Tuesday, May 24, 2011

Day 2 : Sejauh Mana Anda Berubah Dalam Masa 2 Tahun Sebelum Ini

Salam!

Day 2, "SEJAUH MANA ANDA BERUBAH DALAM MASA 2 TAHUN SEBELUM INI" Ermm nak diceritakan tentang perubahan, memang terlalu banyak perubahan yang berlaku sama ada yang sangat ketara atau tidak..

FIRST : JADUAL HARIAN YANG SANGAT PADAT, Tak kira lah siapa pun, andai sahaja sudah ada pangkat menjadi seorang IBU, makanya jadual harian akan menjadi sangat padat, sampai kadang-kadang terasa 24 jam sehari tak pernah cukup, apatah lagi untuk ibu yang bekerja seperti saya, untuk suri rumah tangga sekalipun, saya tak cakap tugas anda mudah, kerana Ummi saya seorang suri rumah tangga, malah sepenuh masa, dan saya tahu betapa sibuknya dia untuk memastikan semua nya lengkap untuk keluarga :)

SECOND : SAYA SEORANG KAKITANGAN KERAJAAN, Hahah~! Sejak 2 tahun lalu, saya memang sangat teruja untuk berkhidmat untuk kerajaan, tapi mungkin belum rezeki saya waktu itu. Dan awal tahun ni, memang dah tertulis rezeki saya di sini, sangat gembira! Malahan menunggu untuk disahkan jawatan dan beli rumah atas nama sendiri~! Ahaks.. :)

THIRD : BERAT BADAN YANG BERTAMBAH, Ahaks.. Berkenaan dengan berat badan ni, memang sangat tension, masalah yang di hadapi oleh kebanyakkan orang, sudah tak mahu cakap tentang ini!

FORTH : LEBIH MATANG, Yang ini memang betul dan diakui oleh Encik Hubby, yelah usia pun semakin bertambah, takkan lah kita tak menjadi dewasa dan matang, ye tak? Kalau tak, memang nak kena hempuk la!

KESIMPULANNYA : SEIRING PERTAMBAHAN WAKTU DAN USIA, SEMEMANGNYA KITA AKAN BERUBAH DAN MATANG. INSYAALLAH MENJADI DEWASA, SEMOGA SEMUA PERUBAHAN INI KEARAH KEBAIKAN. :)
Share:

0 comments: