Monday, September 12, 2011

Naveed Warded

Salam to all..

Actually cerita tentang Naveed warded ni dah berbulan lepas, malah sebelum puasa lagi, tapi entah lah tak ada mood nak update tentang tu, sekarang bila godek-godek balik gambar dalam pc, baru terasa nak update.. Menjaga anak yang sakit kat hospital memang mencabar, untuk saya yang cuma berkampung di hospital selama 3 hari pun dah terasa 'azab' nya, apatah lagi ibu-ibu yang terpaksa menemani anak berbulan-bulan lamanya ataupun repeatation datang ke hospital dan warded.

Pluss Naveed warded kerana cirit birit + muntah-muntah, so memang sangat susah. Dia seorang kanak-kanak yang aktif, so bila dia kene baring je dalam katil hospital memang la kesian. Dengan drip yang on 24 jam, dan pergerakan yang terbatas, so totally sangat-sangat kesian. Jadi waktu Encik Hubby datang bawa barang, saya suruh bawakan sekali laptop, at least dia boleh main game.
Boleh buat peace pulak!

Second attempt.. :)

Tengok tangan tu, ni baru lepas mandi, so drip cabut sekejap.

Tangan tak boleh gerak.. :(

Favourite game Naveed.

Katil kanak-kanak yang kecil molek

Gamer sebelah tangan

Ni hari pertama, betul-betul lembik!

Tukar yang baru sebab tercabut lepas dia meronta..
Ni yang lama.. Tengok jarum tu..

Cadar yang penuh dengan darah..

Sepanjang masa di sana, bayangkan lah saya tidur dalam katil comel molek tu.. Naveed tak nak tidur dalam tu kalau saya tak tidur sama, minta dengan nurse tukar katil besar pulak, diorang cakap nanti takut anak jatuh katil, jadi penyudahnya selama 2 malam tidur di hospital, saya pulang dengan membawa penyakit baru, iaitu SAKIT PINGGANG..

Apa-apa pun, saya harap agar saya tak lagi melalui waktu-waktu macam ni, menjaga anak sakit di hospital kerana saya lebih rela gantikan tempat dia.. :)

P/S : You means my world, Ahmad Naveed Ali Danial.. :)
Share:

2 comments:

aIEn said...

alololo...cian nye dia..nape dgn tngn dia tu?

Mama Naveed said...

mawar : kene cucuk untuk ambil darah dan masukkan air..