Showing posts with label 30 Days Of Challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 Days Of Challenge. Show all posts

Monday, August 1, 2011

30 Days Of Challenge.. Lagi??


Salam..

Ahaks.. Challenge lagi???? Itu lah sempena Ramadan al-Mubarak nie, saya nak ajak semua lah untuk join Challenge nie.. Iaitu memasak untuk keluarga untuk juadah berbuka puasa.. Amacam? Sebenarnya nak challenge diri sendiri, yelah macam yang tahu sejak Naveed di warded sebab food poisoning, agak fobia nak makan kat luar.. Walaupun penat, dan tak terdaya, gagahkan juga diri ke dapur lepas balik keje..

Meh la join.. :)
Share:

Saturday, June 18, 2011

Day 6 - Orang Yang Anda Suka Dan Kenapa Anda Suka Dekat Dia

Salam~!

"Orang Yang Anda Suka Dan Kenapa Anda Suka Dekat Dia"

Hahaha.. Suka sangat dengan entry kali ni.. Orang yang anda suka ye..

First : Cool, Masa tu darjah 6 kau.. Hoh!!! Kecik-kecik kau dah pandai nak suka menyuka kat orang.. Kemain.. Tapi entah la time tu saya sendiri tak tahu kenapa saya suka kat budak tu, dia Form 1 masa tu, mungkin sebab dia COOL.. Tapi bila ingat balik sekarang, terfikir lagi, cool kah dia? Ahaks..


Mak dia cakap dia sangat cool.. :)

Second : PENYAYANG, Siapa yang tak suka dengan orang penyayang, ye dak? Apa kau gila kalau nak tolak orang yang penyayang sebegini dengan sate 20 cucuk? Hahahah! Apakah yang saya mengarut nie.. Ok-ok back to original story, saya pernah kenal dengan seorang 'abang' yang sangat penyayang.. Tak kira apa pun yang dia buat, dia tetap nampak KANCHAK.. :)

P/S : Untuk sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup saya dan saya katakan sayang dan cinta, saya maknakan setiap apa yang saya cakap pada waktu itu.. :)

P/S II : Saya sayang awak..

KESIMPULANNYA : ADA RASA ENTRY NI MACAM MEREPEK TAK? HAHAHAHA..
Share:

Friday, June 17, 2011

Day 5 : Perkara Yang Anda Paling Benci Terhadap Perempuan / Lelaki

Salam~!

"PERKARA YANG ANDA PALING BENCI TERHADAP PEREMPUAN / LELAKI"

First : HIPOKRIT, Memang saya paling menyampah terhadap manusia seperti ini. Didepan kita berbakul-bakul memuji dan berkata lemah lembut, tapi belakang kita, berlori-lori di makinya. Ibarat ala-ala Zizan dan Nabil buat ni..
Sentap mak nak!!~ :)

~tangan di dada mata ke atas~

Second : BERCAKAP TANPA HENTI, Aduh.. Ni lagi satu hal, tau la awak tu pembaca berita, kot iye pun takkan la tak berhenti bercakap, ye dak? Hehehe.. Bukan nya tak boleh bercakap, semua orang pun bercakap, tapi sila la bercakap tu berpada-pada.. Takkan semua benda nak di cerita, dari mula kau bangun tidur sampai kau tidur balik.. Bosan tau tak??

Third : RIAK, Orang macam ni memang sepatutnya kita bako kan aje.. Ye la semua benda dia punya, semua benda juga dia mampu beli. Orang lain jangan katakan nak beli, nak menyewa pun tak mampu kot.. Kalau iye pun family awak tu kaya sampai tak habis harta 7 keturunan, tak payah la nak dok canang merata, kang ke orang colek awak, tak ke naya? Dahh satu masalah lagi timbul... Iye dak?

KESIMPULANNYA : TAK ADA ORANG YANG SEMPURNA DI DALAM DUNIA INI, SEMUANYA MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN. CUMA BERPADA-PADA LAH, TIDAK SEMUA YANG KITA BUAT ORANG SUKA, DAN TIDAK MUDAH MEMBUATKAN SEMUA ORANG SUKA PADA KITA :)
Share:

Monday, June 6, 2011

Day 4 : Sebelum Tidur Anda Buat Apa

Salam~!

Lamanya tak update tentang 30 Days Of Challenge nie.. Heheh.. Tu la sesibuk nak buat gak challenge mellenge bagai, sekali hambikkk tak berupdate. Abes tu canne? Hehehe

Ok.. Ok "Sebelum Tidur Anda Buat Apa"

FIRST : BERBLOG-WALKING, Ini wajib, sebelum tidur haruskan on kan lappy dan berblog-walking sesuka hati. Blog yang selalu saya singgah ialah blog Cik Epal dan Red Mummy.. Tapi as always, saya ni silent reader aje.. :)

SECOND : BACA CERITA UNTUK NAVEED, Ini kebiasaannya mengikut keadaan Naveed, kalau hari tu mood dia ok dan dia nak mendengar cerita, makanya dia akan suka kita bercerita, kalau tidak, lupakan saja, sebab dia akan menutup telinga dan menyanyi Lalala...

THIRD : BERSALAM-SALAMAN DAN BERMAAF-MAAFAN, Aicehhh macam hari raya pulak, tapi memang itulah yang betul nya. Harus setiap hari kami bertiga beriya bersalaman dan bermaafan. Sampai Naveed pun dah tau sebelum tidur dia wajib bersalam. :)

FORTH : BACA DOA TIDUR, Ini wajib lah. Sapa yang tak baca doa tidur sebelum tidur? Sila angkat kaki?! Ala, baca doa tidur tak sampai 3 saat pun kalau yang baca dengan laju la. So jangan lah malas ye untuk baca doa tidur.

FIFTH : GOYANGKAN KAKI, Ini saya sendiri pun pelik, bila start je mata nak lali untuk tidur kaki pun akan tergoyang sama, masa mula-mula kahwin dulu En. Hubby gelakkan sebab katanya kelakar.. Hehehe.. Tapi sekarang Naveed pula nak tiru.. Adeh!

SIXTH : ON KAN AIR-COND, Sekarang ni musim panas, kena la pasang air-cond tapi bila mana saya dah tertidur dengan lena, pastinya En. Hubby akan tutupkan air-cond dan pasang kipas lalu selimutkan saya. Aduii.. Dia tak tahan tidur dalam air-cond tapi di tunggu sampai wife nya lena dulu baru tutup air-cond.. Heheh.. Bagus.. :)

KESIMPULANNYA : BUATLAH APA SAJA, TAPI TUJUANNYA TETAP SAMA KERANA KITA NAK TIDUR DENGAN LENA DAN SELESA. :)
Share:

Monday, May 30, 2011

Day 3 : Jenis Manusia Yang Menarik Perhatian Anda

Salam~!

Day 3, "JENIS MANUSIA YANG MENARIK PERHATIAN ANDA"

FIRST : INDEPENDENT PERSON, Sejak dari dulu saya sangat suka bila seseorang tu, berdikari sendiri. Mungkin kerana saya sendiri telah terbiasa, saya sendiri seorang yang sangat berdikari sedari kecil, lalu saya juga sangat suka orang yang seperti saya.. Ahaks~!

SECOND : YANG MENGENANG BUDI, Tak kira la berapa besar mahupun sekecil mane budi yang oleh lain taburkan untuk kita, at least walaupun tidak mampu membalas, kita boleh buat dengan jaga hati mereka, ermm.. Janji apa yang mereka taburkan untuk kita, tidak mereka rasakan hanyalah sia-sia..

THIRD : SENTIASA BUATKAN ORANG SENANG BERADA DEKAT DENGANNYA, Saya pernah ada seorang kawan, yang tak kira apa pun yang dia buat, dia sentiasa menyenangkan hati orang yang berada dekat dengan dia, malahan tak kira siapapun. Sentiasa menjaga hati, saya sayangkan dia tapi ternyata jodoh bukan milik kami, kerana dia bersama orang lain, saya juga bersama orang lain.. Heheh.. Tapi hakikatnya dia seorang kawan yang sangat senang untuk berada dekat.

KESIMPULANNYA : SAYA SENANG BERKAWAN TETAPI TIDAK SUSAH UNTUK PERCAYAKAN SESEORANG, ASALKAN ORANG ITU BAIK SEBAGAI SEORANG SAHABAT, DIA BAKAL MENJADI SAHABAT SAYA DUNIA DAN AKHIRAT


Share:

Tuesday, May 24, 2011

Day 2 : Sejauh Mana Anda Berubah Dalam Masa 2 Tahun Sebelum Ini

Salam!

Day 2, "SEJAUH MANA ANDA BERUBAH DALAM MASA 2 TAHUN SEBELUM INI" Ermm nak diceritakan tentang perubahan, memang terlalu banyak perubahan yang berlaku sama ada yang sangat ketara atau tidak..

FIRST : JADUAL HARIAN YANG SANGAT PADAT, Tak kira lah siapa pun, andai sahaja sudah ada pangkat menjadi seorang IBU, makanya jadual harian akan menjadi sangat padat, sampai kadang-kadang terasa 24 jam sehari tak pernah cukup, apatah lagi untuk ibu yang bekerja seperti saya, untuk suri rumah tangga sekalipun, saya tak cakap tugas anda mudah, kerana Ummi saya seorang suri rumah tangga, malah sepenuh masa, dan saya tahu betapa sibuknya dia untuk memastikan semua nya lengkap untuk keluarga :)

SECOND : SAYA SEORANG KAKITANGAN KERAJAAN, Hahah~! Sejak 2 tahun lalu, saya memang sangat teruja untuk berkhidmat untuk kerajaan, tapi mungkin belum rezeki saya waktu itu. Dan awal tahun ni, memang dah tertulis rezeki saya di sini, sangat gembira! Malahan menunggu untuk disahkan jawatan dan beli rumah atas nama sendiri~! Ahaks.. :)

THIRD : BERAT BADAN YANG BERTAMBAH, Ahaks.. Berkenaan dengan berat badan ni, memang sangat tension, masalah yang di hadapi oleh kebanyakkan orang, sudah tak mahu cakap tentang ini!

FORTH : LEBIH MATANG, Yang ini memang betul dan diakui oleh Encik Hubby, yelah usia pun semakin bertambah, takkan lah kita tak menjadi dewasa dan matang, ye tak? Kalau tak, memang nak kena hempuk la!

KESIMPULANNYA : SEIRING PERTAMBAHAN WAKTU DAN USIA, SEMEMANGNYA KITA AKAN BERUBAH DAN MATANG. INSYAALLAH MENJADI DEWASA, SEMOGA SEMUA PERUBAHAN INI KEARAH KEBAIKAN. :)
Share:

Monday, May 23, 2011

Day 1 : Benda Yang Anda Buat Masa Anda Sorang-Sorang

Salam~!

First entry mengenai 30 Days Of Challenge ni.. "Benda Yang Anda Buat Masa Anda Sorang-Sorang" Hehehe..

First : DENGAR LAGU DAN MENYANYI, Ohoo.. Berkaitan dengan dengar lagu ni, tak pernah nya saya penat, tak kira lah ada orang ke tak ada orang ke, tapi bila sorang-sorang lagilah menjadi-jadi, sambil menyanyi-nyayi sekuat hati.. Sungguh seronok! Sampaikan Naveed sekarang asalkan saja dengar lagu, dia akan menari dengan hati yang sangat gembira.. :) Nenek cakap, "Baik ajar mengaji lebih baik.. "

Second : MENULIS, Saya sangat suka menulis tak kira sama ada menulis blog ataupun menulis di kertas, tapi masalahnya, bila datang kemalasan itu, makanya berhari-hari lah blog ni tak berupdate.. :)

Third : A DAY FOR MYSELF, sangat suka hari di mana saya boleh memanjakan diri sesuka hati, sangat seronok, macam-macam planning untuk dibuat tapi kadang-kadang penat juga merancang pastinya ada tambahan lain kalau tidak dari Naveed pastinya dari En. Hubby.. Ahaks.

Forth : BERANGAN, ini memang sangat suka, lagi satu saya sangat suka berangan bila tiba waktu nak tidur, sampaikan bila tidur boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi. Dan bila bangun saya macam iya-iya je berlaku.. Hahaha..

Fifth : MENARI, dan partner saya untuk menari ialah Naveed! En. Hubby kadang-kadang siap menjoinkan diri, jadinya kami menari bertiga.. Hahahah~! Sangat seronok!! :)

KESIMPULANNYA : SEJAK 'NAIK PANGKAT' MENJADI IBU, SAYA JARANG MEMPUNYAI MASA UNTUK DIRI SENDIRI, BUKANNYA DISEBABKAN SAYA SANGAT SEBOK SEHINGGA TIADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI, TAPI SAYA RASA SAYA LEBIH SUKA INVOLVE KAN NAVEED DAN EN. HUBBY DALAM SEMUA AKTIVITI YANG SAYA LAKUKAN. LOVE YOU TWO SO MUCH~! :)
Share: