Wednesday, August 10, 2011

Bonus Lagi?

Salam..

Ahaaa.. Update kali tentang bonus lagi.. Tapi kali ni kerajaan negeri selangor pulak yang bagi.. Mula-mula RM500 dan sekarang dah upgrade kepada setengah bulan gaji jugak eh? Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Rezeki untuk anak :)
Share:

Tuesday, August 9, 2011

My Favorite Smurf

Salam n hai!!

Tetiba terpandang contest yang Nuffnang buat pulak pasal si comel + cute + blue = The Smurfs ni.. Lepas je tengok trailer untuk cite ni rasa macam sangat best pulak. Ye la tambahan pula saya ada kecik ye dak? Cita-cita macam ni of course la memang sesuai bawak anak pergi tengok..

Ok berbalik pasal cita ni... Here's the poster :)

The Smurfs
The Smurfs in 3D

Here's the caracters :

Papa Smurfs

Gutsy

Grouchy

Smurfette

Clumsy

Brainy

Ok kalau tanya yang mana satu favourite saya kan, mestilah CLUMSY. Reason kenape? Sebab wataknya memang sangat comel. Ye la kata clumsy kan, apa aja yang dia buat mesti buatkan semua tergelak-gelak. Seriously watak Clumsy tu buatkan saya tak sabar-sabar nak tengok cita ni.

Dapat tak diorang ni balik ke kampung asal diorang daripada bandar New York yang sangat busy tu? Rasanya boleh kot.. Saya pun tak tahu sangat jalan di New York tu sebab memang tak pernah jejak kan kaki kat situ pun tapi kan ada diorang ni...

Lelaki ni saya kenal dari Sitkom "How I Met Your Mother"

This girl pulak saya kenal waktu tengok cite "Heroes dan Glee"

Macam-macam cabaran yang akan diorang hadapi untuk balik semula ke kampung kan.. Tapi jangan risau.. Korang mesti jumpa punya jalan balik... HOME SWEET HOME!! :)
Share:

Personality Test


Salam.. :)

Seronoknya hari ni. Kes bonus lagi kah? Hahaha.. Entah tapi hari ni hari yang indah sebab saya tersenyum je sepanjang hari.. Sedang berblog-walking waktu rehat ni, tetiba terjumpa la satu Personality Test. Dan to me ianya adalah totally true.. :)

Here's the question and my answer..

1. Imagine that you are walking along a path. What do you see around you?
  • Forest, so much forest that you can hardly see the sky.
  • A yellow corn field against a brilliant blue sky.
  • Softly sloping green hills, with a view of mountains in the distance.
My answer is Softly sloping green hills, with a view of mountains in the distance.

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

2. What do you see near your feet?
  • A mirror
  • A ring
  • A bottle
My answer is A bottle.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.


3. Will you pick it up?
  • Yes
  • No
My answer is No

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

4. You walk along and find water. In what form is the water?
  • A lake
  • A waterfall
  • A river
My answer is A lake

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

5. You see a key in the water and you pick it up. What does it look like?
  • An ordinary house key
  • A beautiful antique key
  • A small silver locker key
My answer is A beautiful antique key

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

6. Next you stumble across a house. What type of house is it?
  • A spacious Hollywood mansion
  • A hut with a garden full of flowers
  • A beautiful old stone castle
My answer is A hut with a garden full of flowers

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

7. What do you do next?
  • Look into the window
  • Walk right on inside and explore
  • Walk away. You're not that interested.
My answer is Look into the window

How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

8. Suddenly, something jumps out at you. What is it?
  • A bear
  • A wizard
  • A spider
My answer is A wizard

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

9. Because you are so scared you run until you see a wall blocking the path in front of you. There is a door, but it's locked, so you look through the key hole. What do you see?
  • A beautiful house with a vast garden.
  • A pond in the middle of a desert.
  • A beach with waves crashing onto the sand.
My answer is A pond in the middle of a desert.

Who is your true self:
You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

Hehehe.. :D Ok kalau ada sesiapa yang nak amek survey ni sila la KLIK

Happy Day!!
Share:

Monday, August 8, 2011

Friday, August 5, 2011

Sengal Kah?

Salam!!

Saya pasti dah ramai kan yang dapat email macam ni kan??? Mula-mula dapat email ni hujung tahun lepas. Saya beriya-iya tanya encek suami, dia buka maybank2.u gunakan saya punya email ke? Dia jawap, kan abang ada email nak buat apa guna email awak..

Lepas tu makin lama makin banyak pulak email macam ni, then baru notice ni rupanya spam dan penipu. Dok suh orang update account bagai, padahal nya saya sendiri tak ada account maybank.. Nampak benor penipunye!! >:P

Klik untuk tumbesaran

Ok lah kepada yang suka sangat menipu nie kan, cuba lah fikirkan kalau korang pulak yang kena tipu, macam mana rasanya? Aduuhhhh.. Ok! Bye!
Share:

Tuesday, August 2, 2011

Celcom Broadband Yang Sangat Hampeh!!!!!!!!


Salam u olls..

Actually ni citer yang dah hampir 2 bulan, tapi still nak cerita sebab masih berbekas rasa tidak puas hati dalam hati ni, hehe.. Ok, ceritanya macam ni..

Masa mula-mula register untuk Celcom Broadband, macam-macam janji kot kita dengar, laju lah, power la, terbaik la.. Bila dah guna terasa kehampehan dia.. Mula-mula ambil pakej yang RM40+ tu tapi boleh kalau nak upgrade within seminggu kan, so di sebabkan terlalu slow Encik Hubby mencadangkan agar beralih kepada pakej yang RM60+ tu, tapi rupanya sangat mendukacitakan! Tak kira la mana-mana pakej sekali pun, service nya tetap LEMBAP. Seriously, kami juga secara totalnya selama sebulan je, lepas tu Encik Hubby pun dah tension dan buat dunno je dengan broadband ni..

Episode seterusnya dengan broadband ni pulak, bila kami dah tak bayar bil broadband untuk sebulan dan ianya di sekat untuk bulan kedua, barulah saya dan Encik Suami perasan yang walaupun kita tak GUNA tapi kita still kena bayar charge yang sama macam yang kita guna!! What the heck???? Ok habis setakat itu, saya pun cakap dengan Encik Hubby, call customer service untuk buat pembatalan perkhidmatan diorang. TERMINATE TERUS. Buat apa nak guna kalau nak online pun buffering kemain lembap? Kalau nak tengok youtube ke, jangan nak harap lah! Buang masa je lah depan PC tercanggok lama-lama..

Saya yang call customer service tapi oleh sebab pembatalan haruslah dibuat oleh owner iaitu Encik Hubby, makanya saya sendiri menjadi saksi yang Encik Hubby menjawab iya pada pertanya, "Konfem ye encik nak terminate??" Sebab saya suruh dia gunakan loud-speaker.. Dan budak customer service tu jawab, "Ok encik, nanti tunggu bil terkini dan settle kan tunggakan pembayaran ye.. " Dan Encik Hubby pun cakap "OK".. Beberapa hari selepas itu pembayaran pun di buat dan Encik Hubby daftar untuk menggunakan P1 pada hari yang sama kami call Celcom untuk terminate kan broadband itu.

Saya mati-mati ingat bila semua pembayaran dan settle dan kami dah tak gunakan lagi celcom broadband tu dah tak ada apa-apa lagi, berbulan lepas tu, kami dapat surat dari peguam yang dilantik oleh Celcom atas charge TUNGGAKAN SEBANYAK RM300+ bil broadband. WHATTTTT THEEEE.....????????!!!!!!

Saya dah start nak mengamuk, tapi Encik Hubby masih cool lagi, saya call cutomer service malam tu lebih kurang pukul 3 pagi sebab waktu tu kami baru sampai rumah dari outstation dan surat tu pun kami baru baca. Dan budak yang menjawab call tu, beriya-iya cakap, sehari lepas call untuk terminate, kami suruh buat penyambungan semula. Waktu tu saya dah menengking dah sebab sangat tak logik untuk saya suruh buat penyambungan semula sebab kami dah pun daftar untuk P1 waktu tu. Lepas tu dia cakap, berikan kami masa 2 hari bekerja sebab dia nak teliti semula. Lepas 2 hari? Jangan harap la ada call.. Saya yang terpaksa call balik dan kali ni yang jawab call adalah LELAKI. Dan budak ni pun ulang benda yang sama. Waktu tu saya dah tertanya sendiri, betul ke nie? Ke silap sendiri ni? DANNNNN.. Barulah saya ingat setiap perbualan kita akan dirakamkan ye dak? Jadi saya cakap pada budak tu, boleh tak mainkan semula rakaman suara tu? Saya nak dengar.. Tahu apa yang dia jawab? Rakaman adalah rahsia dan untuk simpanan kami sahaja.. Apa kejadahnya nak rahsia? Kan tu suara saya? Ke takut apa yang kita cakap ni betul??? Malas nak bertekak dengan budak yang macam baru kerja je lagaknya, saya cakap, " Tolong ulang dengar semua rakaman yang saya dan suami buat berhubung Celcom Broadband ni dan saya tunggu awak call within 24 jam" dan dia cuma jawab OK..

Tak sempat 24 jam pun dia call balik, minta maaf kerana salah di pihak mereka mengatakan yang memang kami dah buat pembatalan service..

Moral of the story : Jangan lah nak perlekehkan orang, kalaulah orang yang kena tu jenis malas nak fikir panjang, malas nak gaduh-gaduh, sure-sure bayar je la.. Ye dak?

P/S 1 : Minggu lepas adik buat pembatalan Celcom Broadband juga dan dia cakap ada outstanding balanced sedangkan budak tu tiap-tiap bulan bayar. Saya cakap tak pe tunggu dulu bil dan yang paling best bila customer service tu cakap, "Ada tak sesiapa yang nak gunakan broadband ni? Sebab kami akan bagi diskaun 50% untuk bulan berikutnya.." Sudahhhhhh lahhhhh....

P/S II : P1 pun 2 x 5 je.. Waktu mula-mula nak dapat customer dulu kemain nya laju, sekarang dah lembap sikit tapi takde la slowwwwwww macam CELCOM tu!!!!!
Share:

Monday, August 1, 2011

30 Days Of Challenge.. Lagi??


Salam..

Ahaks.. Challenge lagi???? Itu lah sempena Ramadan al-Mubarak nie, saya nak ajak semua lah untuk join Challenge nie.. Iaitu memasak untuk keluarga untuk juadah berbuka puasa.. Amacam? Sebenarnya nak challenge diri sendiri, yelah macam yang tahu sejak Naveed di warded sebab food poisoning, agak fobia nak makan kat luar.. Walaupun penat, dan tak terdaya, gagahkan juga diri ke dapur lepas balik keje..

Meh la join.. :)
Share: