Sorry a bit busy.. :) Semalam saya pergi appoinment untuk medical check-up pukul 2 petang, lebih kurang pukul 3.45 dah siap, sebab cuma berjumpa doktor je. Tak ada la lama pun, dah alang-alang keluar saya pun pergi la klinik gigi untuk cuci gigi. Ermm bila jumpa doktor gigi tu saya dah agak dah mesti doktor tu akan cakap tentang Geraham Bungsu saya. Dan sangkaan saya amat tepat bila doktor tu bertanya tentang Geraham Bungsu saya..
Doktor : Saya cuci gigi awak dulu lepas tu kita ambil X-Ray dan saya bagi appointment baru untuk bedah ye..
Saya : Alamak doktor, saya takut la.. Kalau cuci je boleh tak? Tak payah la appoinment nak bedah..
Doktor : Ikut suka awak la..
Saya : Lain kali ye doktor, saya belum ready ni.. Heheh..
Doktor : Ok je..
Huh~! Selamat!! Saya dengar perkataan bedah pun dah cukup takut, lagi plak melibatkan gigi. Heheh.. Memang saya sedar yang Geraham Bungsu saya tumbuh separuh dan senget dan bila memberus gigi pun sangat susah untuk gosok area tu.. Dan sangat sakit bila makan daging ke..
Saya katakan pada En. Hubby tentang cerita tadi, En. Hubby cuma senyum je, saya pun tak tahu apa makna senyuman tu.. Hahahaha :))
Eh, ketika entry ni di publish, dah masuk Evening pun.. Heheh.. Hari pertama bekerja semula selepas hampir 6 hari saya bercuti dan bergumbira.. Haha.. Seronok sangat dapat balik kampung, jumpa adik-adik, jumpa parents and also family yang lain.. Kegembiraan berganda tanpa perlu makan Double Prosperity Burger McD.. Betul tak?
Masih sempat untuk saya mengucap GONG XI FA CAI kepada semua kaum yang menyambut Chinese New Year.. Semoga tahun arnab ni menambah 'ong' yang sedia ada.. Heheh.. Also special thanks to teachers kat SJK (C) YU HUA yang berikan saya limau mandarin berkotak-kotak yang sudah saya sedekahkan kepada jiran-jiran tetangga dan saudara mara terdekat. Dan hari ni saya dapat angpaw.. Seronok betul. :)
Ermm.. Hari ni masih lagi dalam mood Monday Blues.. Masih dalam mood cuti.. Masih mahu bangun lambat.. Malas-malasan ni katil.. Wahh.. Seronok sunggoh~!!
Saya masih malas untuk update entry yang terbaru kami bercuti ke Lost World of Tambun dan Cameron Highland dan juga cuti-cuti balik ke kampung..
Agak sibuk sikit sepanjang cuti ni, ada 2 3 entry yang masih dalam draft, yang tak sempat nak diupload kerana banyak sangat gambar yang harus di attach.. Huhuhu.. Saya memang sangat sebok..
Ahaa berkenaan entry terbaru ni, saya ada terbaca dalam blog siapa ntah baru-baru ni, jadinya saya terpanggil untuk kembali menulis tentang entry yang sama..
Adakah saya berkahwin dengan lelaki yang betul? Jujurnya saya sendiri pernah bertanya pada diri sendiri soalan yang sama, tapi makin lama dalam alam perkahwinan, kita akan yakin bahawa dialah yang tercipta untuk kita..
Ya, setiap orang ada kekurangan dan kelemahan, tapi sedar atau tidak, suami isteri adalah pasangan, dan kenapa dikatakan pasangan adalah kerana kedua-duanya saling melengkapi. Itu yang saya rasa, itu yang saya percaya, kerana kekurangan saya merupakan kelebihan En. Hubby dan kekurangan dia merupakan kelebihan saya.. Ermm.. Dan saya percaya kami adalah pasangan yang comel. Hahah. Makna kata lain bukanlah 'comel' sangat tapi pasangan yang sepadan.
Pasangan mana yang tak pernah bergaduh? Tapi sekarang bila bergaduh, anak merupakan sumber kekuatan kami, dan kerana anak kami masih saling berpaut, dan sebab yang utama kerana saya masih sangat sayangkan dia sebagai suami, dan begitu juga dia. Saya perlukan dia untuk menjalani hidup saya di masa akan datang, dan harapnya dia juga begitu.. :)
P/S : En. Ahmad Ikmal, saya sayang awak.. Awak tau kan? :)