Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak

Salam!

Erm.. Baru minggu ni berpeluang untuk menonton Maharaja Lawak, minggu lepas terlupa langsung! En. Hubby kena uruskan site, makanya awok idak la menonton telebisen. Heheh :D ( Sila cakap ala-ala Ucop Walcha )..

Saya suka dengan marketing strategy yang astro laksanakan. Tapi hakikatnya, membebankan pengguna. Nak menonton tu dah la kena bayar, yang minat beriya-iya nak mengundi pun kena bayar juga~! Adess.. Di tambah pula sekarang astro dah ada government tax..

Sedar tak sedar kebanyakan penonton Raja Lawak ni terdiri dari semua golongan dan yang paling ramai adalah suri rumah dan makcik-makcik.. Yang layan cerita Indon yang beratus-ratus episod, yang semua cerita bersiri ikut lah..

Untuk kita yang muda mudi belia mungkin tak terasa nak melanggan, iya dak? Ada youtube nya, silap-silap ada direct link untuk download lagi.. Tapi makcik-makcik yang kat rumah especially ummi dan abbi yang memang peminat dari Raja Lawak lagi, macam mana? Kasihan! Ummi ambil package yang paling murah sebab kan kebanyakan dari jiran-jiran pasang astro dan siaran TV di area rumah cam hampeh langsung tak nampak apa-apa..

Dah kesian kat diorang, habis je Maharaja Lawak tadi, call saya suh minta tolong call kan astro untuk melanggan astro warna. Huh~! Saya nak kata suka pun idak, benci pun idak.. Tapi rasanya pihak astro memang patut fikirkan tentang pelanggan.

Komen yang selalu saya dengar dan alami sendiri, bila mana hujan waima setitik dua pun, siaran astro terang-terang dah tergendala. Kalau tertunggak tak berbayar sambungan semula di charge RM20. Rancangan yang disiarkan rasanya sudah naik hafal bukan setakat jalan ceritanya, malahan dialog nya juga!!

Kepada pihak astro sila lah ambil tindakan untuk menangani masalah ini, sejak TM melancarkan produk terbaru UNIFI, kami berminat untuk pasang, apatah En. Hubby yang handle kan site TM yang install UNIFI.. Heheh :D Cuma nya di area tempat tinggal kami, belum bermula sepenuhnya.. Hopefully apa yang digembar-gemburkan oleh TM dan pihak UNIFI adalah betul...

Just wait and see ya.. :)
Share:

2 comments:

ezumie esbarisma said...

sila ambil award anda ya di link saya ni.. ^_^ terima kasih

http://ezumie.blogspot.com/2011/04/100-followers-ke-atas-sila-ambil-ur.html

Mama Naveed said...

Oh.. Tenkiu Ye.. :)