Showing posts with label Complain. Show all posts
Showing posts with label Complain. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Memang Dasar Pengotor!!

Salam..

Ok sebelum meneruskan pembacaan, sila maklum bahawa entri ini bakal mengundang rasa tidak senang. Masih nak baca? Tanggung lah sendiri ye..

Ceritanya macam ni.. Dekat dengan rumah adalah satu kedai makan yang saya kenal baik dengan ownernya. Jadi untuk menjaga hati, kami selalu lah jugak makan kat situ ( actually tapau je bawak balik ). Then terjadilah satu hari masa tu Encik Hubby order Nasi Goreng Kampung, saya pula Mee Sup dan Naveed nasib baik malam tu nak makan McD. Tengah syokk kami makan, saya tengok ada something dalam mee sup tu. Rupanya2 ada langau hijau yang dah jadi perencah untuk mee sup tu!!

Ha engko!! Termuntah dalam mangkuk tu jugak.. Encik Hubby waktu tu dah habis makan pun turut menjoin jugak muntah ( sebab dia tak boleh dengar, tengok orang muntah, mesti dia muntah jugak ).. Naveed pandang dengan muka tak bersalah sambil kunyah kentang McD.

Okeh saya cakap pada Encik Hubby saya akan banned kedai ni. MUKTAMAD!

Tapi nak dijadikan cerita, semalam saya ni gatal la pulak nak pergi tapau makanan berbuka kat kedai yang sama tu, padahal dah hampir 6 bulan kot tak makan kat kedai tu. Saya order la Sup Daging dengan Ayam Masak Merah.

Dah la masa siap tu, betul-betul dah nak berbuka. Balik rumah dengan terkocoh-kocoh nya buka makanan masuk dalam pinggan. Nahhhhhhhhhh... Ada lagi langau hijau dalam lauk.. Ya ALLAH geram nya tak terkata. Encik Hubby cakap, kenapa beli lagi kat situ? ( Sebab waktu beli tu dengan Naveed je ). Dengan pinggan dan mangkuk sup tu jugak, saya bawak masuk kereta dan bawak pergi kedai tu balik.

Saya cakap dengan owner tu, suami kepada orang yang saya kenal tu, dia cuma cakap pada pekerja dia, untuk tukarkan makanan tu je. Geram tak? Saya cakap, " Tak payah tukar, pulang balik duit je". Dan dia bagi duit. Saya sangat geram kerana dia langsung tak ucapkan MAAF. Langsung tak pandang saya, macam saya pula yang bersalah. Sebenarnya saya rasa dia malu sebab saya bawa masuk dengan pinggan dari rumah ke kedai dia!

Padahal sebelum saya order tu saya dah bagitahu kat budak yang ambil order tu, "Aritu ada langau dik dalam lauk akak, tapi akak dah bagitahu pada owner aritu.." Dia angguk je. Dan jadi benda yang sama balik! Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

Jadinya, eloklah kalau saya laporkan pada orang kesihatan untuk check kan.. Biar dia rasa sikit.. Geram!

Kali pertama, saya rasa bolehlah maafkan lagi. Tapi bila kali ke-2 terjadi juga benda yang sama, saya cukup geram dan marah!

P/S : 30 Days Challenge tu masih berlangsung ye sebab Encik Hubby memasak untuk berbuka dan saya cuma tambah je lauk-lauk. Tapi Naveed tak dibenarkan makan makanan dari luar.. Heheheh :D
Share:

Friday, August 5, 2011

Sengal Kah?

Salam!!

Saya pasti dah ramai kan yang dapat email macam ni kan??? Mula-mula dapat email ni hujung tahun lepas. Saya beriya-iya tanya encek suami, dia buka maybank2.u gunakan saya punya email ke? Dia jawap, kan abang ada email nak buat apa guna email awak..

Lepas tu makin lama makin banyak pulak email macam ni, then baru notice ni rupanya spam dan penipu. Dok suh orang update account bagai, padahal nya saya sendiri tak ada account maybank.. Nampak benor penipunye!! >:P

Klik untuk tumbesaran

Ok lah kepada yang suka sangat menipu nie kan, cuba lah fikirkan kalau korang pulak yang kena tipu, macam mana rasanya? Aduuhhhh.. Ok! Bye!
Share:

Tuesday, August 2, 2011

Celcom Broadband Yang Sangat Hampeh!!!!!!!!


Salam u olls..

Actually ni citer yang dah hampir 2 bulan, tapi still nak cerita sebab masih berbekas rasa tidak puas hati dalam hati ni, hehe.. Ok, ceritanya macam ni..

Masa mula-mula register untuk Celcom Broadband, macam-macam janji kot kita dengar, laju lah, power la, terbaik la.. Bila dah guna terasa kehampehan dia.. Mula-mula ambil pakej yang RM40+ tu tapi boleh kalau nak upgrade within seminggu kan, so di sebabkan terlalu slow Encik Hubby mencadangkan agar beralih kepada pakej yang RM60+ tu, tapi rupanya sangat mendukacitakan! Tak kira la mana-mana pakej sekali pun, service nya tetap LEMBAP. Seriously, kami juga secara totalnya selama sebulan je, lepas tu Encik Hubby pun dah tension dan buat dunno je dengan broadband ni..

Episode seterusnya dengan broadband ni pulak, bila kami dah tak bayar bil broadband untuk sebulan dan ianya di sekat untuk bulan kedua, barulah saya dan Encik Suami perasan yang walaupun kita tak GUNA tapi kita still kena bayar charge yang sama macam yang kita guna!! What the heck???? Ok habis setakat itu, saya pun cakap dengan Encik Hubby, call customer service untuk buat pembatalan perkhidmatan diorang. TERMINATE TERUS. Buat apa nak guna kalau nak online pun buffering kemain lembap? Kalau nak tengok youtube ke, jangan nak harap lah! Buang masa je lah depan PC tercanggok lama-lama..

Saya yang call customer service tapi oleh sebab pembatalan haruslah dibuat oleh owner iaitu Encik Hubby, makanya saya sendiri menjadi saksi yang Encik Hubby menjawab iya pada pertanya, "Konfem ye encik nak terminate??" Sebab saya suruh dia gunakan loud-speaker.. Dan budak customer service tu jawab, "Ok encik, nanti tunggu bil terkini dan settle kan tunggakan pembayaran ye.. " Dan Encik Hubby pun cakap "OK".. Beberapa hari selepas itu pembayaran pun di buat dan Encik Hubby daftar untuk menggunakan P1 pada hari yang sama kami call Celcom untuk terminate kan broadband itu.

Saya mati-mati ingat bila semua pembayaran dan settle dan kami dah tak gunakan lagi celcom broadband tu dah tak ada apa-apa lagi, berbulan lepas tu, kami dapat surat dari peguam yang dilantik oleh Celcom atas charge TUNGGAKAN SEBANYAK RM300+ bil broadband. WHATTTTT THEEEE.....????????!!!!!!

Saya dah start nak mengamuk, tapi Encik Hubby masih cool lagi, saya call cutomer service malam tu lebih kurang pukul 3 pagi sebab waktu tu kami baru sampai rumah dari outstation dan surat tu pun kami baru baca. Dan budak yang menjawab call tu, beriya-iya cakap, sehari lepas call untuk terminate, kami suruh buat penyambungan semula. Waktu tu saya dah menengking dah sebab sangat tak logik untuk saya suruh buat penyambungan semula sebab kami dah pun daftar untuk P1 waktu tu. Lepas tu dia cakap, berikan kami masa 2 hari bekerja sebab dia nak teliti semula. Lepas 2 hari? Jangan harap la ada call.. Saya yang terpaksa call balik dan kali ni yang jawab call adalah LELAKI. Dan budak ni pun ulang benda yang sama. Waktu tu saya dah tertanya sendiri, betul ke nie? Ke silap sendiri ni? DANNNNN.. Barulah saya ingat setiap perbualan kita akan dirakamkan ye dak? Jadi saya cakap pada budak tu, boleh tak mainkan semula rakaman suara tu? Saya nak dengar.. Tahu apa yang dia jawab? Rakaman adalah rahsia dan untuk simpanan kami sahaja.. Apa kejadahnya nak rahsia? Kan tu suara saya? Ke takut apa yang kita cakap ni betul??? Malas nak bertekak dengan budak yang macam baru kerja je lagaknya, saya cakap, " Tolong ulang dengar semua rakaman yang saya dan suami buat berhubung Celcom Broadband ni dan saya tunggu awak call within 24 jam" dan dia cuma jawab OK..

Tak sempat 24 jam pun dia call balik, minta maaf kerana salah di pihak mereka mengatakan yang memang kami dah buat pembatalan service..

Moral of the story : Jangan lah nak perlekehkan orang, kalaulah orang yang kena tu jenis malas nak fikir panjang, malas nak gaduh-gaduh, sure-sure bayar je la.. Ye dak?

P/S 1 : Minggu lepas adik buat pembatalan Celcom Broadband juga dan dia cakap ada outstanding balanced sedangkan budak tu tiap-tiap bulan bayar. Saya cakap tak pe tunggu dulu bil dan yang paling best bila customer service tu cakap, "Ada tak sesiapa yang nak gunakan broadband ni? Sebab kami akan bagi diskaun 50% untuk bulan berikutnya.." Sudahhhhhh lahhhhh....

P/S II : P1 pun 2 x 5 je.. Waktu mula-mula nak dapat customer dulu kemain nya laju, sekarang dah lembap sikit tapi takde la slowwwwwww macam CELCOM tu!!!!!
Share: