Saturday, January 22, 2011

Saturday

Salam untuk semua..

Dah Sabtu pun hari ni, niat asalnya saya mahu bekerja hari ni untuk gantikan hari Isnin untuk bercuti sempena raya cina tapi apakan daya, En Hubby kena turun site.. Isk isk isk.. Kenalah kami tunggu En. Hubby di rumah.. Naveed dah beberapa kali mengajak kami ke rumah Wan dan Atok, untuk jumpa dengan Baby Zafran.. Tetapi tahu saja lah ada sahaja halangan, dari 2 minggu lepas berjanji mahu ke Keramat, tidak juga sempat-sempat menjenguk si kecil tue.. :)

Tadi bila Naveed bangun tido, dia dah start keluarkan statement "Abang nak gi umah Wan, papa work je.." So cepat-cepat saya call En. Hubby dan beritahu. Lepas tu En. Hubby cakap "Malam ni ye kita pergi rumah Wan.." Saya cakap, "Jangan berjanji, dia dah pandai menuntut janji.." En. Hubby cakap, "Ehhh.. Esok la kita pergi ye.." Naveed punya riaksi, geleng-geleng kepala sambil kata, "Papa..Papa.." Terkekeh-kekeh saya gelak..

Disebabkan pagi ni cuma kami berdua, jadinya mama cuma sempat gorengkan Naveed nuggets dan cheese hotdog saje.. Jadilah kan anak, untuk alas perut pagi..
Share:

0 comments: