Monday, January 17, 2011

Saya Sungguh Penat..

Salam..

Heheh, dah lama agenda untuk mengupdate blog nie terganggu dek kerana kekangan masa..Minggu ni minggu sibuk saya, alhamdulillah saya sekarang dah menjadi Government Officer, cyewahh.. :D

Hari Sabtu lepas sibuk melapor diri di Kementerian di Putrajaya, di Putrajaya je dah ambil masa hampir separuh hari, balik tu saya bergegas ke bufday Adawiyah, my ex student..Hehe..Diam tak diam saya dah ada ramai ex student..

Dan hari ni sehari suntuk saya di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Bayang kan lah kerana takut jam, sedari jam 5.30am dah bertolak dari rumah.. En Hubby sangat dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab dia hari ni, kerana masih awal pagi, kami ambil keputusan untuk angkut Naveed sekali, dan En Hubby sekali lagi menyatakan kesanggupan untuk menjaga Naveed. Saya ingatkan di Jabatan sekadar pergi mengambil surat penempatan, rupa-rupanya sekali dengan taklimat.. Berpeluh juga la nak tunggu taklimat habis, semua nya habis lebih kurang jam 5 petang.

Alhamdulillah saya ditempatkan di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina yang dekat tak jauh dari rumah saya, saya sangat bersyukur.. Kate En. Hubby jangan sampai kufur nikmat syukur.. Tapi saya masih tertanya-tanya, mcm mana nanti nak makan, kantin mereka pastinya cina.. :(

En Hubby punya saranan hari-hari masak breakfast, huh~! Ye la.. :)

Jumpa di lain entry..
Share:

0 comments: