Betul ke asalkan saja seorang itu berduit, confirm-confirm dia akan lulus dan menjadi pilihan hati ibu dan bapa mertua? Ahaks, macam filem zaman dahulu kala pula..
Entah la, bagi saya sendiri, adalah satu bonus jika SI DIA berharta, tapi yang paling penting SI DIA sayangkan kita sebanyak mana kita sayang kan dia, atau pun mungkin lebih. Sebab BUNDA pernah beritahu, BERKAHWINLAH DENGAN SESEORANG YANG SAYANGKAN KITA KERANA DIA AKAN SANGGUP BUAT APA SAHAJA UNTUK MEMBAHAGIAKAN KITA.. Terima kasih Bunda atas nasihat yang sangat berguna itu..
Memang betul bila kita berkahwin dengan seseorang yang sayangkan kita dan mungkin kurang dari kita sayangkan dia, dia akan korban apa aja untuk kita, terima kasih sayang.. :)
Berbaloi ke kalau kita kahwin dengan orang yang sangat berharta tapi hati selalu je sakit? Berbaloi ke kalau kita boleh dapat semua benda dalam dunia ni tetapi yang kita tak mampu miliki masa dan hatinya?
Ah! Bagi saya semua itu memang tak berbaloi..
Langkah pertama membina keluarga, semua orang merasa susah dan payah nya, dan kerana itu buat kita kuat dan lebih menghargai.
P/S : Sayang, terima kasih kerana buat saya rasa dihargai.. :)
0 comments:
Post a Comment