Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru..

Salam to all..

Jika hari ni empat tahun sebelum ini, saya pasti sedang membelek-belek hadiah dari semua anak murid saya. Ah! Rindu.. Saya betul-betul rindu suasana ni, bukannya rindu hadiah, tapi saya rindu suasana semua murid berebut-rebut nak bagi hadiah.. Comel betul! :)

Untuk semua ex-students saya, Teacher rindu semua.. Seriously semua~~!!

Untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya, Terima kasih kerana saya memang murid yang degil dan tak dengar cakap, seorang cikgu pernah beritahu saya, kalau seorang guru masuk ke dalam kelas dan mengajar hatta sepatah perkataan "Allah" sahaja, dia sudah menjadi guru kita.. Ya, untuk semua guru-guru saya terima kasih yang tidak terhingga..

Peristiwa yang paling saya tak boleh lupakan ketika tu, saya masih darjah 6, saya dan seorang kawan lelaki bergaduh, kerana dia kehilangan 'Machanical Pencil' yang berjenama 'Pilot' yang cukup terkenal ketika itu, dia pula menuduh saya mengambilnya, saya bergaduh besar dengan dia dan mengatakan saya tidak ambil. Kejadiaan itu di dalam Makmal Sains, dan saya nampak cikgu itu sedang melihat, saya sudah diam tapi kawan saya masih lagi menjerit-jerit katakan saya ambil pensil nya, dan sedang dia sebok membebel itu, cikgu saya membaling sebalang air minuman nya dan kami yang di meja hujung itu, kebasahan!

Ya, terus terang saya tak nampak di mana pertimbangan yang baik cikgu tu buat! Tapi memang kami yang bersalah, kenapa cikgu tu tak ambil enisiatif untuk suruh kami berdiri di atas kerusi sepanjang hari? Malahan hari tu, bukan saja kami kebasahan malahan buku nota semua basah!

Tapi dalam ramai-ramai guru yang mengajar kami, sebenarnya UMMI la guru yang terbaik. Kerana UMMI saya boleh membaca seawal usia 3 tahun, yang mana saya sendiri tidak mampu untuk mengajar Naveed membaca sedangkan dia sudah hampir cecah usia 3 tahun. Kerana UMMI saya boleh menghafal ayat-ayat lazim dengan baik seawal usia 4 tahun, sungguh UMMI adalah guru yang paling GARANG, tapi dia juga GURU yang terawal dalam hidup saya..

Terima kasih GURU-GURU yang pernah hadir dalam hidup saya.. :)
Share:

0 comments: