Saturday, February 5, 2011

Adakah Saya Berkahwin Dengan Lelaki Yang Betul?

Salam untuk semua..

Agak sibuk sikit sepanjang cuti ni, ada 2 3 entry yang masih dalam draft, yang tak sempat nak diupload kerana banyak sangat gambar yang harus di attach.. Huhuhu.. Saya memang sangat sebok..

Ahaa berkenaan entry terbaru ni, saya ada terbaca dalam blog siapa ntah baru-baru ni, jadinya saya terpanggil untuk kembali menulis tentang entry yang sama..

Adakah saya berkahwin dengan lelaki yang betul? Jujurnya saya sendiri pernah bertanya pada diri sendiri soalan yang sama, tapi makin lama dalam alam perkahwinan, kita akan yakin bahawa dialah yang tercipta untuk kita..

Ya, setiap orang ada kekurangan dan kelemahan, tapi sedar atau tidak, suami isteri adalah pasangan, dan kenapa dikatakan pasangan adalah kerana kedua-duanya saling melengkapi. Itu yang saya rasa, itu yang saya percaya, kerana kekurangan saya merupakan kelebihan En. Hubby dan kekurangan dia merupakan kelebihan saya.. Ermm.. Dan saya percaya kami adalah pasangan yang comel. Hahah. Makna kata lain bukanlah 'comel' sangat tapi pasangan yang sepadan.

Pasangan mana yang tak pernah bergaduh? Tapi sekarang bila bergaduh, anak merupakan sumber kekuatan kami, dan kerana anak kami masih saling berpaut, dan sebab yang utama kerana saya masih sangat sayangkan dia sebagai suami, dan begitu juga dia. Saya perlukan dia untuk menjalani hidup saya di masa akan datang, dan harapnya dia juga begitu.. :)

P/S : En. Ahmad Ikmal, saya sayang awak.. Awak tau kan? :)
Share:

0 comments: