Tuesday, January 25, 2011

Pesanan Untuk Anak Mama Dan Papa..

Untuk anak kesayangan mama..

Suatu hari nanti apabila kamu melihat mama dan papa menjadi tua, lemah, pelupa dan tidak bermaya,
Bersabarlah anakku dan cuba memahami diri kami..

Jika kami makan dan mengotorkan baju dan tidak boleh memakai baju dengan sendirinya,
Bantulah kami dan ingatlah sewaktu kami memberi makan dan memakai pakaian kamu ketika masih bayi yang kecil..

Jika kami bercakap dengan kamu, kami mengulanginya lagi benda yang sama,
Janganlah tidak mempedulikan, Tumpukan perhatian kepada kami..
Ketika kamu kecil kami membaca buku cerita yang sama sehingga kamu tertidur..

Jika kami tidak mahu mandi dan janganlah memalukan dan memarahi kami..
Ingatlah ketika kamu kecil kami menyuruh kamu mandi dan kamu memberi pelbagai alasan?Kami tetap bersabar dengan kerenahmu wahai anakku..

Jika ada benda-benda baru yang kami tidak tahu ajarlah kami dengan lemah lembut,
Ingatlah kami telah banyak mengajar banyak perkara2 baru ketika kamu kecil,
Makan dengan cara yang betul, Memakai baju dengan betul dan bersolat dan mengaji Al Quran..

Jika kami tidak mahu makan janganlah terlalu memaksa kami kami akan makan bila sampai masanya,
Hulurkan tangan sewaktu kami tidak mampu berjalan seperti waktu kamu baru mula belajar berjalan..

Janganlah kamu marah akan keadaan kami,
Kerana satu hari nanti kamu akan faham akan keadaan kami..

Sedekahkan Al-Fatihah sekiranya kami di Alam Barzakh,
Doakan akan kesejahteraan kami setiap kali selesai solat..

Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu makan adalah dari hasil usaha kamu sendiri dan Sesungguhnya kelahiran anak-anak kamu adalah hadir dari usaha kamu sendiri
RIWAYAT AL-BUKHARI

Mama dan papa sayang pada kamu anakku
Share:

0 comments: