Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri :)


Salam untuk semua..

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam.. Sesungguhnya Aidil Fitri merupakan hari kemenangan untuk kita semua!

Kenapa baru sekarang? Entah la.. Mungkin kerana sebelum raya agak sibuk dengan kerja-kerja office yang harus di settle kan sebelum bercuti + selepas raya sibuk dengan aktiviti raya nya.. Dan.. Sekarang lah baru ada masa senggang untuk update blog ni..

Oh, cerita tentang raya kali ni, saya langsung tak dapat hatta sekeping kad raya pun! Sadis tak? Huhu.. Entah lah mungkin kerana sekarang dah lagi senang kot. Kat Facebook sendiri dah ada application untuk E-card Raya.. Zaman sekarang ni, kalau tak ucap raya melalui Facebook, pastinya melalui message. Huh! Jangan kata orang yang nak menghantar kad raya la, saya sendiri dah beli 2 keping kad raya yang selalunya menjadi kebiasaan untuk saya titipkan untuk keluarga saya dan keluarga mertua, tapi oleh sebab sibuk dengan macam-macam hal dan tak ada masa untuk ke Pejabat Pos, akhirnya kad raya tu tak berhantar hinggalah ke hari ini!

Rindukan zaman sekolah dulu, siap berlumba-lumba nak tengok siapa paling banyak dapat kad raya.. Waktu tu saya selalu cemburukan sepupu saya yang duduk kat sebelah rumah, almaklumlah dia comel, setiap tahun berpuluh-puluh keping kad raya yang akan dia dapat dari secret admire.. Huhuu..

Zaman Naveed membesar nanti, harap-harap amalan tradisi ini masih lagi ada, sebab saya masih mahu Naveed rasakan seronok nya menulis kad raya, menanti posmen untuk tengok siapa yang balas kad raya kita.. :)

Tahun ni, tahun yang boleh dikatakan agak banyak kami berhabis, dari langsir ke balang kuih, semua nya baru. Dan sebenarnya langsir pun bukanlah tiap-tiap tahun tukar, cuma beli untuk pastikan cantik sikit dari yang sedia ada tu.. :)

Tahun ni juga saya ingatkan nak buat kuih raya, tapi oleh sebab sengkangan masa, akhirnya tunjuk saja lah kuih mana yang berkenan..

Ok, apa-apa pun semoga lebaran kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum nya. Akhir kata, ampun dan maaf saya pinta sekiranya sepanjang saya berblog ini, ada isu-isu yang sensitif telah saya sentuh dan buat sesiapa saja terasa.. :)
Share:

0 comments: