Friday, January 7, 2011

Naveed Dan Sekolah..

Salam untuk semua..

Hihi maaf sebab tak sempat nak post citer terbaru semalam..Untuk Q-Dees Prima Saujana, Kajang kami punya hari pertama sesi orientasi adalah hari Rabu, tapi Naveed belum turut serta waktu tu, bila saya kejut dia bangun pagi tu, Naveed jawab pada saya, "Naveed tak pergi school, nak tido rumah Ummi je.." Jadi En. Hubby pun cakap, biarlah dia, dia belum ready nak gi sekolah, saya pun ok aja..

Pagi tadi, waktu saya bangun bersiap untuk ke sekolah, Naveed tetibe je bangun dan cakap, "Abang nak ikut mama pergi school.." Jadinya kelam kabut jugak lah saya menyiapkan dia untuk ke sekolah. Ye la tetibe je dia nak ikut.. Huhuhu.. Tapi dia sangat senang untuk disiapkan ke sekolah..

Dan untuk bekal Naveed saya cuma sempat sediakan sebotol susu.. Ish ish.. Apa lah mama ni, nak gorengkan nugget pun tak sempat, sebab dia bangun tu betul-betul waktu saya dah nak keluar.. :)

Waktu pagi sampai di sekolah, Naveed boleh ikut arahan Teacher Yuni untuk ambil kasut dan bawak naik ke atas, dan susun di shoe rack.. Saya rasa, "Oh satu permulaan yang baik.." Kemudian, kelas 4 tahun mula-mula menunggu di library sementara semua datang.. Dan Naveed pun join mereka duduk kat situ sampai teacher dia datang..

Bila dalam kelas arini aktiviti lebih kepada Art & Craft maklumlah masih dalam sesi orientasi.. Hehe.. Yang saya bangga, Naveed tak cari saya untuk duduk dengan saya, tapi adalah sekali dia masuk ke kelas saya, dan berikan senyum manis dan cakap, bye mama.. :) Dalam hati saya, "Oh..Besar dah anak saya.."

Bila waktu dissmissal, teacher berikan Art & Craft yang telah mereka siapkan.. Naveed keluar kelas dan sangat excited untuk tunjukkan apa yang dia buat.."Abang,mama ade jelly fish.." :)

Dan dia juga dapat pencil dari AIA Insurance.. So far untuk hari orientasi saya rasa sangat ok untuk Naveed.. Tengok la kalau esok dia mahu ke sekolah, kita teruskan.. Tadi balik dari sekolah, kami melepak di taska.. Naveed mahu jumpa Mummy Liza, nak salinkan baju sekolah pun tak mahu, alasan nya,"Abang nak pergi school.."

Ni antar pic yang sempat saya rakamkan.. Tapi sayangnya bateri abes.. Nanti saya uploadkan gambar Naveed dan art & Craft jelly fish nye.. :)


Dalam kereta on the way ke sekolah.. :)

Sampai ke sekolah, masih malu-malu..

Oh, ini pun dalam kereta..

Ni masih di rumah, baru nak keluar..

Di sekolah, kawan pertama yang Naveed jumpa, Danish..

Share:

0 comments: