Sunday, August 28, 2011

Like Father Like Son

Salam..

Sejak Naveed lahir lagi, semua orang akan cakap, muka dia 100% copycat dari Encik Hubby. Saya tengok pun sama, lagi-lagi bila mak mertua tunjukkan gambar Encik Hubby waktu baby.. Ada juga la yang cakap macam muka saya tapi lebih ramai yang cakap dia ikut muka papa nya..

Here's the photo, so what say you?

Hug and kiss

Pengaruh otromen ke?

What's up?

Starring at each other.

Like Father Like Son..

P/S : Even perangai pun lebih kurang sama :)
Share:

Counting

Salam..

Waktu entry ni ditulis, saya bukanlah baru bangun untuk bersahur tapi belum lagi memejamkan mata untuk tidur, tadi kemas rumah + wacum + mop di kala subuh hari.. Senang buat kerja bila semua dah tidur.. Heheh..

Ahaa berkenaan dengan tajuk entri kali ni, insyaALLAH di pertengahan Oktober, saya akan dapat satu KEPUTUSAN yang dinanti-nantikan. Keputusan apa? Biarlah waktu yg menentukannya ye..

Semoga Allah memberikan 'Naveed' - berita gembira, kepada saya.. :)
Share:

Friday, August 26, 2011

Kami Sama Tapi Tak Serupa.. :)

Salam!

Malam ni tiba-tiba terasa mood nak meng'update' blog datang, jadi saya godek-godek gambar-gambar lama dalam lappy ni. Dan terjumpa lah satu folder gambar yang kami ambil di kampung waktu kenduri kahwin mak cik sepupu saya tak lama dulu..

Dalam banyak-banyak gambar, suka tengok gambar ni.. Yang dengan Naveed ni adalah Abdul Hakim, sepupu saya yang merangkap "Pakcik Sepupu" kepada Ahmad Naveed Ali Danial ni.. Tapi Naveed masih tak faham dengan konsep 'keluarga dan pangkat' tu.. Hakim lebih kepada kawan bermain dan menangis sewaktu di kampung, sebab cuma mereka sebaya dan lelaki.. :)

Baju mesti kena sama.. :)

Entah apa la yang seronok sangat Naveed tu.. :)

Amboiii..

Bibir siapa paling seksi? Awww...

Chak!!

:)

Naveed dah start posing..

I just like the picture..

Peace!!

Tak sabar rasanya nak balik berhari raya di kampung tapi kena la ikut giliran kan sebab tahun ni giliran Encik Suami pula. Jadi saya akan beraya di tengah bandaraya Kuala Lumpur tahun ni, di Ampang.. Huhuu.. Raya ke-2 baru bertolak balik ke kampung.. :)
Share:

Thursday, August 25, 2011

Suami : Ketika Isterimu Menangis, Genggamlah Erat Tangannya

Jika isteri menangis dihadapanmu...

“Hargailah dia sblm terlewat...”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


Source : Facebook tak tahu originaliti dari siapa.. Huhu
Share:

Wednesday, August 24, 2011

Sunday, August 21, 2011

Mak Tak Boleh Masuk Ye, Ini Prosedur..

Salam!

Heheh.. Dah berhari kan blog ni tak berupdate. Tu la sekarang sibuk dengan persiapan raya.. Ermm.. Oh ye, tajuk entri kali ni.. Kalau sesiapa yang selalu berurusan dengan hospital pluss dengan anak kecil pastinya akan selalu dengar ayat ni..

Saya masih ingat kali pertama saya dengar ayat ni di sebuah hospital kerajaan di kampung sewaktu Naveed dalam pantang, dan harus ambil darah untuk tahu kedudukan jaundis.. Jauh di lubuk hati saya tertanya-tanya, kenapa sampai tak boleh tengok ye? Jadi saya ambil kesempatan tengok juga, biasalah kan emak degil.. Heheh.. Ya Allah, baru saya tahu kenapa mereka tak benarkan ibu melihat, sebab air mata saya menitis bila tengok tangan kecil itu di tekan-tekan untuk di ambil darah. Sungguh, saya tak sunggup..

Kali ke-2 saya dengar ayat yang sama ketika Naveed masuk wad tempoh hari, tapi saya dengan selamba cakap dengan doktor tu, " Takpe doktor, saya dah tahu prosedur nya, boleh teruskan.. " Tapi doktor tu cakap juga, " Takpe lah puan, biar saya buat kerja saya dulu ye.." Dan malas nak bertekak panjang dengan doktor tu, saya akur dan keluar..

Tapi saya di anugerah kan oleh Allah seorang anak yang kuat, tak menangis sikit pun.. Malah masa dia baby pun, dia sangat senang di jaga. Dan bila keluar dari bilik mengambil darah, doktor tu tersenyum dan cakap, "Hebat hero ni.. Satu suara pun tak keluar.. "

Tapi hakikat yang kita tak boleh lari, bila saya kita bergelar IBU, kita akan jadi OVERPROTECTED. Entahlah, saya tak tahu orang lain, tapi yang saya tahu, saya sebegitu. Sedangkan saya sangat easy going person, tapi bila ianya melibatkan hal anak, saya akan jadi sangat terlebih menjaga.

Dan perasan atau tidak, kita ibu-ibu ni akan jadi fussy. Ini tak kena, itu tak boleh, itu tak payah.. Oh! Encik Hubby selalu cakap, "Yang, anak awak baru seorang awak dah kalut macam ni.." Hehehe.. Tapi itulah ibu kan..
Share: