-apa aktiviti. Bila terkenang balik semua ni, terasa.. OH BODOHNYA! Kenapa lah benda-benda macam ni pun nak marah?

Tapi sebenarnya itulah adik-beradik, hubungan yang kita tak boleh pilih. Yang merupakan ketentuan sejak azali lagi.. Tapi gaduh, marah dan iri hati tu sebenarnya buatkan kita adik beradik lebih menyayangi. :)
Share:

0 comments: