Betul, I'm Quit~! Mengalah dari semua benda yang selama ni saya berpegang, terasa penat terasa sangat letih, mengejar sesuatu yang bukannya untuk di kejar..Saya berlari sekuat hati tapi yang dikejar masih disitu tanpa ada sepatah kata, apatah lagi secebis makna.. Huh~!!
Enough!! Mengalah bukan bermakna kalah kan?! Saya mengalah untuk mencari kekuatan lain.. :)
Suatu hari nanti apabila kamu melihat mama dan papa menjadi tua, lemah, pelupa dan tidak bermaya,
Bersabarlah anakku dan cuba memahami diri kami..
Jika kami makan dan mengotorkan baju dan tidak boleh memakai baju dengan sendirinya,
Bantulah kami dan ingatlah sewaktu kami memberi makan dan memakai pakaian kamu ketika masih bayi yang kecil..
Jika kami bercakap dengan kamu, kami mengulanginya lagi benda yang sama,
Janganlah tidak mempedulikan, Tumpukan perhatian kepada kami..
Ketika kamu kecil kami membaca buku cerita yang sama sehingga kamu tertidur..
Jika kami tidak mahu mandi dan janganlah memalukan dan memarahi kami..
Ingatlah ketika kamu kecil kami menyuruh kamu mandi dan kamu memberi pelbagai alasan?Kami tetap bersabar dengan kerenahmu wahai anakku..
Jika ada benda-benda baru yang kami tidak tahu ajarlah kami dengan lemah lembut,
Ingatlah kami telah banyak mengajar banyak perkara2 baru ketika kamu kecil,
Makan dengan cara yang betul, Memakai baju dengan betul dan bersolat dan mengaji Al Quran..
Jika kami tidak mahu makan janganlah terlalu memaksa kami kami akan makan bila sampai masanya,
Hulurkan tangan sewaktu kami tidak mampu berjalan seperti waktu kamu baru mula belajar berjalan..
Janganlah kamu marah akan keadaan kami,
Kerana satu hari nanti kamu akan faham akan keadaan kami..
Sedekahkan Al-Fatihah sekiranya kami di Alam Barzakh,
Doakan akan kesejahteraan kami setiap kali selesai solat..
Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu makan adalah dari hasil usaha kamu sendiri dan Sesungguhnya kelahiran anak-anak kamu adalah hadir dari usaha kamu sendiri
Hari ni rasa rindu tiba-tiba menyerang saya, rindu pada Abbi dan Ummi.. Tak tahu kenapa tapi saya sangat rindu.. Kata orang kasih nya ibu sampai ke syurga, kasihnya ayah membawa bahagia..
Dari kecil lagi, saya selalu rasa ummi dan abbi selalu tak adil pada saya sebab saya anak sulong, bila bergaduh dengan adik-adik, sayalah orang yang akan kena, kalau jadi apa-apa saya juga yang kena bertanggungjawab.. Waktu kecil saya tak pernah sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang anak sulong, apatah lagi dalam adik-beradik saya tak ada lelaki, jadi selaku kakak, sayalah yang harus menjadi kakak dan abang untuk adik-adik..
Bila dah berumah tangga dan tinggal sendiri, saya selalu rindu nak makan masakan ummi, nak duduk lepak-lepak sambil bercerita dengan ummi.. Sungguh~! Saya rindu..
Kata adik-adik, saya anak abbi. Abbi selalu dahulukan saya dalam semua hal, saya pun tak nampak kat mana betulnya.. Heheh :D Mungkin saya rapat dengan abbi sebab kami tak ada adik beradik lelaki.. :)
Walau apa pun persoalannya, saya bersyukur memiliki ummi dan abbi yang terbaik dalam semua aspek.. :) Kerana apa yang kita tak boleh pilih dalam dunia ni ialah ibu dan ayah.. :)
Dah Sabtu pun hari ni, niat asalnya saya mahu bekerja hari ni untuk gantikan hari Isnin untuk bercuti sempena raya cina tapi apakan daya, En Hubby kena turun site.. Isk isk isk.. Kenalah kami tunggu En. Hubby di rumah.. Naveed dah beberapa kali mengajak kami ke rumah Wan dan Atok, untuk jumpa dengan Baby Zafran.. Tetapi tahu saja lah ada sahaja halangan, dari 2 minggu lepas berjanji mahu ke Keramat, tidak juga sempat-sempat menjenguk si kecil tue.. :)
Tadi bila Naveed bangun tido, dia dah start keluarkan statement "Abang nak gi umah Wan, papa work je.." So cepat-cepat saya call En. Hubby dan beritahu. Lepas tu En. Hubby cakap "Malam ni ye kita pergi rumah Wan.." Saya cakap, "Jangan berjanji, dia dah pandai menuntut janji.." En. Hubby cakap, "Ehhh.. Esok la kita pergi ye.." Naveed punya riaksi, geleng-geleng kepala sambil kata, "Papa..Papa.." Terkekeh-kekeh saya gelak..
Disebabkan pagi ni cuma kami berdua, jadinya mama cuma sempat gorengkan Naveed nuggets dan cheese hotdog saje.. Jadilah kan anak, untuk alas perut pagi..
Saya terasa sangat rindu, rindu pada anak-anak murid saya..Teacher rindu kamu~!! Seriously, anak-anak ini indah, sekali je bertemu sudah cukup buatkan kita sayang, kalau anak orang kita boleh sayang, apatah lagi anak sendiri..
Saya sedih meninggal mereka, tapi saya punya jalan cerita kehidupan saya sendiri, saya yakin mereka akan sangat ok tanpa saya.. Saya juga tahu mereka rindukan saya seperti saya rindukan mereka.. :(
Seriously itu yang saya rasa setelah 2 hari bekerja office hour..X pernah saya rasa penat mcm nie.. Balik je dari sekolah rasanya perkara pertama yang saya nak buat ialah tidur, tapi memandangkan saya masih harus memasak, jadi tilam dan bantal sekadar dipandang sepi.. Isk isk..
Dah sekrang ni, sudah terasa aura mengantok yang amat sangat, saya mahu tidur dan bermimpi indah, esok cuti~!! Nanti kita jmpa di lain entry ye.. :)
Heheh, dah lama agenda untuk mengupdate blog nie terganggu dek kerana kekangan masa..Minggu ni minggu sibuk saya, alhamdulillah saya sekarang dah menjadi Government Officer, cyewahh.. :D
Hari Sabtu lepas sibuk melapor diri di Kementerian di Putrajaya, di Putrajaya je dah ambil masa hampir separuh hari, balik tu saya bergegas ke bufday Adawiyah, my ex student..Hehe..Diam tak diam saya dah ada ramai ex student..
Dan hari ni sehari suntuk saya di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Bayang kan lah kerana takut jam, sedari jam 5.30am dah bertolak dari rumah.. En Hubby sangat dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab dia hari ni, kerana masih awal pagi, kami ambil keputusan untuk angkut Naveed sekali, dan En Hubby sekali lagi menyatakan kesanggupan untuk menjaga Naveed. Saya ingatkan di Jabatan sekadar pergi mengambil surat penempatan, rupa-rupanya sekali dengan taklimat.. Berpeluh juga la nak tunggu taklimat habis, semua nya habis lebih kurang jam 5 petang.
Alhamdulillah saya ditempatkan di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina yang dekat tak jauh dari rumah saya, saya sangat bersyukur.. Kate En. Hubby jangan sampai kufur nikmat syukur.. Tapi saya masih tertanya-tanya, mcm mana nanti nak makan, kantin mereka pastinya cina.. :(
En Hubby punya saranan hari-hari masak breakfast, huh~! Ye la.. :)
Kesian Naveed, itu ayat terbaik yang dapat saya ungkapkan.. Ermm minggu ni belum sempat sekali pun dia menjejakkan kaki ke sekolah.. Kesian~! Isu nya adalah antara En. Hubby rasa Naveed belum cukup ready untuk ke sekolah, kesian betul saya tengok Naveed, apatah lagi dia sering ulangkan ungkapan, nak school..
Ermm.. Ahaa hari pula dia diserang demam, demam yang berjangkir, bermula dari En. Hubby dan kemudian saya dan kemudian Naveed, dan bila sampai giliran Naveed kesian sungguh.. Bila tengok dia tak lalu makan, baring melepek je.. :(
Dan sewaktu entry ini ditulis dia sedang terbaring atas katil dan bukan kebiasaannya dia begitu.. :(
Tak tahu kenapa saya sangat suka lagu Fynn Jamal ni, sangat cheeky, kalau ada lelaki yang sangat romantik macam tu, oh bahagianya~! Hehehe :D Manusia memang tak pernah reti makna cukup kan? Hahaha.. Tak baek betul~!!
Akhirnya penantian saya selama berhari-hari dah pun terjawab, Jumaat lepas kawan saya yang sama-sama pergi temuduga hari tu, msg mengatakan yang dia dah dapat surat panggilan yang menghendaki datang ke Putrajaya, 15hb ni.. Saya sedih sungguh kenapa la saya tak dapat-dapat lagi surat tapi tetap juga menjengah post-box depan rumah.
Mahu saja saya menjerit kerana saya juga dapat~!! Agaknya waktu balik dari kerja memang tak perasan sebab surat tu dimasukkan betul-betul dalam post-box.. Hehehe~!!
Tak sabar rasanya menunggu untuk 15hb tu, dan lagi satu saya dapat pula panggilan Uitm yang tarikh lapor diri nya pada 10hb ni.. Ya ALLAH memang murah rezeki saya tahun baru ni, adik-adik saya suruh saya buat solat istikharah.. :)
Semoga sentiasa ada rezeki untuk saya.. Alhamdulillah Ya Allah.. Syukur~!
Hihi maaf sebab tak sempat nak post citer terbaru semalam..Untuk Q-Dees Prima Saujana, Kajang kami punya hari pertama sesi orientasi adalah hari Rabu, tapi Naveed belum turut serta waktu tu, bila saya kejut dia bangun pagi tu, Naveed jawab pada saya, "Naveed tak pergi school, nak tido rumah Ummi je.." Jadi En. Hubby pun cakap, biarlah dia, dia belum ready nak gi sekolah, saya pun ok aja..
Pagi tadi, waktu saya bangun bersiap untuk ke sekolah, Naveed tetibe je bangun dan cakap, "Abang nak ikut mama pergi school.." Jadinya kelam kabut jugak lah saya menyiapkan dia untuk ke sekolah. Ye la tetibe je dia nak ikut.. Huhuhu.. Tapi dia sangat senang untuk disiapkan ke sekolah..
Dan untuk bekal Naveed saya cuma sempat sediakan sebotol susu.. Ish ish.. Apa lah mama ni, nak gorengkan nugget pun tak sempat, sebab dia bangun tu betul-betul waktu saya dah nak keluar.. :)
Waktu pagi sampai di sekolah, Naveed boleh ikut arahan Teacher Yuni untuk ambil kasut dan bawak naik ke atas, dan susun di shoe rack.. Saya rasa, "Oh satu permulaan yang baik.." Kemudian, kelas 4 tahun mula-mula menunggu di library sementara semua datang.. Dan Naveed pun join mereka duduk kat situ sampai teacher dia datang..
Bila dalam kelas arini aktiviti lebih kepada Art & Craft maklumlah masih dalam sesi orientasi.. Hehe.. Yang saya bangga, Naveed tak cari saya untuk duduk dengan saya, tapi adalah sekali dia masuk ke kelas saya, dan berikan senyum manis dan cakap, bye mama.. :) Dalam hati saya, "Oh..Besar dah anak saya.."
Bila waktu dissmissal, teacher berikan Art & Craft yang telah mereka siapkan.. Naveed keluar kelas dan sangat excited untuk tunjukkan apa yang dia buat.."Abang,mama ade jelly fish.." :)
Dan dia juga dapat pencil dari AIA Insurance.. So far untuk hari orientasi saya rasa sangat ok untuk Naveed.. Tengok la kalau esok dia mahu ke sekolah, kita teruskan.. Tadi balik dari sekolah, kami melepak di taska.. Naveed mahu jumpa Mummy Liza, nak salinkan baju sekolah pun tak mahu, alasan nya,"Abang nak pergi school.."
Ni antar pic yang sempat saya rakamkan.. Tapi sayangnya bateri abes.. Nanti saya uploadkan gambar Naveed dan art & Craft jelly fish nye.. :)
Dalam kereta on the way ke sekolah.. :)
Sampai ke sekolah, masih malu-malu..
Oh, ini pun dalam kereta..
Ni masih di rumah, baru nak keluar..
Di sekolah, kawan pertama yang Naveed jumpa, Danish..
Hehehe.. Berkenaan entry terbaru kali nie tentang Naveed dan sekolah baru, jadinya kami dah sepakat yang kami akan cuba untuk sesi trial. Seb baik la mama nya teacher kat situ, kalau idak jangan harap la nak trial. So saya belikan Naveed sepasang baju uniform.. Size nye cume SS.. Tapi masih sangat besar untuk Naveed.. Isk isk..
Dan saya tanyakan pada dia, Naveed nak pergi school tak? Dia cakap "Kakak g school..". Kakak is refer pada anak Ummi (baby sitter) Naveed.. Hehehe.. En. Hubby cakap, tak awal sangat ke Naveed nie ke sekolah? Kesian pulak tengok dia nak kena bangun pagi-pagi, saya cakap, tak pe, kita tengok dulu minggu ni macam mana..
So tunggu entry akan datang ye.. Oh~! Nanti saya akan uploadkan gambar Naveed berbaju Q-Dees, dah besar anak bujang saye~!
Kan saya ade bercerita tentang menghantar Naveed ke sekolah,
Kata abbi : Anak tu kecil lagi, empat tahun pun kecil nak masukkan ke sekolah apatah lagi umur 3 tahun.. Nanti nak ajar naik van, kesian dia kecik sangat lagi..
Kata ummi : Tahun depan je la sekolah..
Kata En. Hubby : Umur 4 tahun la baru hantar Naveed ke sekolah.
Kata saya : Saya buntu. Memang Naveed masih sangat kecil jika mahu di hantar ke sekolah. Saya seawal usia 3 tahun sudah boleh membaca, seawal usia 4 tahun sudah boleh menghafal ayat-ayat lazim. Dan saya cume bersekolah di rumah. Mempunyai ibu yang sangat garang ketika mengajar menjadikan saya kanak-kanak bijak. Tapi anak saya, puas di pujuk, di suruh atau apa juga cara sekali pun dia tak nak membaca, kalau tidak katanya, harus tidak.. Zaman Naveed menjejakkan kaki ke sekolah nanti pastinya lebey ramai kanak-kanak bijak darinya. Oh saya bukan nak memaksa dia matang lebih dari umur nya tapi dia anak lelaki dan dia harus berdikari. Tunggu dan lihat saja la..
Kemana saja kau bawa aku dalam peluk dakapmu ceria selalu,
Minum makan ku, muntah tangis ku,
Tak melatah dikau tak jemu,
Ibuku, kau penawar dukaku,
Senantiasa riang ku mendengar kau bercerita,
Mungkin kerna itu aku taksub dengan bahasa.
Mak kenapa dinasour tak wujud lagi?
Kenapa bintang di langit tak sebesar mentari?
Engkau ibu ku, kau juga ilmuku,
Pelbagai soalan diaju padamu,
Tidak pernah engkau jemu,
Labah-labah hitam pergi panjat pokok jati,
Bila hujan turun ia lekas bersembunyi,
Ibu kata kalau anak jati tak takut hujan,
Jangan kau sembunyi jika datang rintangan.
Seperti adanya oh dirimu menemanku waktu tidur,
Seperti indah sang rembulan cahya nya menyinar.
Kini ku tlah dewasa tidak lagi bermanja,
Namun kisah silam kita masih segar di minda,
Aku menangis engkau di sisi,
Waktu aku gembira kau tentu rasa bahagia,
Ibu ingat tak, waktu ikut ibu pergi pasar,
Terpaksa naik bas kerna belum ada kereta,
Panas terik dan membakar dan kau payungkan aku,
Engkau bagaikan lilin terbakar, suluh anakmu,
Namun aku tak seperti anak yang lain,
Tak perlukan robot boleh cakap untuk bermain,
Diberi gasing ku pusing dari pagi hingga ke petang,
Kalau dapat pistol aku senyum seorang,
Mungkin sifat itu ku warisi dari dirimu,
Sederhana dalam apa jua benda kau laku,
Tepuk amai-amai sang belalang dan kupu-kupu,
Aku ingin kau tahu, dirimu ratu hidupku.
Seperti adanya oh dirimu menemanku waktu tidur,
Seperti indah sang rembulan cahya nya menyinar.
Ibuku,
Oh ibu,
Engkau lah ratu hatiku,
Bila ku perlukan,
Kau senantiasa bersama.
Ibu oh ibu,
Engkaulah ratu,
Engkaulah ratu hatiku.
Seperti adanya oh dirimu menemanku waktu tidur,
Seperti indah sang rembulan cahya nya menyinar.
Seperti adanya oh dirimu menemanku waktu tidur,
Seperti indah sang rembulan cahya nya menyinar.
Seperti adanya oh dirimu menemanku waktu tidur,
Seperti indah sang rembulan cahya nya menyinar.
Suka sangat lagu ni. Sebenarnya adik yang jumpa lagu ni, tak tahu la dari mana, tapi budak Know No ni suara boleh tahan. Ermm, bila dah besar semua yang kita benci waktu kecil-kecil dulu menjadi benda paling dirindu.. :)
Teringat lagi dulu waktu sekolah, cikgu pernah suruh kami buat satu ayat hanya satu perkataan, entah macam mana keluar ayat ni dari seorang kawan. Satu kelas gelakkan dia, dan sekarang saya rasa ayat ni sebenarnya sangat istimewa. Hanya satu perkataan, yang mempunyai maksud yang sangat mendalam..
Lama blog tak berupdate, oleh sebab kekeringan idea menulis, cerita-cerita sentiasa ade tapi nye oleh disebabkan hilangnya mood hendak menulis dan yang paling penting MR M(MALAS). Jadinya blog nie tak berupdate la..
Dah masuk pun tahun baru 2011. Semoga kedatangan tahun baru ini lebih bermakna untuk semua, lebey mendatangkan kebaikan, kesihatan dan juga kegembiraan. Saya akan rindukan tahun 2010. Rasanya terlalu banyak kenangan manis tahun 2010 yang tak mampu saya catatkan di sini, juga terlalu banyak kenangan pahit yang tak mahu lagi saya kenang.. Huhuhu..