Monday, September 19, 2011

Kami Dah Tak Ada Sefahaman Lagi..


Salam..

Oh, by the way entry kali ni agak berbaur rasa kurang senang.. Heheh :D Bukan apa, ini jawapan biasa yang kita dengar dari semua pasangan yang nak berpisah, atau mungkin lebih tepatnya, malas nak jawab dengan panjang lebar soalan dari semua orang..

Dalam banyak kes penceraian yang saya ambil tahu, saya suka jawapan dari Atilia, "Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu, saya tahu dia masih sayangkan saya, saya juga sayangkan dia.." Iye kerana rahsia perkahwinan kita hanya kita dan pasangan sahaja yang layak tahu..

Entah, hanya DIA yang tahu soal ketentuan JODOH.. Itu urusan DIA, mungkin sudah DIA tetapkan bahawa jodoh mereka tidak panjang, bukan seumur hidup mereka bersama, tapi alasan yang mereka berikan, entah bagi saya sangat tak releven..

Sefahaman adalah sesuatu yang subjektif.. Sukar untuk kita capai kata sepakat, apatah lagi kalau ianya melibatkan dua hati, dua jiwa dan dua fikiran. Pastinya sukar..

Just wanna share here, kalau la terlintas di hati sesiapa yang sudah berkahwin, membaca entry ini, lakukan ini ye.. :

  • First, listkan semua kebaikan dia, yang pernah dia taburkan sepanjang usia perkahwinan kalian.
  • Second, fikirkan akan nasib anak-anak. Harus tinggal bersama siapa selepas ini, emosi dan perasaan mereka.
  • Third, sudah hilang kah terus segala kenangan manis antara kalian?
  • Forth, imbas kembali saat pertama kalian diijab dan kabulkan sebagai suami dan isteri
  • Fifth, semoga penceraian bukanlah jalan terakhir yang harus kita ambil..
Semoga semua yang sudah berkahwin akan terus bersama sehingga ke hembusan nafas yang terakhir..

P/S : Naveed dalam proses pembaikan dari DEMAM.. Nanti akan saya storykan tentang itu..
P/S II : Saya sendiri dalam proses pembaikan 'refresh' diri yang penat pulang dari kampung, juga akan saya storykan tentang itu nanti.. :)


Share:

0 comments: