Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Syhhh...

Salam! :)

Hehehe :D Lame sungguhkan blog ni tergendala? Oh sebenarnya kat rumah internet dah tak ada, alkisahnya hari tu adalah promoter Unifi dok sebok canangkan yang Unifi dah ada kat area umah kitorang, jadi memang dari tahun lepas lagi tunggu kan, so Encek Sayang memang la nak pasang unifi dan kitorang pun terminate lah internet broadband yang sedia ada. Katanya paling lewat pun seminggu..

Tapi lepas 2 bulan masih senyap tanpa berita, bila call customer service Unifi baru la tahu yang area umah kitorang ni selected je yang dah ada coverage. Dan yang paling bestnya jalan depan umah, ngan belakang umah dah ada, umah yang tengah-tengah ni masih belum bercoverage, makanya kat rumah memang dah tak ada la internet. Tapi sebenarnya bukan lah tak ada terus, sebab BB saya masih ada, malah HTC Encek Sayang juga ada kalau setakat nak berblogging tu, tapi mak buyung ni rasa tak cukup feel la kalau guna handphone, nak jugak guna laptop, barulah feelnya mari.. Hahahaha.. Alasan! Masa internet ada kat rumah pun bukan dok update blog hari-hari.. :)

Makanya draft semakin bertimbun-timbun, sebab seriously terlalu banyak benda nak diceritakan dan semua dah ada didalam draft tapi malasnya untuk upload gambar, nak tambah itu dan ini, maka bersusun lah dalam draft tu, tapi kena jugak post sebelum bersalin nanti, kalau tak, tak ada pulak cerita adik nanti :)

Sampai jumpa lagi :)



Share:

Wednesday, November 9, 2011

Pernah Tak..?

Dearie..

Pernah tak korang rasa, idea datang mencurah-curah untuk menulis tapi bila nak start menulis je, korang terpaku lama depan monitor..?

Pernah tak korang rasa semua yang berlaku, sayang je kalau tak bercerita tentang nya tapi bila masa nak update, tiba-tiba some techinical problems happens?

Pernah tak korang tengok balik gambar dalam folder and terasa sayang nya tak update tentang itu, tentang ini..?

Huhhhhh~!!!! Yup. It's happen to me.. Dah tak mo cakap banyak sebab masih dalam mood bercuti raya haji ni.. Hehehe :D

P/S : Till the next entry ye.. :)
Share:

Monday, September 19, 2011

Kami Dah Tak Ada Sefahaman Lagi..


Salam..

Oh, by the way entry kali ni agak berbaur rasa kurang senang.. Heheh :D Bukan apa, ini jawapan biasa yang kita dengar dari semua pasangan yang nak berpisah, atau mungkin lebih tepatnya, malas nak jawab dengan panjang lebar soalan dari semua orang..

Dalam banyak kes penceraian yang saya ambil tahu, saya suka jawapan dari Atilia, "Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu, saya tahu dia masih sayangkan saya, saya juga sayangkan dia.." Iye kerana rahsia perkahwinan kita hanya kita dan pasangan sahaja yang layak tahu..

Entah, hanya DIA yang tahu soal ketentuan JODOH.. Itu urusan DIA, mungkin sudah DIA tetapkan bahawa jodoh mereka tidak panjang, bukan seumur hidup mereka bersama, tapi alasan yang mereka berikan, entah bagi saya sangat tak releven..

Sefahaman adalah sesuatu yang subjektif.. Sukar untuk kita capai kata sepakat, apatah lagi kalau ianya melibatkan dua hati, dua jiwa dan dua fikiran. Pastinya sukar..

Just wanna share here, kalau la terlintas di hati sesiapa yang sudah berkahwin, membaca entry ini, lakukan ini ye.. :

  • First, listkan semua kebaikan dia, yang pernah dia taburkan sepanjang usia perkahwinan kalian.
  • Second, fikirkan akan nasib anak-anak. Harus tinggal bersama siapa selepas ini, emosi dan perasaan mereka.
  • Third, sudah hilang kah terus segala kenangan manis antara kalian?
  • Forth, imbas kembali saat pertama kalian diijab dan kabulkan sebagai suami dan isteri
  • Fifth, semoga penceraian bukanlah jalan terakhir yang harus kita ambil..
Semoga semua yang sudah berkahwin akan terus bersama sehingga ke hembusan nafas yang terakhir..

P/S : Naveed dalam proses pembaikan dari DEMAM.. Nanti akan saya storykan tentang itu..
P/S II : Saya sendiri dalam proses pembaikan 'refresh' diri yang penat pulang dari kampung, juga akan saya storykan tentang itu nanti.. :)


Share:

Wednesday, September 14, 2011

Google Gravity, Dah Cuba??

Salam and hai!!!!!!

Kemain eksaited nye.. Heheh.. Tak ade la.. Saje je menceriakan diri di kala tengahari yang macam nampak nak hujan ni.. Tunggu masa je nie..

Oh by the way, lupa pulak.. Dah pernah tak cube GOOGLE GRAVITY? Ahaa.. Kalau belum cuba, boleh la try.. Ni untuk di kala kebosanan melanda, memang best.. Cool je..

Cara-caranya? Alaa.. Funcion still sama macam Google biasa jugak, cuma ianya LEBIH COOL....

Ok Mula-mula bukak website ni.. KLIK SINI... Dah??? Ok Bila mana je cursor jalan, dengan serta merta semua tulisan jatuh berderai.. Hehehe.. Cool kan? Then, jangan tak tahu, kamu boleh search apa saja walaupun dah macam tu keadaannya.. Contoh seperti di bawah ini :

Mula-mula bukak URL ni dulu.. Macam google biasa je kan?? Tak ada ape-ape kan??

Bila je dah berjalan mouse, terus semua jatuh ke bumi.. :)

See, tersembam ke bumi terus kan?? Kan??

Walaupun dah macam ni, still boleh search macam-macam tau!! :)

Dan, ianya boleh berfungsi macam Google biasa tau... Oh ye, Klik untuk tumbesar gambar yang sehat ye.. :)
Share:

Sunday, September 11, 2011

Thursday, August 25, 2011

Suami : Ketika Isterimu Menangis, Genggamlah Erat Tangannya

Jika isteri menangis dihadapanmu...

“Hargailah dia sblm terlewat...”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


Source : Facebook tak tahu originaliti dari siapa.. Huhu
Share:

Monday, August 8, 2011

Monday, June 13, 2011

Pelacur?

pelacur.jpeg (171×199)
Sumber dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.


“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

Dari mata saya : Kenapa seorang isteri di samakan dengan pelacur? Entah la.. Dah hilang agaknya perumpamaan lain yang lebih indah.. Perkahwinan yang berlandaskan seks semata-mata, sangat hebat kah? Sebuah perkahwinan lebih memerlukan toleransi antara suami isteri, kasih sayang antara keluarga.. :)
Share:

It's Monday!!

Agak 'over' ni.. Hehehe :)

It's Monday! :)


Salam~!

Dah masuk hari Isnin pun.. Minggu lepas Khamis dan Jumaat saya ambil cuti, seronoknya bercuti di rumah di tambah pula dengan seluruh keluarga datang ke rumah untuk menyambut bufday Encek Ahmad Naveed itu.. Meriah, terima kasih semua yang hadir :)

Bila dah masuk je Isnin, mengantuk nya.. Nak menguap-nguap rasa.. -_-" Ok malam nanti saya update tentang majlis bufday Naveed yee..

Share:

Friday, May 27, 2011

Ketagih Facebook? Kini Ada Ubatnya..


Salam~!

Heheh.. Kepada Facebook Addict di luar sana, jangan risau sekarang sudah ada penawar untuk masalah anda.. Heheh :D Tak tahu la ubat ini betul ke tidak, tapi saya terjumpa di google.. :)

Kalau betul, mungkin la ramai yang bakal membelinya, kalau tidak, sekadar untuk hiburan semata-mata je la..
Share:

Dalam Diam, Saya Sedang Membunuh Kamu!

Salam~!

Ha? Siapa yang sedang membunuh di dalam diam ni? Alamak~! Heheh... Ok.. Ini adalah untuk perokok-perokok di luar sana, termasuk kamu En. Hubby!! Iyeee.. Kamu..!! Sedar tak dalam diam, "SI DIA" ini sedang membunuh anda?

Ermmm.. Saya pun tak tahu, memang banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk mengurangkan perokok di negara kita, tapi kenapa semuanya tidak berkesan?

Bagi saya, yang sebenarnya terpulang pada individu tu sendiri, kalau dia nak berubah, makanya dia akan mengambil inisiatif untuk berubah, kalau tak, kirim salam je la.. Ye tak? :)
Share:

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru..

Salam to all..

Jika hari ni empat tahun sebelum ini, saya pasti sedang membelek-belek hadiah dari semua anak murid saya. Ah! Rindu.. Saya betul-betul rindu suasana ni, bukannya rindu hadiah, tapi saya rindu suasana semua murid berebut-rebut nak bagi hadiah.. Comel betul! :)

Untuk semua ex-students saya, Teacher rindu semua.. Seriously semua~~!!

Untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya, Terima kasih kerana saya memang murid yang degil dan tak dengar cakap, seorang cikgu pernah beritahu saya, kalau seorang guru masuk ke dalam kelas dan mengajar hatta sepatah perkataan "Allah" sahaja, dia sudah menjadi guru kita.. Ya, untuk semua guru-guru saya terima kasih yang tidak terhingga..

Peristiwa yang paling saya tak boleh lupakan ketika tu, saya masih darjah 6, saya dan seorang kawan lelaki bergaduh, kerana dia kehilangan 'Machanical Pencil' yang berjenama 'Pilot' yang cukup terkenal ketika itu, dia pula menuduh saya mengambilnya, saya bergaduh besar dengan dia dan mengatakan saya tidak ambil. Kejadiaan itu di dalam Makmal Sains, dan saya nampak cikgu itu sedang melihat, saya sudah diam tapi kawan saya masih lagi menjerit-jerit katakan saya ambil pensil nya, dan sedang dia sebok membebel itu, cikgu saya membaling sebalang air minuman nya dan kami yang di meja hujung itu, kebasahan!

Ya, terus terang saya tak nampak di mana pertimbangan yang baik cikgu tu buat! Tapi memang kami yang bersalah, kenapa cikgu tu tak ambil enisiatif untuk suruh kami berdiri di atas kerusi sepanjang hari? Malahan hari tu, bukan saja kami kebasahan malahan buku nota semua basah!

Tapi dalam ramai-ramai guru yang mengajar kami, sebenarnya UMMI la guru yang terbaik. Kerana UMMI saya boleh membaca seawal usia 3 tahun, yang mana saya sendiri tidak mampu untuk mengajar Naveed membaca sedangkan dia sudah hampir cecah usia 3 tahun. Kerana UMMI saya boleh menghafal ayat-ayat lazim dengan baik seawal usia 4 tahun, sungguh UMMI adalah guru yang paling GARANG, tapi dia juga GURU yang terawal dalam hidup saya..

Terima kasih GURU-GURU yang pernah hadir dalam hidup saya.. :)
Share:

Sunday, May 15, 2011

Rumah Berwajah Baru..?

Salam to all..

Kepada sesiapa yang sering menjenguk 'rumah' blog ni, pasti tertanya-tanya kenapa kah 'rumah' ini sudah bertukar kepada asal, Back To Basic.. Heheh.. Ahaa.. Ada cerita sebenarnya tentang in, minggu ni adalah minggu sibuk kami sekeluarga, En. Hubby sudah datang aura untuk mengecat rumah, beli perabot baru yang belum ada, tukar lampu dan kipas rumah, so minggu ni kami avoid tetamu. Rumah in progress.. Hehehe..

Kenapa? Ermm.. Insya ALLAH kalau diberikan rezeki dan dipermudahkan oleh DIA, rumah yang kami diami ini akan menjadi milik kami, jadinya tu lah semangat mengemas rumah datang berkobar-kobar.. Heheh.. Dan kalau ada rezeki lebih boleh la buat bacaan doa sekali sempena masuk rumah dan pluss Naveed punya birthday.. :)

Moga dipermudahkan segala urusan, :) Jadi conclusion nya, disebabkan rumah kami dalam progress, makanya 'rumah' blog ini juga akan dinaik taraf.. Heheheh, sabar ye..

Thanks..
Share:

Tuesday, May 10, 2011

Rasa Rendah Diri?

Salam!

Hello Dearie.. Sedang saya asyik berblogwalking dan beryoutubing.. Hahah Rosak bahasa! Saya jumpa video ni, sebenarnya saya memang dah pernah tengok sesi audition ni. Cuma mungkin waktu itu belum berusaha menjadi blogger tegar~!

Siapakah makcik yang saya jumpa ni?

Susan Boyle

Ok sini cerita tentang makcik ni.. Bila pertama kali dia melangkah masuk untuk ujibakat Britains Got Talent 2009, saya dah iye-iye je agak memandang rendah pada makcik ini.. Dengan perwatakan dan juga rambutnya yang ala-ala makcik-makcik.. Heheh.. Saya cakap pada En. Hubby ketika tu, mesti tak dapat punya la..

Dan boleh dikatakan rata-rata penonton dan juri pun memandang makcik ini agaks dengan pandangan kureng.. Tapi once dia buka mulut untuk menyanyi, OMG suara dia sungguh sedap.. Macam ala-ala dengar Opera.. Sangat sedap! Penyudahnya saya mengalirkan air mata sehingga air persembahan makcik ini.. Isk isk isk...

Moral yang saya dapat, 'Don't Judge A Book By It's Cover'- memang betul, luaran mungkin nampak selekeh tapi suara dia merupakan anugerah yang tak ternilai untuk dia.. Juga pesanan kepada yang rasa rendah diri, Bila kita menjadi 'bukan pilihan' itulah masa terbaik untuk kita bersinar.. Dan Susah Boyle dah buktikan bahawa tak kisah apa tanggapan orang pada dia, dia berjaya buatkan air mata saya mengalir dengar dia menyanyi lagu I Dream The Dream.. :)

Sila nak dengar boleh CLICK SINI
Share:

Monday, April 25, 2011

Fairytales

Salam.

Seronok nya tengok couple bahagia ni. Perkahwinan Kerabat Di-Raja.. Hidup perempuan ni, betul-betul macam dalam 'fairytales'.. Kahwin dengan Putera Raja.. Agak-agak ada tak kuda putih nanti waktu wedding?? Best!!

Tak sabar nak tengok siaran langsung perkahwinan diorang.. :)
Share:

Friday, April 22, 2011

Ada Sesiapa Yang Berselera?

Salam~!

Lama tak update blog iye.. Busy lar.. :P Hari ni sedang saya mencari-cari Kek untuk ditempah sempena ulang tahun itu En. Kecik dan En. Hubby pluss me n our anniversary :) Tetiba terperasan gambar Kek seperti yang di bawah :

Sila jangan muntah ye. Sebab saya pun dah ala-ala kembang tekak plaks.. :<











Share:

Monday, April 18, 2011

Tateh Playgroup

Salam!

Sedang asyik ber'blog-walking' tadi, terjumpa la satu site nie. Wahh nampak macam seronok sangat! To be honest, ni bukan kali pertama jumpa blog ni. Dah lama dulu jumpa, waktu Naveed masih dalam belly. Heheh. Siyesly lupe okeh!

Saya sangat teruja untuk joinkan Naveed ke Playgroup ni tapi agak-agak En. Hubby nak ke idak eh? Sebab dia payah sket la.. :P Nak jalan jauh-jauh nie.. Travel dari rumah ke Shah Alam tak ada la jauh sangat, tapi tahu je la kan, kalau dah weekend tu, payah nya nak ajak dia bangkit dari katil! Adess..

Please..Please..Bawa la kami ke sane :)

Share:

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak

Salam!

Erm.. Baru minggu ni berpeluang untuk menonton Maharaja Lawak, minggu lepas terlupa langsung! En. Hubby kena uruskan site, makanya awok idak la menonton telebisen. Heheh :D ( Sila cakap ala-ala Ucop Walcha )..

Saya suka dengan marketing strategy yang astro laksanakan. Tapi hakikatnya, membebankan pengguna. Nak menonton tu dah la kena bayar, yang minat beriya-iya nak mengundi pun kena bayar juga~! Adess.. Di tambah pula sekarang astro dah ada government tax..

Sedar tak sedar kebanyakan penonton Raja Lawak ni terdiri dari semua golongan dan yang paling ramai adalah suri rumah dan makcik-makcik.. Yang layan cerita Indon yang beratus-ratus episod, yang semua cerita bersiri ikut lah..

Untuk kita yang muda mudi belia mungkin tak terasa nak melanggan, iya dak? Ada youtube nya, silap-silap ada direct link untuk download lagi.. Tapi makcik-makcik yang kat rumah especially ummi dan abbi yang memang peminat dari Raja Lawak lagi, macam mana? Kasihan! Ummi ambil package yang paling murah sebab kan kebanyakan dari jiran-jiran pasang astro dan siaran TV di area rumah cam hampeh langsung tak nampak apa-apa..

Dah kesian kat diorang, habis je Maharaja Lawak tadi, call saya suh minta tolong call kan astro untuk melanggan astro warna. Huh~! Saya nak kata suka pun idak, benci pun idak.. Tapi rasanya pihak astro memang patut fikirkan tentang pelanggan.

Komen yang selalu saya dengar dan alami sendiri, bila mana hujan waima setitik dua pun, siaran astro terang-terang dah tergendala. Kalau tertunggak tak berbayar sambungan semula di charge RM20. Rancangan yang disiarkan rasanya sudah naik hafal bukan setakat jalan ceritanya, malahan dialog nya juga!!

Kepada pihak astro sila lah ambil tindakan untuk menangani masalah ini, sejak TM melancarkan produk terbaru UNIFI, kami berminat untuk pasang, apatah En. Hubby yang handle kan site TM yang install UNIFI.. Heheh :D Cuma nya di area tempat tinggal kami, belum bermula sepenuhnya.. Hopefully apa yang digembar-gemburkan oleh TM dan pihak UNIFI adalah betul...

Just wait and see ya.. :)
Share:

Friday, April 8, 2011

Miskin Ke Lelaki Itu..?

Salam~!!

Sekadar luahan, untuk ingatan terutamanya untuk SAYA.

Miskin ke lelaki itu,
Bila mana setelah bertahun-tahun berkahwin tidak pernah sekali pun disarungkan intan permata pada isterinya?

Miskin ke lelaki itu,
Bila dia tak berupaya menyediakan rumah dan kereta mewah untuk kelengkapan seisi rumahnya?

Miskin ke lelaki itu,
Bila dia hanya mampu menyediakan pakaian murah dan tempat tinggal biasa untuk keluarganya?

Miskin ke lelaki itu,
Jika dia hanya mampu mengajar anaknya di rumah dan tidak mampu menghantar anaknya ke kelas tuisyen yang bagus?

Kenapa tidak di katakan 'miskin' pada lelaki yang..

Tidak menjaga pakaian isterinya yang tidak cukup kain?
Tidak menegur isterinya yang bercakap meninggikan suara padanya..

P/S : Sayang, moga kamu tidak menjadi SI MISKIN ini..
Share:

Bila Rindu Itu Datang..

Salam!

Dearie.. Pernah tak tetibe je korang rasa rindu, tak kira lah pada sesiapa pun, dan yang aneh nya kadang-kadang rindu tu datang bertandang pada orang yang tak sepatutnya.. Scary? Hahaha.. Just meluahkan perasaan untuk seorang kawan. Saya pun dah tak tahu nak nasihatkan dia macam mana lagi, saya cuma bercakap sebagai seorang kawan, dia sudah berpunya dan si dia yang dia rindui itu pun sudah berpunya..

Jadi, ayat terakhir saya katakan pada dia, "Tepuk dada, tanyalah iman.." :)
Share: