Sunday, April 17, 2011

Masterchef Malaysia 2011

Logo

Salam!

Setelah banyak negara yang mengadakan pertandingan Masterchef ni, kini tiba giliran Malaysia pula! Go for it.. Saya rasa ni sangat best! Daripada pertandingan nyanyian kan, this one better.. Bukan tak suka, tapi yang ini ada juga faedah nya.. :)

Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?

Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.

Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Jika anda rasa anda mampu menjadi MasterChef Malaysia yang PERTAMA, muat turun borang uji bakat, lengkapkan borang ujibakat beserta lampiran gambar berukuran 4R atau passport dan hantar kemasterchefMY@gmail.com. Tarikh tutup penyertaan pada 6 pg, 18 April 2011. Untuk soalan-soalan lazim mengenai MasterChef Malaysia, sila klik disini.

Share:

0 comments: