Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku... :)

Salam untuk semua..

Semalam, bila En. Hubby sampai je di rumah, mulut dia sebok bercerita tentang Skim Rumah Pertamaku.. Yang saya sendiri tak berapa ambil 'port' dalam hal ni.. Bila dia sebok bercerita, secara tak langsung saya men'join'kan diri dalam perbualan tu..

Dan agak menarik sebab dapat loan 100%. Dan untuk suami yang merupakan kakitangan swasta memang sangat rasa bertuah la.. Dan saya cakap pada suami, bagus juga. At least saya punya pinjaman perumahan boleh hold dan tunggu untuk beli rumah lain..

Alhamdulillah rezeki ALLAH itu di mana-mana.. Dan insyaALLAH kami bersemangat dan berkobar-kobar nak beli rumah sekarang.. Doakan kami ye..

Info :

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan
Share:

Monday, March 7, 2011

Nashrin - Fobia Cinta


Nashrin - Fobia Cinta

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

(korus)
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

(ulang korus)

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

(ulang korus)

Denyutan jantung aku tergendala

*Saya sangat suka lagu ni.. :)

Share:

Khurafat


Salam untuk semua..

Ketika entry ni ditulis, saya dalam mood gelisah.. Huhuhu :D Gara-gara menonton filem Khurafat.. Seriously filem tu secara tak langsung telah menyentuh hati saya.. Secara am nya bukannya seram tetapi saya rasa sejalur rasa bersalah yang indah jauh dalam lubuk hati saya..

Buatkan saya terfikir, cukup ke amalan saya kalau saya ditakdirkan mati secara tiba-tiba macam Syamsul Yusuf dalam cerita tu.. Macam mana keadaan orang kesayangan saya bila saya tinggalkan dunia ni, adakah mereka akan terus mengingati saya? Ditambah pula, sejak bekerja di sini, setiap minggu ada sahaja berita kematian yang saya dengar..

Sungguh!! Saya belum bersedia menghadapi mati.. Saya tahu amalan cuma sekadar selembaran cuma, atau mungkin tak sampai separuh muka pun.. Menangis lah saya di dalam kubur nanti.. Ermmm!! Moga ada doa anak solleh untuk saya, dan moga-moga nyawa saya ditarik di saat saya sudah bersedia..

Doakan saya.. :'(
Share:

Thursday, March 3, 2011

Lost Word, Tambun

Salam..

Seperti yang saya janjikan saya upload juga gambar Family Vacation ke Lost World, Tambun.. Kami bertolak malam hari Jumaat 29 Jan, sampai di Ipoh lebih kurang jam 2pagi dan terus check-in di Homestay.. Ngantok dan penat kami terus tido.. Dalam jam 10pagi kami keluar dari Homestay, dan perjalanan lebih kurang 20 minit sudah sampai di Lost World..

Macam kebiasaan nya, saya mengajak En. Hubby makan breakfast dulu sebelum kami masuk ke dalam.. Secara totalnya saya boleh katakan yang kami sangat seronok.. Dan Naveed la yang paling seronok antara kami.. Heheh.. Layan kan je la gambar di bawah ye..

Tapi agak sedih kerana bateri camera habis.. Hahaha~!! Dah tau nak pergi bercuti boleh pula kami terlupa nak charge kan bateri camera.. Huhuhu~!! Dan paling best lagi, En. Hubby punya handphone dan saya juga kehabisan bateri.. Hahahahahahhahahaha :))

Dan cuma gambar di kolam saya kami tak ada, sebab tak ada siapa yang nak ambil gambar kami.. :)

Naveed 'n' Papa di Petting Zoo

Saya yang cuba untuk menggedik.. Hahah~!!

Sebenarnya ada banyak ikan dalam ni, tapi tak tahu kemana pergi ikan dalam gambar ni.. :)

Ni ayam~!

Air terjun kecil yang comel..

Encek Kura-Kura... :)

Si Comel + Si Manja

Cubaan untuk menggedik lagi.. Hahahah :)

Comel tak? :P

Kura-kura yang sangat besar..

Ermm... Saya pun tak sure ape ni.. Hahaha

Tengok speck Si Comel nie..

Dalam perjalanan pergi..

Saya yang Gorgeous.. :P

Naveed mengantuk..

Mata pun tak larat nak buka..

Silau flash camera..

:)

Insha Allah di kesempatan lain kami nak menjelajah Malaysia ni dengan jayanya.. Heheh :)
Share:

Wednesday, March 2, 2011

Miskin Ke Kita Ni..?

Salam untuk semua..

Dalam zaman yang mana setiap saat kedudukan dan wang ringgit menjadi bahan ukuran, saya sering bertanya pada diri sendiri, miskin ke saya ni? Saya takut menjadi miskin.. Sungguh takut..

Saya takut bila saya menjadi miskin dengan ilmu, kerana tanpa ilmu saya umpama sampan yang hanya tunggu masa untuk dihanyutkan ke laut..

Saya takut menjadi miskin nurani, tak boleh membezakan yang baik dan yang buruk.. Bila kita miskin hati nurani, sering kali kita khilaf dalam membuat perhitungan..

Saya takut miskin dengan kasih sayang.. Alhamdulillah setakat ni, saya masih kaya dengan kasih sayang. Sama ada sesama manusia, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan.. Cuma di antara binatang, ada antaranya yang saya memang tak suka, tapi saya belum tergamak untuk membunuh..

Saya takut miskin dengan senyuman, kerana senyuman adalah pengubat lara, dan saya percaya senyuman adalah sedekah terbaik tanpa ada rasa berhutang budi..

Dan yang paling saya takutkan bila saya miskin dengan amal.. Oh, saya masih belum bersedia menghadap DIA kerana amal yang masih tidak seberapa, sering kali khilaf dalam melakukan tanggungjawab.. Dan moga DIA masih memberikan saya ruang dan kesempatan untuk tidak leka dalam tanggungjawab saya..

Kerna bila datang malaikat yang mencabut nyawa, tidak dia datang lewat seminit atau cepat seminit.. Dan moga bila saat itu datang, saya benar-benar bersedia..
Share:

Cerita Raya Cina Kami :)

Salam untuk semua..

Sorry la cerita untuk Chinese New Year hari tu baru hari ni sempat ber'update'.. Heheh.. Kami balik ke Mersing hari Selasa, jadi saya ambil cuti untuk balik kampung.. Dan En. Hubby juga alhamdulillah setakat ni bila-bila masa kami nak balik, dia tetap akan ambil cuti untuk balik kampung bersama... *Sayang kamu En. Hubby~!! :)

Dan bila dah sampai Mersing, baru saya sedar yang hari Sabtu, 5 Feb 2011 adalah Majlis Kahwin Zalikha.. Kawan masa sekolah dulu. Dan saya cakap dengan suami, kita kena tunggu sampai saya ke kenduri kahwin tu, sebab dulu masa Imieza kahwin saya tak sempat hadirkan diri..

Ini antara sorotan gambar sekitar majlis kahwin tu.. Yang telah diambil dari blog Islah~! :P

Saya dan Haizum.. :)

Oh saya ada di situ~! :)

Waktu ni saya belum datang lagi.. :(

Akad nikah :)

Selamat Pengantin Baru Ika :)
Share:

Anak Saya Sudah Cukup Besar Ke?

Salam untuk semua..

Dah hampir berminggu saya tak mengupdate blog ni. Entah la bukannya tiada masa tapi dengan jelas dan nyatanya saya ketandusan idea untuk menulis, dan menulis ini memerlukan kesabaran.. Saya rindu untuk banyak idea menulis.. Saya mahu terus aktif menulis..

Oh, kebanyakkan tulisan saya cuma berkisar tentang keluarga dan kerana merekalah punca saya menulis, dan mereka merupakan kekuatan saya untuk terus menulis.. Huhu 'touching' sudah..

Si Manja Saya..

Hari ni hari pertama anak saya tinggal di taska. Taska Mummy nya lah.. Mulai Mac saya mula hantar Naveed ke taska hari Rabu dan Jumaat sahaja untuk sesuaikan dia dengan kawan-kawan lain.. Hari pertama tadi dia menangis, nasib baik lah taska tu Mummy dia yang jaga, so saya tak perlulah risau sangat..

Besar Dah anak Mama..


Dalam tak risau saya, sehingga entry ini ditulis, sudah hampir 4 kali saya menelefon Mummy nya.. Hahah~!! Benar kata ummi, tak kira sebesar mana pun anak, bila dia adalah anak, sampai bila-bila pun dia tetap 'bayi' pada kita.. Tetap masih kecil.. Huhu.. :)

Dan sekarang kami dalam perbincangan untuk memberi adik kepada Naveed.. Tahun depan dia dah masuk umur 4 tahun, dan kami dah mula nak ajar dia tidur di bilik sendiri, mungkin lebih baik kalau dia ada teman.. Tapi masih memikirkan pro and con nya..

Buah Hati :)

Share: