Saturday, October 30, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Dalam Mengejar Masa..

Salam..

Entry kali ni, dah banyak kali tertangguh, dek kerana kesibukan yang menghambat sehari-hari. Bukan apa, Jumaat lepas saya, suami dan anak bergegas pulang ke kampung. Kalau ikutkan saya, mahu saje saya balik lebih awal, tapi atas tanggungjawab lain terpaksa saya tundakan niat untuk balik ke Mersing pada Jumaat..

Kesian sungguh melihat abbi yang terlantar di wad, terbaring, bercakap hanya bila perlu.. Oh~! Saya rindu abbi, yang sentiasa ceria dengan gelak ketawa, yang sentiasa ada saja jenaka untuk mengenakan kami adik-beradik, bila melihat dia terbalik lesu di katil, sungguh saya tak kuat. Berapa kali air mata ini tumpah dibelakang dia, saya tak pandai menyembunyikan perasaan tapi saya tak mahu dia sedar saya sedang sakit melihat dia terbaring di situ.. Saya ketawa, cube menyembunyikan perasaan saya depan dia..

Sibuk kami bergilir menjaga abbi di wad, Naveed lagi sebok, berlari-lari di padang hadapan wad.. Waktu tu sayadah tak terlarat mengejar lagi, kesian Naveed, jarang-jarang dilepaskan bermain bebas sebegitu. Dan Naveed berlari selaju mungkin untuknya dalam padang yang tak berapa besar tu..

Minggu ni, di Tadika sebok pula dengan persiapan menjelang konsert dan juga ujian.. Kalau bukan disebabkan tanggungjawab lain yang menunggu, pastinya saya sudah lanjutkan cuti saya mungkin untuk seminggu lagi..

Doakan saya supaya cukup kuat .. :)
Share:

Wednesday, October 20, 2010

Perkhabaran Duka..

Salam untuk semua...

Dalam keadaan saya yang tengah tak stabil, saya terima satu lagi berita yang saya tak suka nak dengar.. Huh~!!!!!!!! Saya rasa sangat serba salah..

Angah talifon maghrib tadi, dia cakap ABBI EXCIDENT. Saya terus tergamam tak tercakap apa-apa. Sampai angah cakap, 'along ok tak?' Allah... Dalam fikiran saya macam-macam benda dah terbayang.. Saya dah membayangkan yang tidak-tidak.. Orang yang jatuh dalam bilik air pun boleh meninggal, apa lagi yang excident di atas jalan raya.

Masa angah talifon tadi, dia cakap dia sendiri belum tengok macam mana keadaan abbi. Sebab masih dalam bilik X-Ray.. Allah.. Saya dah sangat-sangat takut.. Jangan ambil nyawanya lagi Allah, belum puas aku menyayangi nya, aku masih belum berbakti pada umur hidupnya.. Allah..

Malam, ummi talifon cakap, tak payah la balik sebab abbi ok je. Dalam ok je tu, abbi patah tulang rusuk 5.. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Saya tak terdiam tak berdaya nak bercakap lagi. Kata Ummi, abbi cuma excident sorang, masa lalu bumper, dia langgar lubang sikit, lepas tu dia pitam mata dan terus tak ingat apa-apa, yang dia sedar lepas tu dia dah di hospital..

Erm... Semoga cepat sehat abbi.. Jangan mengalah abbi.. Along sayang abbi.. :(
Share:

Hari Yang Menjerihkan..

Salam untuk semua..

Hehe tajuk ni macam gempak sangat je kan.. Tapi memang betul rasanya memang sangat tak larat rasanya hari ni, semalam satu hari saya diserang period cramp..Aduhhhh... Tak tertahan rasa sakitnya.. Ermmm hari ni saya didatangi pula oleh penyakit malas dan penat yang terlampau.. Oleh itu hari ni menjadikan hari yang sangat menjerihkan untuk saya..

Sukarnya untuk saya buat semua perkara yang sepatutnya sangat simple dan rutin untuk saya lakukan..

Arghhh~! Harapnya esok saya didatangi oleh kekasih yang baik hati iaitu rajin dan bersemangat~! :)
Share:

Tuesday, October 19, 2010

Berhenti Berharap

Salam untuk semua..

Saya masih ingat waktu saya masih bersekolah ada seseorang pernah memberitahu, akan sampai masanya kita akan rasa putus asa dan nak give up. Dan mungkin saya sedang melalui frasa itu sekarang,,

Saya rasa sangat sakit, tapi saya tak tahu bahagian mana dalam tubuh ni yang paling sakit.. Atau lebih senang untuk saya katakan segala-galanya sakit untuk saya.. Saya penat berharap semuanya akan ok, saya penat berharap segalanya akan kembali macam sedia kala.. Jadi saya berhenti, berhenti dari mengharap..

Saya terima apa yang bakal mendatang dengan tangan terbuka..
Share:

Sunday, October 17, 2010

Tag

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
- Setakat entry ini ditulis, saya mempunyai cuma seorang anak, dan ianya lelaki.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
- Mungkin bila Naveed mula menjejakkan kaki di alam persekolahan, sekitar umurnya 4 atau 5 tahun.

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
- Ahmad Naveed Ali Danial :
Ahmad - Yang terpuji,
Naveed - Berita Gembira,
Ali - Yang Tinggi,
Danial - Nama Nabi.


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
- Saya dan suami. Secara khususnya Ahmad adalah mengikut nama suami, Naveed pula pilihan saya, Ali pilihan kami berdua dan Danial adalah pilihan suami.

5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?
- Erm kami berdua memang berniat untuk memberikan anak nama yang terbaik. Kerana itu adalah hak si anak untuk diberikan nama yang baik. Tapi saya dah jemu dengan nama-nama yang biasa di dengar. Jadi Naveed di pilih, dan kebanyakkan orang terkeliru kerana memanggil Naveed dengan panggilan Nabil.

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
- Kalau ianya lelaki insya-ALLAH kami akan menamakannya AHMAD NAYEEF ALI DANISH dan kalau ianya perempuan pula kami akan menamakannya NUR QHASEH FATHIMA DANIA

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
- Bukan untuk saya.

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
- Saya mahukan ianya lelaki kerana mahukan Naveed ada kawan bermain dan bergaduh. Naveed ada kawan nak main bola dengan papa. Ermm all boys activity. Kemudiannya baru anak perempuan.

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
- Kalau muka, 100% copy dari ayahnya. Tapi dia sangat addict dengan buku dan pensel dan pen dan semua alat tulis.
.
10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

Naveed yang bergaya..

11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni
- Tak ada kot..
Share:

Friday, October 15, 2010

Azzam - Kekasihku



I Called Love..

Azzam - Kekasihku

Padamu kuharap
Kau hadir dalam hariku
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu...
Setiap masa
Seolah ada di sisi
Kasih padamu takkan pernah padam

Sayangku hanya engkau di hati
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu
Oh belaianmu...

Kasih kita ditakdirkan
Bersama takkan engkau ku persiakan
Walau terkadang hatimu dah terusik olehku

Selagi ada nyawa seluruh daya
Kan ku pastikan kau gembira
Segala cinta dan saat bahagia
Oh ibu...ke akhir hayatku...






Love My Life..

Miss both of you..


Nenek dan Naveed..



I Will See The Tears Everytime We Said Goodbye.. :"(

Share:

Bila Nak Tambah Anak?

Salam..

Hurm, orang Melayu nie kadang-kadang memang menguji kesabaran.. Bila belum kahwin, sebok tanya, Bila nak kawin? Bila dah kahwin pula, tanya pula, Bila nak dapat anak? Dan sekarang saya melalui fasa, BILA NAK TAMBAH ANAK?

Anak comel saye~!

Aduyai.. Memikirkan perihal tambah anak ni, terus-terang saya belum bersedia.. Kadang-kadang saya terfikir mungkin saya nak seorang je anak, tapi En Hubby kata, nanti bila kita tua kalau Naveed balik kampung wife dia kita berdua je masa raya, tak sedih ke awak? Aduii... Sampai ke situ En Hubby saya fikir.. Ermmm apa yang dia cakap ada juga betul nya..

Saya dan Naveed di Pusat Bowling~!

Saya rasa untuk saya mungkin cukup kalau dapat sepasang, tapi bila tengok orang anak ramai, nampak seronok nampak meriah, macam saya sendiri, cuma tiga beradik tapi kalau sorang tak ada rasa tak lengkap.. Ermm.. Sekarang ni pun Naveed dah membahasakan dirinya abang.. Aduh~!! Tak sabar-sabar pula Naveed nie.. Ni semua gara-gara sejak Ummi nya ada jaga baby so dia secara automatik naik pangkat jadi abang..

Naveed waktu umur sekitar 1 tahun..

Ermm.. Mungkin tunggu Naveed berumur 4 atau 5 tahun.. :D

Naveed kat rumah onyang~!

Acu yang 'mendajalkan' Naveed..
Share:

Untuk Ummi Sayang..

Selamat hari lahir ummi,
Pagi-pagi lagi tadi ummi talifon, masa tu along baru sampai sekolah,
Along pelik bila ummi talifon pagi-pagi macam tu,
Sebab selalunya ummi akan talifon malam,
Along memang tak teringat langsung yang hari ni hari lahir ummi,
Sampailah bila along menulis tarikh kat dalam kelas baru perasan hari ni 15.10..
Hari ni ummi genap 44 tahun..
Cepat-cepat along pergi ke 7 Eleven untuk topup..
Bila along cakap "Happy Birthday Ummi"..
Ummi cuma ketawa je..

Selamat hari lahir ummi,
22 tahun sebelum ni ummi lahirkan along dengan harapan along dapat jadi anak yang berguna satu hari nanti,
Dan sekarang ni, cuma ummi je yang boleh menilai, berguna ke along sekarang..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak masa along masuk sekolah tadika dulu?
Bila along pergi sekolah naik basikal, balik jalan kaki sebab ikut kawan-kawan?
Ummi marah sangat sebab tinggalkan basikal kat sekolah sebab ummi takut hilang.
Masa tu along tak tahu susahnya nak dapatkan basikal tu, sebab waktu tu semua yang along minta mesti abbi tunaikan..

Selamat hari lahir ummi,
Bila along masuk darjah 1 dulu, abbi belikan along basikal,
Sama dengan kak long Dijah supaya kami dapat ke sekolah sama-sama,
Tapi apa yang jadi bila dapat basikal langkah along lagi jauh,
Ke hujung taman along main, sampai maghrib baru balik..
Ingat tak along mesti masuk ikut belakang sebab dah tahu mesti ummi tunggu dengan tali pinggang?

Selamat hari lahir ummi,
Ingat lagi tak waktu ummi excident masa bawa along pergi bandar naik motor dulu?
Semata-mata nak pergi beli buku ANTONIM dan SINONIM untuk ulangkaji..
Orang tu yang salah tapi dia cakap ummi salah. Along tahu ummi pun takut dan terkejut bila dia langgar kita dari belakang..
Kalau ummi tak pergi bandar hari tu sama-sama mesti kita tak excident kan?

Selamat hari lahir ummi,
Ingat lagi tak masa along nak ambil UPSR dulu,
Seminggu ummi berpuasa nazar waktu along periksa,
Dan berbulan-bulan ummi bising suruh along belajar, belajar, belajar..
Along dapat 4A 1B..
Along tahu ummi sedih waktu tu, sebab along dapat 5A untuk percubaan sekolah, daerah dan negeri..
Along sendiri sedih tapi along buat biasa je..

Selamat hari lahir ummi,
Bila along nak masuk MRSM, abbi tak bagi along pergi sebab suruh along habiskan sekolah agama.
Waktu tu along marah sangat sebab along rasa along dah pun buat paling baik kenapa abbi tak bagi along masuk sekolah asrama..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak waktu nak PMR ummi marah-marah suruh along belajar tapi along sebok dengan sakteboard?
Tiap-tiap petang ke skate park..
Dan akhirnya apa yang ummi bebelkan tu jadi kenyataan bila PMR along cuma dapat cukup-cukup makan, 4A 4B..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak setiap pagi along mesti mintak ummi sedia kan sarapan sebelum ke sekolah?
Sampai tingkatan 5 along masih bawa bekal ke sekolah..
Bekal yang along bawa tu tak pernah pun sampai waktu rehat sebab sampai je sekolah along terus makan..
Ummi ingat tak along cerita dulu, along kedekut sangat bila orang nak makan bekal?
Sebab bagi along, ummi susah payah buatkan bekal untuk along,
Kenapa mak orang lain tak bersusah payah pun untuk anak dia..

Selamat hari lahir ummi,
Ingat tak bila along nak SPM, along selalu tidur rumah Jaja?
Ummi selalu marah sebab ummi cakap, Jaja anak orang kaya..
Tapi Ummi, dalam banya-banyak kawan yang along ada, sampai sekarang Jaja je yang masih berhubung..

Selamat hari lahir ummi,
Semoga hari ulang tahun kelahiran tahun ni memberikan ummi 1001 kebahagiaan,
Ummi batuk-batuk bila along talifon tadi,
Semoga ummi cepat baik batuk..
Along sayang ummi,
Walaupun ummi suka bising..
Ummi tetap ummi..
Along sayang ummi..
Share:

Sesi Persekolahan 2010 Bakal Berakhir..

Salam..

Sesi persekolahan tahun ni bakal berakhir lebih kurang sebulan dari sekarang. Actually for me memang rasa sedih sikit la. Sebab pass three years saya ajar budak age 5, so tak ada la rindu sangat sebab bila diorang masuk age 6 masih lagi jumpa. Tapi tahun ni saya mengajar age 6, so tahun depan masing-masing dah masuk darjah 1. Huhuhu.. memang sure la tak jumpa, kecuali kalau "TER"jumpa la kat mana-mana.. Herm..

Last week ada sesi bergambar untuk semua age and class tapi kami masih belum dapat lagi gambarnya.. Nanti kalau dah dapat saya akan upload.. :)
Share:

Wednesday, October 13, 2010

Pelik Tapi Benar...

Salam untuk semua~!

Erm lama rasanya tak update blog. Sebok sangat la. Kadang-kadang rasa 24 jam sehari tu tak pernah cukup. Huh~! Betapa saya asyik merungut, tapi kalau difikirkan balik kalau Tuhan tu berikan masa 40 jam sehari pun kalau kita tak boleh managekan dengan baik masih akan jadi tak cukup..

Apa yang saya nak ceritakan di entri kali ni kedengarannya agak pelik dan ntah apa-apa.. Tapi penah ke ada sesape yang ada pengalaman yang sama. Ni bukan lah ada kaitan dengan alam mistik ke ape-ape ke.. Tak ada kena mengena langsung tau~!

Tak lain tak bukan entry kali ni masih lagi berkisar tentang Permata Hati saya. Naveed sekarang makin cerdik, oh ya dah bertambah selera makan. Balik je dari rumah ummi, perkara pertama yang dia minta adalah nasi. Kadang-kadang timbul rasa pelik. Mana dia sumbatkan nasi sedangkan dia baru je makan nasi kat rumah ummi dia.. Ermm, biarlah selagi dia mahu makan. saya akan usahakan untuk penuhi hajat dia..

Sejak dua menjak ni Naveed sangat rapat dengan saya. Nak tidur harus berpeluk-peluk, bercium-cium, berkasih-kasihan... Pelik sungguh anak ini. Yang menambahkan lagi rasa pelik bila dia mesti mencium ket**k saya sebelum dia tidur.. Aduhhh.. Rasa saya sudah parah Naveed ni.. Entry ni memang terasa entah apa-apa.. Oh Naveed, mama sentiasa sayang Naveed. Kami sedang gigih berusaha mencari furniture untuk bilik tidur Naveed. Tahun depan dah pun 3 tahun usia bujang kami ni. Bercadang untuk dia berpisah tempat tidur dari kami dan kami berjanji dia akan dapat katil berbentuk kereta yang paling cantik..

Agak-agak Naveed akan tidur sendiri tak??
Share:

Tuesday, October 5, 2010

Timba Mana ?

Salam untuk semua..

Paip di singki dapur ada problem sket, dan dah lama sebenarnya saya minta tolong En. Hubby betulkan tapi di sebabkan dia sebok dengan kerja ditambah pula sabtu dan ahad yang penuh dengan jemputan open house, kerja pembaikan tu nampaknya tergendala. Sudah agak lama tergendalanya..

Tadi lepas En Hubby balik kerja dia nampak saya bertungkus lumus di dapur mengemas. Jadi dia dengan rela hatinya menawarkan khidmat untuk menolong..

Berikut adalah antara perbualan kami : -

Hubby : Yang, nak suruh abang betulkan tak paip kat singki tu?
Saya : Mestilah nak bie.. Dah lama ayg suruh abg betulkan tapi tak bergerak-gerak.
Hubby : Ok. Tolong abg boleh? (Saya dah agak dah... Sebab setiap kali dia menolong saya,pastinya saya harus tolong sama).. Saya : Tolong ape?
Hubby : Ambilkan abg timba..
Saya : Ha? Timba tu ape?
Hubby : Aduii.. Timba tu timba la..
Saya : La.. Ayg tak tahu timba tu ape?
Hubby : Takpelah biar abg cari sendiri.
Saya : Ok.

Taklama lepas tue..

Hubby : Yang, mana awak letak timba?
Saya : Timba tu ape?
Hubby : Awak ni wat-wat x tau ke memang tak tahu..
Saya : Memang tak tahu timba tu ape..
Hubby : Pulak dah.. Ermm baldi. Mana awak letak?
Saya : La.. Baldi ke.. Ade kat belakang. Jap ayg amek..

Yang lagi memeningkan kepala saya mencari bila En Hubby sebutkan sebagai TIMBE.. Aduhh memang sungguh saya langsung tak tahu ape tu TIMBA.. :P
Share:

Duit Terbang Melayang~!!!

Salam untuk semua...

Ahaa bila baca entry terbaru ni mesti ada yang rasa pelik kan? Tapi itulah yang terjadi pada saya minggu lepas.. Waktu tu saya memandu pulang dari tempat kerja, sebuah motosikal yang ditunggang laju memintas kenderaan saya. Terkejut sungguh rasanya!! Tapi apa yang lebih memeranjatkan lagi bila ada duit yang berterbangan mengiringi motosikal tu memintas saya.. Pada mulanya saya ingatkan ianya hanyalah sekadar kertas-kertas tapi bila ada sekeping dua yang melayang dan mendarat pada cermin kereta, barulah saya sedar yang ianya adalah duit dan budak yang menunggang motosikal tu, cepat-cepat memberhentikan motosikalnya.

Duit tu bukan dalam kuantiti yang sedikit tapi amat banyak, saya rasakan macam dalam movie pulak.. Oh ye! Sebenarnya saya rasa takut sesangat... Hahaha.. Ye la tak pernah seumur hidup saya nampak duit berterbangan banyak macam tu..

Kalau kamu jadi saya, apa yang kamu akan lakukan? :)
Share:

Monday, October 4, 2010

Kelahiran Naveed

Salam untuk semua..

Setelah berkurun lama nya, baru lah saya sempat menulis saat ketika Naveed dilahirkan. Due Naveed di lahirkan adalah 19.06.2008.. Kami berdua pun terkejut bila tau Naveed jugak bakal berkongsi bulan kelahiran dengan kami. Saya punya bufday jatuh pada tanggal 22 Jun, En Hubby pula pada tanggal 05 Jun.. Dan kerana itu kami memilih untuk bernikah juga pada Jun, iaau 03 Jun.. Dan bila dapat tahu due Naveed 19.06 kami teruja sangat.. Anak pertama, tak pernah kami merancang, alhamdulillah rezeki Tuhan itukan suatu yang pasti..

Sedari awal mengandungkan Naveed saya langsung tak ada alahan. Malah saya langsung tak alami 'morning sickness'.. Cuma apa yang pelik, bila makan, saya kerap bayangkan yang ayam yang saya makan tu dah berulat ataupun berbau, apa-apa saja yang saya makan adalah yang dah tak elok. Pelik sungguh~! Dan lepas tu, saya akan korek semula anak tekak untuk muntahkan balik apa yang saya makan. Kata En. Hubby ada jugak orang macam ni waktu mengandung ye.. Hehehe..

Waktu kandungan Naveed berusia hampir 6 bulan, pertama kali nya saya di admit di Hospital Serdang. Sebab utama bleeding. Pelik tapi saya alami bleeding ketika mengandungkan Naveed. Tapi apa yang lagi pelik, dua hari di hospital, setitik darah pun tak keluar.. Aneh kan? Hehehe..

Bila kandungan menginjak ke usia 8 bulan, sekali lagi saya di admit. Kali ni di Hospital Kajang pula.. Keadaan di Hospital Serdang jauh lebih baik dari di Hospital Kajang. Erm mungkin sebab Hospital Kajang dah lama beroperasi daripada Hospital Serdang..

Tanggal 08.06 pukul 12 tengah malam, saya di admit di Hospital Ampang. Kali ni masih lagi sebab yang sama, iaitu bleeding tapi ditambah pula dengan sakit perut.. Oh ye, yang paling utama, Naveed punya gerakan tak cukup 10 dalam tempoh 15 jam. Oh sungguh panik saya bila kenang-kenangkan balik waktu tu. Maklumlah anak pertama, saya memang sangat menitik beratkan hal-hal kecil.. Hehehe :D

Lebih kurang pukul 10 pagi, datang seorang doktor pakar check.. Dia cakap akan monitor saya dalam tempoh 24 jam. Kalau gerakan bayi masih kurang dari 10 kali, dia akan induse untuk saya melahirkan Naveed. Dan penerangan dia cukup jelas, bila dia memberitahu yang dia akan induse 3 kali, jika kali ke 3 masih 'jalan' tidak buka, makanya saya terpaksa melalui kaedah 'ceaser' huwaaaa... Dengar tu jer, saya dah terasa sangat takut.

Oleh kerana saya masuk ke dalam hospital tanpa rasa sakit orang nak bersalin, jadi saya boleh berjalan-jalan satu wad.. Dan saya minta agar ditempatkan di kelas ke-2 kerana takut keseorangan di kelas pertama dan rasa tak selesa di kelas ketiga.. Hehehe.. Dan saya juga menemui ramai kawan-kawan baru sepanjang tempoh berada di hospital. Rasanya 3 katil lain yang satu bilik dengan saya, asyik bertukar ganti. Saya je yang belum lagi bersalin.. :P

09.06.2008 pukul 10 pagi. Doktor semalam datang lagi bertanyakan keadaan bayi dalam kandungan saya, dan saya masih lagi mempunyai jawapan yang sama. Masih belum cukup gerakkan dia. Jadi, saya di induse lebih kurang jam 11 pagi. Doktor tu juga cakap dia akan periksa bukaan 'jalan' petang nanti. Lebih kurang jam 4 petang, masih doktor yang sama, datang memeriksa jalan. Dan dia beritahu sudah ada bukaan 2cm. Oh~! Lega saya rasa kerana tak perlu dimasukkan ubat induse lagi. Oh ye.. Tak ada rasa apa pun sebenarnya bila dimasukkan ubat tu.. Tapi bila doktor periksa jalan tu, dah mula terasa sakitnya..

Menjelang malam, doktor yang sama juga datang untuk check 'jalan' sekali lagi. Katanya dah 3cm dan sepatutnya saya dah boleh disorong kelabour room. Tapi oleh kerana bukaan itu tidak bertindih dengan servik tetapi berselisih, jadinya doktor tu menerangkan kalau dia pecahkan air ketuban saya malam ni, pastinya saya akan kesakitan sepanjang malam. Tapi dia ada bagitahu kalau dah rasa tak tahan sangat panggil nurse untuk di suntik dengan ubat tahan sakit. Menjelang jam 11, saya dah tak tahan sangat rasa sakit tu, jadi saya minta ubat tahan sakit. Oh sakit betul sebab kene cucuk di punggung.. Saya tidur dengan lena sampai jam 5 atau 6 pagi mungkin.. Bila saya dikejutkan oleh doktor yang mahu saya ke biliknya untuk di pecahkan air ketuban. Dalam lebih kurang 7.30 pagi, air ketuban di pecahkan. Dan ubat untuk membuang air besar juga turut dimasukkan. Saya masih sempat mandi dan solat subuh selepas tu.. Sampai ada nurse yang tunggu saya di luar toilet dan bertanyakan saya ok atau tidak selang 3 minit.. :D

Selepas itu saya disorong ke labour room lebih kurang jam 7.45pagi.. Saya disorong dalam wheel chair, dan agak pelik kerana saya rasa saya masih boleh berjalan lagi.. Oh ye, saya masih sempat menghabiskan sebotol air selusuh sebelum di sorong masuk ke labour room. En Hubby ketika tu baru je saya suruh pulang, lebih kurang jam 6.45 pagi bila nurse yang menjaga saya cakap saya dijangka bersalin lebih kurang jam 12 tengahari.. Ketika saya disorong ke labour room berkali-kali saya call, tapi dia tak angkat.. Pastinya dia dah pun tertidur kerana semalaman dia tak tidur.. Dan menunggu saya di luar wad..

Saya minta untuk di berikan suntikan epidural. Oleh kerana melihat keadaan saya yang sudah tak tertanggung sakit, nurse memasang belt untuk dengar heart bit baby untuk pastikan keadaan baby ok sebelum diberikan suntikan epidural. Menjelang jam 8 pagi, nurse yang menjaga saya sempat bertanya, 'Dah tak tahan sangat ke dik? Ok meh akak tengok jalan dulu...' Bila di check bukaan jalan sudah pun 9cm. Dan kelam kabut nurse tu bila jangkaan untuk saya bersalin menjelang jam 12 tengahari sudah tercepat.. Hehehe, ni smua gara-gara air selusuh..

Ahmad Naveed Ali Danial dilahirkan tepat jam 08.11 pagi.. cepatkan... Hehehehe :D

Dan dalam keadaan kelam kabut itu juga lah En Hubby tak sempat melihat kelahiran Putera kami yang pertama. Saya sangat berterima kasih pada semua kakitangan yang merawat saya dalam labour room sewaktu melahirkan Naveed. Memang best sangat.. Walaupun sebelum ni saya di momokkan dengan macam-macam cerita tentang Hospital Kerajaan, tapi staff Hospital Ampang menunjukkan mereka lebih dari itu. Yang paling saya ingat Sister yang nama nya Jue. Thanks so much~!


Huhu..Naveed Sungguh sedeyh



My Cute Little Angel



Naveed with Mak Ngah..Tengok mulut Naveed.. :)



Geramnye Tengok Naveed~!
Share:

Untuk Ahmad Naveed Ali Danial...

Anak mama sayang,
Andai saja Naveed tau kasih sayang mama tak pernah berbelah bagi pada sayang,
Andai saja Naveed faham yang Naveed adalah segala-galanya untuk mama,
Andai saja Naveed mengerti segala yang mama lakukan hanya yang terbaik untuk Naveed..

Anak mama sayang,
Mama tak mampu berikan Naveed kemewahan yang cukup sekadar disebut akan terlaksana,
Tapi apa yang mama mampu berikan Naveed sepenuh kasih sayang..


P/S: Antara sebab kenapa saya menjarakkan kehamilan kerana takut kasih sayang saya pada Naveed akan berkurangan. Saya tak mahu Naveed menjadi matang kerana dia seorang abang. Saya masih mahu dia menjadi adik. Saya masih mahu dia menjadi baby. Bila orang sudah mula bertanya-tanya bila nak tambah anak, saya hanya :) Hanya DIA saja yang tahu betapa mama takut mama akan terkurang melayani dan menyayangi Naveed bila Naveed ada adik nanti..
Share:

Friday, October 1, 2010

Mane Nak Cari...

Huwaa... Mane nak cari Memori Phone.. Eishh... Menangis betul dibuatnya dengan Naveed nie.. Dia la sebok tolong remove kan memori kad tu, tengok sekrang dah pun hilang,... huwaaaa.....
Share:

I'm In Trouble..

Salam to all..

Hari ni saya baru ingat nak upload gambar-gambar raya, Encek Naveed sudah salah letak Memori card camera... Abes la sayep~!! Pastinya En. Hubby akan bising selepas ni.. Huwawawawawa :((
Share:

10 Kata-Kata Hikmat Imam Ali A.S

Salam untuk semua.. Dah lama saya nak post entry ni, tapi asyik tertangguh.. Ni adalah antara 10 Kata-Kata Hikmat Imam Ali A.S yang kita semua tahu adalah pintu kepada kota ilmu.. Rujukan dari Nahjul Balaghah (Buku Utama Syiah).. Mempelajari ilmu tidak bermakna membataskan diri dalam lingkungan sesuatu pegangan agama sahaja.. Betul kan?

1. Ketepikan dan maafkanlah kesalahan orang-orang yang pemurah dan bermaruah, kerana jika mereka jatuh, tangan Allah akan menarik tangan mereka (bangun) semula.

2. Seseorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila ia mula merasa tamak. Ia rela dengan kehinaan bila ia menceritakan tentang kemiskinan dan kesusahannya. Ia menghinakan dirinya bila ia tidak dapat mengawal lidahnya.

3. Apabila sedikit nikmat sampai kepada kamu, maka janganlah 'dihalau' nikmat itu dengan perbuatan kurang bersyukur.

4. Sifat bakhil itu satu yang memalukan. Sifat penakut satu kekurangan. Kemiskinan menyebabkan seorang yang pintar terpaksa membisu walaupun mempunyai hujah yang terbaik. Seorang miskin itu menjadi asing dan dagang di dalam negerinya sendiri. Kelemahan itu satu penyakit. Kesabaran itu satu keberanian. Sifat zahid merupakan kekayaan dan wara' pula merupakan kubu atau perisai yang teguh.

5. Sebaik-baik teman ialah redza (rela dengan takdir Allah). Ilmu merupakan pusaka yang paling berharga. Adab merupakan pakaian indah yang tetap baru dan fikiran merupakan cermin yang bersih (pemikiran yang mendalam dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi).

6. Apabila dunia datang kepada seseorang, ia meminjamkan kebaikan manusia lain kepadanya dan apabila dunia meninggalkan orang itu, ia merampas kebaikan yang ada padanya.

7. Siapa yang menghisab atau mengira-ngira dirinya, ia akan beroleh keuntungan. Siapa yang lalai terhadap dirinya, ia akan rugi. Siapa yang takut (kepada hari akhirat) ia akan aman (dari kemurkaan Allah), siapa yang mengambil iktibar (pelajaran) dari kehidupan, ia akan mendapat visi (pandangan) dan siapa yang mendapat visi ia akan faham dan siapa yang faham ia mendapat ilmu.

8. Bergaullah dengan manusia secara baik sehingga jika kamu mati mereka menangis ke atasmu dan jika kamu hidup mereka kasih kepadamu.

9. Andainya kamu dapat menguasai seteru, maka jadikanlah kemaafan itu sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dapat menguasai seteru atau musuh tersebut.

10. Manusia yang paling lemah ialah yang tidak berupaya mendapat sahabat handai di dalam hidupnya, tetapi yang lebih lemah lagi ialah yang hilang sahabat atau kawan setelah ia mempunyainya.
Share: