Kata abbi : Anak tu kecil lagi, empat tahun pun kecil nak masukkan ke sekolah apatah lagi umur 3 tahun.. Nanti nak ajar naik van, kesian dia kecik sangat lagi..
Kata ummi : Tahun depan je la sekolah..
Kata En. Hubby : Umur 4 tahun la baru hantar Naveed ke sekolah.
Kata saya : Saya buntu. Memang Naveed masih sangat kecil jika mahu di hantar ke sekolah. Saya seawal usia 3 tahun sudah boleh membaca, seawal usia 4 tahun sudah boleh menghafal ayat-ayat lazim. Dan saya cume bersekolah di rumah. Mempunyai ibu yang sangat garang ketika mengajar menjadikan saya kanak-kanak bijak. Tapi anak saya, puas di pujuk, di suruh atau apa juga cara sekali pun dia tak nak membaca, kalau tidak katanya, harus tidak.. Zaman Naveed menjejakkan kaki ke sekolah nanti pastinya lebey ramai kanak-kanak bijak darinya. Oh saya bukan nak memaksa dia matang lebih dari umur nya tapi dia anak lelaki dan dia harus berdikari. Tunggu dan lihat saja la..
0 comments:
Post a Comment