Showing posts with label Belahan Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Belahan Jiwa. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Penatnya!!

Salam... :)

Sorry dah lama tak update blog.. Sorry sangat! Tapi seriously saya betul-betul penat, malah sangat penat! Minggu lepas saya ada kursus di Cameron Highland 3 hari, semalam pula baru balik dari Port Dickson selepas kursus yang juga 3 hari.. 2 minggu lagi di Pangkor pula.. Hohhh! Betul-betul memerlukan ketahanan fizikal dan mental!

Tapi, jangan mengeluh, sebab kerja ini yang ditunggu-tunggu.. Kerja ini yang di apply berkali-kali, dan di akhir sekali dengan bangganya menandatangani "Saya yang menurut perintah" makanya... Harus sabar dan teguh dengan semua ini..

Sebenarnya seronok pergi berkursus ni, cuma selang masa nya terlalu dekat.. Dan kasihan Naveed, tapi bila dilihat dari sudut positifnya, sekarang Naveed dah boleh berdikari! Mungkin sebab bila dengan mama, dia banyak dimanjakan.. Tapi cara didikan papa lebih tegas.. :)

Contohnya, sewaktu balik dari kursus semalam, saya dikejutkan oleh Naveed yang dah tak perlu pakai pampers! Malam semalam pun tidur tanpa pakai pampers dan dia tidak kencing atas katil! Huhuhu.. Padahal cuma 3 hari saja saya pergi..

Encik Suami cakap, mereka bakal kejutkan saya dengan 'pembaharuan' baru pula nanti.. Aduhaii.. Ape la lagi 2 beranak ni buat setiadaan saya di rumah... :)
Share:

Monday, September 12, 2011

Andainya Dia Pergi Dulu..


Salam untuk semua..

Dalam hubungan suami isteri, tipulah kalau tak pernah ada sengketa, tak pernah ada jerit menjerit, tak pernah ada terguris rasa. Dan kadang-kadang tanpa kita sedar, punca pergaduhan nya cuma masalah 'turn siapa yang patut buat susu anak..' Hahaha.. Seriously, bila di kenang-kenang balik, saya selalu tergelak sendiri..

Sejak akhir-akhir ni, saya terfikir, apa bakal terjadi pada saya andainya dia pergi dulu sebelum saya.. Pastinya saya akan jadi orang yang paling kelam-kabut, kerana selalunya dia yang akan cool tak kira apa pun keadaan nya.. Boleh dikatakan semua urusan bank, pembayaran bil semuanya dia yang uruskan, saya langsung tak ambil tahu, yang saya tahu kalau transfer duit dari account bila buat pembelian online.. Hahah!

Kalau urusan tentang kereta, lagi lah out yang saya tahu cuma isikan minyak kereta, that's all, nak check minyak hitam ke, nak check air ke, langsung saya tak tahu!

Menjadi suami isteri selalu nya kita berkongsi tanggungjawab, yess and in my marriage itu pun yang berlaku. Encik Hubby tolong memasak, bila saya lipat baju. Encik Hubby sidai baju bila saya memasak.. And most of the time, semuanya kami buat bersama..

Dan kalau janji Tuhan itu memisahkan kami berdua, biarlah saya pergi dulu sebelum dia, kerana tanpa dia saya belum pasti mampu BERDIRI apatah lagi BERLARI..

"Ya Allah, jadikanlah jodoh kami ini berkekalan bukan sahaja di dunia tetapi juga di Jannah-Mu.. "

Share:

Sunday, August 28, 2011

Like Father Like Son

Salam..

Sejak Naveed lahir lagi, semua orang akan cakap, muka dia 100% copycat dari Encik Hubby. Saya tengok pun sama, lagi-lagi bila mak mertua tunjukkan gambar Encik Hubby waktu baby.. Ada juga la yang cakap macam muka saya tapi lebih ramai yang cakap dia ikut muka papa nya..

Here's the photo, so what say you?

Hug and kiss

Pengaruh otromen ke?

What's up?

Starring at each other.

Like Father Like Son..

P/S : Even perangai pun lebih kurang sama :)
Share:

Monday, August 15, 2011

Doaku..

Suatu masa dulu..

Waktu saya harus membuat pilihan terpenting dalam hidup, soal antara masa depan, kerjaya, keluarga dan segala-galanya.. Saya mencari DIA, mengadu kepada DIA.. Sungguh terasa kedamaian itu.. Tapi ada waktunya saya sebagai manusia ni lupa, lupa untuk bersyukur untuk semua yang telah DIA kurniakan..

Tanyalah siapa saja yang punya keputusan SPM yang baik, dapat masuk universiti dengan jurusan yang baik, dan hanya mampu memandang sepi surat panggilan untuk mendaftar diri.. Apakah perasaan nya? Sungguh saya mahu menjerit! Saya mahu semua tahu yang saya sangat sangat sangat sedih..

Cuma saya tahu akan ketidakbolehan itu, saya sedar akan kekurangan ketika itu.. Yang mampu saya buat cuma berdoa dan doa saya waktu itu, "Andai kau sudah tetapkan jodoh yang terbaik bagimu untuk ku.. Biarlah dia sebaik ayahku..

Dan nyata, janji Tuhan itu pasti. Kerana dia adalah yang terbaik untukku.. Sungguh, pertama kali aku melihat kesungguhan seseorang yang mencintai isterinya kerana Tuhan yang Esa.

Dialah orang nya yang bernazar puasa selama 14 hari kerana saya dapat kerja kerajaan. Dialah juga orangnya yang memasak selama 9 bulan sepanjang tempoh saya mengandung. Dialah juga orangnya yang menangis saat saya melahirkan zuriat untuknya. Dialah juga orangnya yang menurut ke Panggung Wayang sedangkan aku tahu betapa dia tak suka menonton di panggung, hanya kerana untuk aku. Dialah orangnya yang setia menunggu setiap kali aku bertemu dan bercerita panjang dengan kenalan yang aku terjumpa. Dialah juga orangnya yang bernazar puasa selama 3 hari ketika saya menghadapi Peperiksaan Perkhidmatan baru-baru ini..

Terima kasih tuhan untuk dia..

Tapi ada kala khilaf dalam menilai, adakala alpa dalam mengenal. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kami..

Ingatkan aku Tuhan, setiap kali aku lupa setiap satu kebaikan yang dia berikan untukku. Ingatkan aku yang dia adalah terbaik untukku walau ramai yang lebih baik dari dirinya.

Semoga kami bersama melayari bahtera rumahtangga ini sehingga salah satu dari kami menemui-Mu ya Tuhan..

Share:

Sunday, June 5, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang.. :)



Salam~! ;)

Iye, Selamat Hari Lahir En. Sayang.. Sudah berumur 28 tahun awak tahun ni, tak ada yang boleh saya janjikan untuk awak, cuma sedaya mungkin saya pertahankan cinta untuk awak hingga akhir hayat saya.

Mengenali awak dan belajar menyayangi awak adalah perkara yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidup saya. Terima kasih sebab selalu beralah bila kita bergaduh, terima kasih sebab selalu menyayangi saya.

Selamat Hari Lahir Sayang..

P/S : Suka Video tu part Happy Birthday To Emmm...Emmm... Cute Sangat~!! :)
Share:

Friday, June 3, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Meraikan Cinta.. :)

Salam :)

Entry yang fresh di pagi hari. Hari yang cukup indah.. Permulaan sebuah hari baru untuk saya, untuk dia, dan untuk kami. Iye, hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4. Apa yang special untuk hari ni? Belum ada rancangan khusus lagi.. Bila selesai hari ini, saya akan update lagi tentang itu ya..

Encik Suami, apa yang hebat tentang dia? Apa kelebihan dia yang buatkan saya terpikat dengannya? Ahaks.. Semua yang bertanyakan soalan itu kepada saya akan mendengar jawapan yang sama, saya suka kan dia kerana dia melebihkan keluarga saya :)

Betul kata Ummi, carilah suami yang sayangkan kita kerana dia akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kita.. :) Perkara yang paling mengharukan sepanjang kami bersama, tahun lepas sewaktu saya dipanggil untuk interview untuk jawatan di Jabatan Kerajaan, Encik Suami orang yang paling bersungguh-sungguh. Menghantar saya untuk interview. menyediakan semua borang dan file untuk di bawa pada hari interview.

Bila saya mendapat khabar gembira daripada interview itu, dia orang yang paling gembira. Dan dia ada katakan yang dia sudah bernazar untuk puasa dan saya sekadar senyum.

Dan minggu lepas bila dia mula berpuasa, saya pelik bila 5 hari bekerja dia berpuasa penuh, saya bertanya pada dia berapa hari dia bernazar dan dia menjawab 14 hari. 14 HARI?? Ok to be honest even saya sendiri tidak pernah bernazar untuk berpuasa selama itu untuk diri sendiri, apatah lagi orang lain.. Ok saya terharu! :'(

Terima kasih Tuhan untuk dia yang terbaik untuk ku. Semoga kami masih mampu bersama walaupun ketika itu, kami memerlukan bantuan untuk berjalan di waktu tua kami, semoga kami bersama menjalani hari-hari tua kami..


Terima kasih Tuhan untuk Si Comel yang hadir dalam hidup kami dan sekarang menjadi tukang sibuk dalam semua perkara yang kami buat :) Menjadi madu dan racun untuk semua.. :)


Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 Sayang, Semoga cinta antara kita tidak pernah padam..
Share:

Wednesday, April 13, 2011

Hero Di Hati..

Salam!

Hehe.. Hari ni saya nak bercerita tentang hero-hero di hati saya.. Ini lah mereka~!!!

Pertama :
- Kerana dia saya hidup dan membesar dengan baik.
- Kerana dia saya tahu erti hidup.
- Kerana dia saya tahu erti susah dan senang
Abbi :)

Kedua :
- Bahu tempat saya menangis.
- Tempat berkongsi suka dan duka.
- Jalani susah dan senang bersama-sama.
- Menyayangi dan mencintai saya seadanya saya.
En. Hubby :)

Ketiga :
- Dia punca saya terus kuat untuk hidup.
- Dia punca saya melihat dunia ini dengan lebih baik.
- Dia lah racun dan penawar untuk saya.
En. Kecik - Ahmad Naveed Ali Danial :)

P/S : Kamu bertiga takkan ada tukar ganti dalam hidup saya.
Share:

Tuesday, April 12, 2011

Terima Kasih Chinta :)

Salam!

Semalam balik je rumah saya tengok motosikal kapcai En. Suami sudah ada di rumah! Hehe.. Dalam hati saya dah terdetik, 'Eh cuti ke arini? Awalnya balik.. ' Bila saya park kan kereta di porch, En. Kecik sudah ready menunggu kepulangan saya..

Saya turun kereta, tanya pada En. Kecik tu, 'Pergi rumah ummi tak?' En. Kecik tu jawab, 'Abang tak nak pergi rumah ummi.." Masuk je rumah En. Hubby sedang mengemop lantai.. Eh eh, rajin nye.. Dalam hati je la cakap.. Hehe.. Pastu saya ke dapur untuk keluarkan lauk basah untuk memasak.. Oh sekali je rupa-rupanya dah siap masak!

Saya senyum je. Terima kasih ye sayang, tolong saya.. :) Lauk sambal udang kegemaran saya pulak tu.. I love you more la yang..

Dan apa yang saya buat untuk balas? Tertidur sampai pukul 11 malam.. Huh~!! Hampeh sunggoh.. En. Hubby kejutkan saya untuk pergi kedai perabot tukarkan towel rack untuk bilik Naveed pun saya tak bangun, penyudahnya dia bawak En. Kecik pergi..

P/S : Thanks for everything ye sayang. Kemas rumah + Basuh baju + Mop lantai + Masak best.. Semua la~!! Sorry sebab tak temankan awak semalam. Saya mengantok betul~!! :P
Share:

Tuesday, October 5, 2010

Timba Mana ?

Salam untuk semua..

Paip di singki dapur ada problem sket, dan dah lama sebenarnya saya minta tolong En. Hubby betulkan tapi di sebabkan dia sebok dengan kerja ditambah pula sabtu dan ahad yang penuh dengan jemputan open house, kerja pembaikan tu nampaknya tergendala. Sudah agak lama tergendalanya..

Tadi lepas En Hubby balik kerja dia nampak saya bertungkus lumus di dapur mengemas. Jadi dia dengan rela hatinya menawarkan khidmat untuk menolong..

Berikut adalah antara perbualan kami : -

Hubby : Yang, nak suruh abang betulkan tak paip kat singki tu?
Saya : Mestilah nak bie.. Dah lama ayg suruh abg betulkan tapi tak bergerak-gerak.
Hubby : Ok. Tolong abg boleh? (Saya dah agak dah... Sebab setiap kali dia menolong saya,pastinya saya harus tolong sama).. Saya : Tolong ape?
Hubby : Ambilkan abg timba..
Saya : Ha? Timba tu ape?
Hubby : Aduii.. Timba tu timba la..
Saya : La.. Ayg tak tahu timba tu ape?
Hubby : Takpelah biar abg cari sendiri.
Saya : Ok.

Taklama lepas tue..

Hubby : Yang, mana awak letak timba?
Saya : Timba tu ape?
Hubby : Awak ni wat-wat x tau ke memang tak tahu..
Saya : Memang tak tahu timba tu ape..
Hubby : Pulak dah.. Ermm baldi. Mana awak letak?
Saya : La.. Baldi ke.. Ade kat belakang. Jap ayg amek..

Yang lagi memeningkan kepala saya mencari bila En Hubby sebutkan sebagai TIMBE.. Aduhh memang sungguh saya langsung tak tahu ape tu TIMBA.. :P
Share:

Monday, July 5, 2010

Siapa Ikut Siapa..

Salam..

Ahaa...Dah beberapa hari kan saya tak sempat nak meng'update' blog ni. Ada ke follower yang tunggu.. Hehehe.. Ermmm berkaitan dengan entry baru ni, siapa ikut siapa.. Pernah tak dengar kalau ada orang cakap, "kalau kita cintakan seseorang, cintailah dia seadanya, kelemahannya, kebaikkannya, kegemarannya, kebenciaannya.." Pernah tak dengar? Ayat tu pernah seseorang sampaikan pada saya, waktu tu saya baru nak melangkah ke alam perkahwinan..

Dan selang beberapa tahun saya rasa saya makin nampak kesahihan kata-kata itu..Sebagai contoh, berikutan dengan Musim Piala Dunia 2010 ni, En. Husband saya memang tiap-tiap malam la berjaga menonton siaran langsung pertandingan bola sepak tu tapi yang pastinya saya pun tak berapa pasti pasukan mana yang betul-betul disokongnya. Mula-mula saya dengar dia beria-ia menyokong pasukan England tetapi malang sekali England dah pun bungkus dan pulang ke kampung halaman.. Kemudian dia beralih arah pula kepada pasukan Sepanyol.. Erm.. Sepanyol masih dalam pertandingan ke? Kalau sudah tidak, saya pun tidak pasti pasukan mana yang akan En. Husband pilih selepas ini.. Oh ya, dah melalut pula cerita saya ni sebenarnya.. Actually, between my husband and me, ada banyak sangat perbezaan sampaikan saya tak nampak mana samanya saya dan dia dalam mana-mana hal..

Baru-baru ni saya adalah tegur dia tentang bola tu, "Kan abang dah tengok live, nak kena tengok jugak ke ulangan dan rumusan dia?" Jawapan dia, "Mestilah nak kena ambil tahun semua perkara.." Saya, "Eishhh..Boringnya tak dapat nak tengok siaran lain.."En. Husband, "Cuba belajar minat perkara yang abang minat macam abang minat perkara yang awak minat padahal abang tak minat.." RUMIT TAK? Hehehe.. Tambahnya, "ISTERI KENA IKUT SUAMI"..(Saya pun tak pasti ada kena mengena ke konsep ni dalam menonton rancangan televisyen)..Hahahaha..

Terfikir sejenak saya, betul juga kata En. Husband tu sebenarnya, ye la selama ni rancangan televisyen yang dia minati tak pernah saya akan turut serta.. Tapi macam rancangan kegemaran saya, macam CSI, BONES, LIE TO ME, AMAZING RACE, GOSSIP GIRL, even AMERICAN IDOL sekali pun dia pasti akan menonton bersama.. Kesian En. Husband, rupa-rupanya selama ni saya macam LADY OF THE HOUSE la ye.. Tapi memang betul pun rasanya sebab dia dah ada geng..Naveed.. Saya masih ternanti-nanti geng saya pula.. :)
Share: