About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Sunday, November 27, 2011

Apa-Apa Pun Yang Kita Buat Yang Penting Kena FOCUS.. :)

Salam!

Huii.. Panjang kemain kan tajuk entry kali ni.. Hehehe.. :D Ini angkara cerita sewaktu berkursus di Cameron Highland la.. :) Sewaktu di sana kami bertiga ditetapkan dalam satu bilik. Saya dah Farah Shazwani memang dah berjanji nak sebilik, dan kemudian ditambah seorang lagi kakak, iaitu Kak Iena.

Bestnya tentang Kak Iena ni, dia ni lebih tua dari kami berdua, tapi dia berjiwa muda bak kata Hafiz Bahari la.. Hehehe.. Satu yang paling menarik, dia suka ulangkan ayat "Apa-apa pun kita buat yang penting kena FOKUS.." Macam semua tahu la kan, bila dalam kursus kita kena ikut jadual yang agak pack, jadi agak terkejar-kejar buat itu dan ini..

Dan yang paling best, Kak Iena ni memang sporting habes! :) Actually ni kali pertama kami betul-betul beramah mesra tapi bila dengan dia, dah macam lama sangat kenal.. Dan terus terang saya sangat sukakan orang macam ni.. :)

To Kak Iena : Looking forward nak tunggu next Kursus di Pulau Pangkor untuk sebilik dengan akak.. :)

Ni saya cilok dari FB Kak Iena..

Dia sangat suka kan gambar ni, sebab gambar ni dia letakkan sebagai Profile Picture ( gambar yang di snap sewaktu dalam ladang strawberry di Cameron Highland )

P/S : Kak Iena, jangan marah eh post entry tentang akak... Hehehe..

Saturday, November 26, 2011

Penatnya!!

Salam... :)

Sorry dah lama tak update blog.. Sorry sangat! Tapi seriously saya betul-betul penat, malah sangat penat! Minggu lepas saya ada kursus di Cameron Highland 3 hari, semalam pula baru balik dari Port Dickson selepas kursus yang juga 3 hari.. 2 minggu lagi di Pangkor pula.. Hohhh! Betul-betul memerlukan ketahanan fizikal dan mental!

Tapi, jangan mengeluh, sebab kerja ini yang ditunggu-tunggu.. Kerja ini yang di apply berkali-kali, dan di akhir sekali dengan bangganya menandatangani "Saya yang menurut perintah" makanya... Harus sabar dan teguh dengan semua ini..

Sebenarnya seronok pergi berkursus ni, cuma selang masa nya terlalu dekat.. Dan kasihan Naveed, tapi bila dilihat dari sudut positifnya, sekarang Naveed dah boleh berdikari! Mungkin sebab bila dengan mama, dia banyak dimanjakan.. Tapi cara didikan papa lebih tegas.. :)

Contohnya, sewaktu balik dari kursus semalam, saya dikejutkan oleh Naveed yang dah tak perlu pakai pampers! Malam semalam pun tidur tanpa pakai pampers dan dia tidak kencing atas katil! Huhuhu.. Padahal cuma 3 hari saja saya pergi..

Encik Suami cakap, mereka bakal kejutkan saya dengan 'pembaharuan' baru pula nanti.. Aduhaii.. Ape la lagi 2 beranak ni buat setiadaan saya di rumah... :)

Thursday, November 17, 2011

Harapan Saya..

Salam..

Hai! Sorry sebab lama tak update.. Busy la.. Tuntutan kerja yang buat kan saya terpaksa membataskan diri dari berblogging..

Lumrah bila menjadi ibu, kita mahukan yang terbaik untuk anak kita.. Oh, saya juga tak terkecuali.. Kadang-kadang saya ingatkan diri saya, jangan sampai memberi tekanan kepada Ahmad Naveed Ali Danial.. Tapi, kita manusia ni tak lari dari mencari kesempurnaan kan?

Hehehe.. Sometimes kita rasa kita tak mintak banyak, cuma a few little things tapi tanpa kita sedari, that little things yang kita kumpul tu dah bertambah-tambah jadi banyak!!!!!

Untuk anak nan sorang ni, terlalu banyak harapan saya. Tapi Encik Suami cakap semua tu impian saya, bukannya impian Naveed..

Antaranya :

- Saya mahukan dia pandai bermain piano. Walaupun tidak sehebat Maxim, tapi saya masih mahu dia pandai bermain piano.

- Saya mahukan dia pandai menari. Hahaha.. Kelakar plak rasa, tapi saya rasa menari tu bukanlah sesuatu yang tidak baik.

P/S : Akhirnya, tak kisah lah apa pun pilihan yang bakal Naveed pilih nanti, saya tetap akan sentiasa ada dan menyokong! :)

Wednesday, November 9, 2011

Pernah Tak..?

Dearie..

Pernah tak korang rasa, idea datang mencurah-curah untuk menulis tapi bila nak start menulis je, korang terpaku lama depan monitor..?

Pernah tak korang rasa semua yang berlaku, sayang je kalau tak bercerita tentang nya tapi bila masa nak update, tiba-tiba some techinical problems happens?

Pernah tak korang tengok balik gambar dalam folder and terasa sayang nya tak update tentang itu, tentang ini..?

Huhhhhh~!!!! Yup. It's happen to me.. Dah tak mo cakap banyak sebab masih dalam mood bercuti raya haji ni.. Hehehe :D

P/S : Till the next entry ye.. :)

Wednesday, November 2, 2011

Naveed Oh Naveed..


Salam..

Nite! Been while since the day i posted the last entry.. Mencari kekuatan balik untuk menulis, juga mencari 'sesuatu' yang dah hilang.. My passion to write! Duh!!

Naveed hari ni dah pun berusia 3 tahun 4 bulan.. Here's the recap untuk semua yang telah terjadi yang buatkan jantung saya hampir berhenti berdegup..

  • Masa less than 3 bulan, kene bawak pergi Wad Kecemasan sebab suspect ade asma dan dia susah nak bernafas, but rupa-rupanya false alarm je..
  • Masa age 3 bulan, dia jatuh katil tapi selamba je tak nangis, macam tak ada pape jadi, tidur dengan sungguh lena sekali!
  • Umur lebih kurang 7 atau 8 bulan, saya jatuh tangga waktu tengah dukung dia, sebenarnya i missed the steps.. 2 anak tangga dan juga terkejutkan ada orang yang memakai telekung berlari ( yang saya sangka hantu ) waktu kami tinggal di rumah lama ( apartment ).
  • Umur 1 tahun lebih, dia main dengan pengorek telinga dan cederakan telinga sendiri, berdarah dan saya terpaksa refer kepada doktor pakar ENT ( Ears,Nose,Throat ) and bernasib baik sebab tak kena gegendang telinga, cuma luaran telinga yang nipis sahaja..
  • Masa umur 2 tahun, almost 3 tahun, di masukkan ke wad sebab food poisoning..
  • Masa umur 3 tahun, dia sumbatkan tisu ke dalam lubang hidung dia, dengan alasan nak lap hingus dan terpaksa saya kejarkan ke wad kecemasan waktu pukul 12 tengahmalam.
  • Dan terbaru, balik dari taska dengan bahagian dalam mata yang berdarah sebab kawan cucuk atau dia sendiri yang tercucuk mata sebab main dengan pensel.
Saya cakap pada Encik Suami, nak tunggu Naveed ni besar saya rasa saya mati dulu sebab terkejut dengan macam-macam hal yang dia buat.. Encik Suami cuma tersenyum dan cakap, " Jangan mati dulu, tunggu lah dia besar, awak tak nak tengok ke kelakuan dia bila besar nanti.." Oh..Encik Suami!!!