Ahaa.. Entry yang saya cuba elakkan sejak sekian lama, heheh.. Bukan apa, entah la mungkin sebab rasa penat dan lelah menguruskan Naveed buatkan saya ambil masa untuk planning anak ke-2, mungkin juga pengalaman bersalin dan berpantang menjadikan saya fobia? Tapi saya tahu semua nya itu sekadar ALASAN.
Kerana Naveed amat mudah diuruskan dari kecil, tak banyak menangis, senang untuk dijaga, malam jarang bangun untuk menyusu. Saat melahirkan pula, saya masuk ke Labour Room jam 7.35 pagi, dan saya selamat melahirkan Naveed jam 8.06 pagi.. Tak ada la tragis mana pun saat kelahiran tu, berpantang juga saya di jaga sepenuhnya oleh ummi dan atok. Haha~! Memang saya yang mereka alasan..
Dan sekarang sudah mula terdetik rasa kasihankan Naveed kerana dia tak ada kawan bermain di rumah. Katil di bilik Naveed dah di beli sepasang tapi 'pasangan' Naveed masih belum ada. Isk isk isk..
Kami sekeluarga lahir di bulan Jun, jadi kalau boleh saya mahukan anak-anak seterusnya juga lahir di bulan Jun. Tapi saya amat pasti satu rumah akan huru hara sebab perangai yang hampir sama. Kerana sekarang fasa itu telah pun bermula.. Heheh :)
Tapi, insyaALLAH, segalanya ketentuan DIA.
0 comments:
Post a Comment