Monday, August 15, 2011

Doaku..

Suatu masa dulu..

Waktu saya harus membuat pilihan terpenting dalam hidup, soal antara masa depan, kerjaya, keluarga dan segala-galanya.. Saya mencari DIA, mengadu kepada DIA.. Sungguh terasa kedamaian itu.. Tapi ada waktunya saya sebagai manusia ni lupa, lupa untuk bersyukur untuk semua yang telah DIA kurniakan..

Tanyalah siapa saja yang punya keputusan SPM yang baik, dapat masuk universiti dengan jurusan yang baik, dan hanya mampu memandang sepi surat panggilan untuk mendaftar diri.. Apakah perasaan nya? Sungguh saya mahu menjerit! Saya mahu semua tahu yang saya sangat sangat sangat sedih..

Cuma saya tahu akan ketidakbolehan itu, saya sedar akan kekurangan ketika itu.. Yang mampu saya buat cuma berdoa dan doa saya waktu itu, "Andai kau sudah tetapkan jodoh yang terbaik bagimu untuk ku.. Biarlah dia sebaik ayahku..

Dan nyata, janji Tuhan itu pasti. Kerana dia adalah yang terbaik untukku.. Sungguh, pertama kali aku melihat kesungguhan seseorang yang mencintai isterinya kerana Tuhan yang Esa.

Dialah orang nya yang bernazar puasa selama 14 hari kerana saya dapat kerja kerajaan. Dialah juga orangnya yang memasak selama 9 bulan sepanjang tempoh saya mengandung. Dialah juga orangnya yang menangis saat saya melahirkan zuriat untuknya. Dialah juga orangnya yang menurut ke Panggung Wayang sedangkan aku tahu betapa dia tak suka menonton di panggung, hanya kerana untuk aku. Dialah orangnya yang setia menunggu setiap kali aku bertemu dan bercerita panjang dengan kenalan yang aku terjumpa. Dialah juga orangnya yang bernazar puasa selama 3 hari ketika saya menghadapi Peperiksaan Perkhidmatan baru-baru ini..

Terima kasih tuhan untuk dia..

Tapi ada kala khilaf dalam menilai, adakala alpa dalam mengenal. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kami..

Ingatkan aku Tuhan, setiap kali aku lupa setiap satu kebaikan yang dia berikan untukku. Ingatkan aku yang dia adalah terbaik untukku walau ramai yang lebih baik dari dirinya.

Semoga kami bersama melayari bahtera rumahtangga ini sehingga salah satu dari kami menemui-Mu ya Tuhan..

Share:

0 comments: