Friday, June 17, 2011

Day 5 : Perkara Yang Anda Paling Benci Terhadap Perempuan / Lelaki

Salam~!

"PERKARA YANG ANDA PALING BENCI TERHADAP PEREMPUAN / LELAKI"

First : HIPOKRIT, Memang saya paling menyampah terhadap manusia seperti ini. Didepan kita berbakul-bakul memuji dan berkata lemah lembut, tapi belakang kita, berlori-lori di makinya. Ibarat ala-ala Zizan dan Nabil buat ni..
Sentap mak nak!!~ :)

~tangan di dada mata ke atas~

Second : BERCAKAP TANPA HENTI, Aduh.. Ni lagi satu hal, tau la awak tu pembaca berita, kot iye pun takkan la tak berhenti bercakap, ye dak? Hehehe.. Bukan nya tak boleh bercakap, semua orang pun bercakap, tapi sila la bercakap tu berpada-pada.. Takkan semua benda nak di cerita, dari mula kau bangun tidur sampai kau tidur balik.. Bosan tau tak??

Third : RIAK, Orang macam ni memang sepatutnya kita bako kan aje.. Ye la semua benda dia punya, semua benda juga dia mampu beli. Orang lain jangan katakan nak beli, nak menyewa pun tak mampu kot.. Kalau iye pun family awak tu kaya sampai tak habis harta 7 keturunan, tak payah la nak dok canang merata, kang ke orang colek awak, tak ke naya? Dahh satu masalah lagi timbul... Iye dak?

KESIMPULANNYA : TAK ADA ORANG YANG SEMPURNA DI DALAM DUNIA INI, SEMUANYA MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN. CUMA BERPADA-PADA LAH, TIDAK SEMUA YANG KITA BUAT ORANG SUKA, DAN TIDAK MUDAH MEMBUATKAN SEMUA ORANG SUKA PADA KITA :)
Share:

0 comments: