Tuesday, August 16, 2011

Memang Dasar Pengotor!!

Salam..

Ok sebelum meneruskan pembacaan, sila maklum bahawa entri ini bakal mengundang rasa tidak senang. Masih nak baca? Tanggung lah sendiri ye..

Ceritanya macam ni.. Dekat dengan rumah adalah satu kedai makan yang saya kenal baik dengan ownernya. Jadi untuk menjaga hati, kami selalu lah jugak makan kat situ ( actually tapau je bawak balik ). Then terjadilah satu hari masa tu Encik Hubby order Nasi Goreng Kampung, saya pula Mee Sup dan Naveed nasib baik malam tu nak makan McD. Tengah syokk kami makan, saya tengok ada something dalam mee sup tu. Rupanya2 ada langau hijau yang dah jadi perencah untuk mee sup tu!!

Ha engko!! Termuntah dalam mangkuk tu jugak.. Encik Hubby waktu tu dah habis makan pun turut menjoin jugak muntah ( sebab dia tak boleh dengar, tengok orang muntah, mesti dia muntah jugak ).. Naveed pandang dengan muka tak bersalah sambil kunyah kentang McD.

Okeh saya cakap pada Encik Hubby saya akan banned kedai ni. MUKTAMAD!

Tapi nak dijadikan cerita, semalam saya ni gatal la pulak nak pergi tapau makanan berbuka kat kedai yang sama tu, padahal dah hampir 6 bulan kot tak makan kat kedai tu. Saya order la Sup Daging dengan Ayam Masak Merah.

Dah la masa siap tu, betul-betul dah nak berbuka. Balik rumah dengan terkocoh-kocoh nya buka makanan masuk dalam pinggan. Nahhhhhhhhhh... Ada lagi langau hijau dalam lauk.. Ya ALLAH geram nya tak terkata. Encik Hubby cakap, kenapa beli lagi kat situ? ( Sebab waktu beli tu dengan Naveed je ). Dengan pinggan dan mangkuk sup tu jugak, saya bawak masuk kereta dan bawak pergi kedai tu balik.

Saya cakap dengan owner tu, suami kepada orang yang saya kenal tu, dia cuma cakap pada pekerja dia, untuk tukarkan makanan tu je. Geram tak? Saya cakap, " Tak payah tukar, pulang balik duit je". Dan dia bagi duit. Saya sangat geram kerana dia langsung tak ucapkan MAAF. Langsung tak pandang saya, macam saya pula yang bersalah. Sebenarnya saya rasa dia malu sebab saya bawa masuk dengan pinggan dari rumah ke kedai dia!

Padahal sebelum saya order tu saya dah bagitahu kat budak yang ambil order tu, "Aritu ada langau dik dalam lauk akak, tapi akak dah bagitahu pada owner aritu.." Dia angguk je. Dan jadi benda yang sama balik! Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

Jadinya, eloklah kalau saya laporkan pada orang kesihatan untuk check kan.. Biar dia rasa sikit.. Geram!

Kali pertama, saya rasa bolehlah maafkan lagi. Tapi bila kali ke-2 terjadi juga benda yang sama, saya cukup geram dan marah!

P/S : 30 Days Challenge tu masih berlangsung ye sebab Encik Hubby memasak untuk berbuka dan saya cuma tambah je lauk-lauk. Tapi Naveed tak dibenarkan makan makanan dari luar.. Heheheh :D
Share:

2 comments:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Banyak sangat ke langau kt kedai tu sampai 2x terkena mesti belakang dapur kedai tu terlalu kotor.

Mama Naveed said...

CT Noarizah : Ntah la.. Nak jugak pergi check kat dapur dier tu.. Tapi tak ada qualification pulak.. Hehehe.. Nak kena report kat Kementerian Kesihatan..