Monday, October 4, 2010

Kelahiran Naveed

Salam untuk semua..

Setelah berkurun lama nya, baru lah saya sempat menulis saat ketika Naveed dilahirkan. Due Naveed di lahirkan adalah 19.06.2008.. Kami berdua pun terkejut bila tau Naveed jugak bakal berkongsi bulan kelahiran dengan kami. Saya punya bufday jatuh pada tanggal 22 Jun, En Hubby pula pada tanggal 05 Jun.. Dan kerana itu kami memilih untuk bernikah juga pada Jun, iaau 03 Jun.. Dan bila dapat tahu due Naveed 19.06 kami teruja sangat.. Anak pertama, tak pernah kami merancang, alhamdulillah rezeki Tuhan itukan suatu yang pasti..

Sedari awal mengandungkan Naveed saya langsung tak ada alahan. Malah saya langsung tak alami 'morning sickness'.. Cuma apa yang pelik, bila makan, saya kerap bayangkan yang ayam yang saya makan tu dah berulat ataupun berbau, apa-apa saja yang saya makan adalah yang dah tak elok. Pelik sungguh~! Dan lepas tu, saya akan korek semula anak tekak untuk muntahkan balik apa yang saya makan. Kata En. Hubby ada jugak orang macam ni waktu mengandung ye.. Hehehe..

Waktu kandungan Naveed berusia hampir 6 bulan, pertama kali nya saya di admit di Hospital Serdang. Sebab utama bleeding. Pelik tapi saya alami bleeding ketika mengandungkan Naveed. Tapi apa yang lagi pelik, dua hari di hospital, setitik darah pun tak keluar.. Aneh kan? Hehehe..

Bila kandungan menginjak ke usia 8 bulan, sekali lagi saya di admit. Kali ni di Hospital Kajang pula.. Keadaan di Hospital Serdang jauh lebih baik dari di Hospital Kajang. Erm mungkin sebab Hospital Kajang dah lama beroperasi daripada Hospital Serdang..

Tanggal 08.06 pukul 12 tengah malam, saya di admit di Hospital Ampang. Kali ni masih lagi sebab yang sama, iaitu bleeding tapi ditambah pula dengan sakit perut.. Oh ye, yang paling utama, Naveed punya gerakan tak cukup 10 dalam tempoh 15 jam. Oh sungguh panik saya bila kenang-kenangkan balik waktu tu. Maklumlah anak pertama, saya memang sangat menitik beratkan hal-hal kecil.. Hehehe :D

Lebih kurang pukul 10 pagi, datang seorang doktor pakar check.. Dia cakap akan monitor saya dalam tempoh 24 jam. Kalau gerakan bayi masih kurang dari 10 kali, dia akan induse untuk saya melahirkan Naveed. Dan penerangan dia cukup jelas, bila dia memberitahu yang dia akan induse 3 kali, jika kali ke 3 masih 'jalan' tidak buka, makanya saya terpaksa melalui kaedah 'ceaser' huwaaaa... Dengar tu jer, saya dah terasa sangat takut.

Oleh kerana saya masuk ke dalam hospital tanpa rasa sakit orang nak bersalin, jadi saya boleh berjalan-jalan satu wad.. Dan saya minta agar ditempatkan di kelas ke-2 kerana takut keseorangan di kelas pertama dan rasa tak selesa di kelas ketiga.. Hehehe.. Dan saya juga menemui ramai kawan-kawan baru sepanjang tempoh berada di hospital. Rasanya 3 katil lain yang satu bilik dengan saya, asyik bertukar ganti. Saya je yang belum lagi bersalin.. :P

09.06.2008 pukul 10 pagi. Doktor semalam datang lagi bertanyakan keadaan bayi dalam kandungan saya, dan saya masih lagi mempunyai jawapan yang sama. Masih belum cukup gerakkan dia. Jadi, saya di induse lebih kurang jam 11 pagi. Doktor tu juga cakap dia akan periksa bukaan 'jalan' petang nanti. Lebih kurang jam 4 petang, masih doktor yang sama, datang memeriksa jalan. Dan dia beritahu sudah ada bukaan 2cm. Oh~! Lega saya rasa kerana tak perlu dimasukkan ubat induse lagi. Oh ye.. Tak ada rasa apa pun sebenarnya bila dimasukkan ubat tu.. Tapi bila doktor periksa jalan tu, dah mula terasa sakitnya..

Menjelang malam, doktor yang sama juga datang untuk check 'jalan' sekali lagi. Katanya dah 3cm dan sepatutnya saya dah boleh disorong kelabour room. Tapi oleh kerana bukaan itu tidak bertindih dengan servik tetapi berselisih, jadinya doktor tu menerangkan kalau dia pecahkan air ketuban saya malam ni, pastinya saya akan kesakitan sepanjang malam. Tapi dia ada bagitahu kalau dah rasa tak tahan sangat panggil nurse untuk di suntik dengan ubat tahan sakit. Menjelang jam 11, saya dah tak tahan sangat rasa sakit tu, jadi saya minta ubat tahan sakit. Oh sakit betul sebab kene cucuk di punggung.. Saya tidur dengan lena sampai jam 5 atau 6 pagi mungkin.. Bila saya dikejutkan oleh doktor yang mahu saya ke biliknya untuk di pecahkan air ketuban. Dalam lebih kurang 7.30 pagi, air ketuban di pecahkan. Dan ubat untuk membuang air besar juga turut dimasukkan. Saya masih sempat mandi dan solat subuh selepas tu.. Sampai ada nurse yang tunggu saya di luar toilet dan bertanyakan saya ok atau tidak selang 3 minit.. :D

Selepas itu saya disorong ke labour room lebih kurang jam 7.45pagi.. Saya disorong dalam wheel chair, dan agak pelik kerana saya rasa saya masih boleh berjalan lagi.. Oh ye, saya masih sempat menghabiskan sebotol air selusuh sebelum di sorong masuk ke labour room. En Hubby ketika tu baru je saya suruh pulang, lebih kurang jam 6.45 pagi bila nurse yang menjaga saya cakap saya dijangka bersalin lebih kurang jam 12 tengahari.. Ketika saya disorong ke labour room berkali-kali saya call, tapi dia tak angkat.. Pastinya dia dah pun tertidur kerana semalaman dia tak tidur.. Dan menunggu saya di luar wad..

Saya minta untuk di berikan suntikan epidural. Oleh kerana melihat keadaan saya yang sudah tak tertanggung sakit, nurse memasang belt untuk dengar heart bit baby untuk pastikan keadaan baby ok sebelum diberikan suntikan epidural. Menjelang jam 8 pagi, nurse yang menjaga saya sempat bertanya, 'Dah tak tahan sangat ke dik? Ok meh akak tengok jalan dulu...' Bila di check bukaan jalan sudah pun 9cm. Dan kelam kabut nurse tu bila jangkaan untuk saya bersalin menjelang jam 12 tengahari sudah tercepat.. Hehehe, ni smua gara-gara air selusuh..

Ahmad Naveed Ali Danial dilahirkan tepat jam 08.11 pagi.. cepatkan... Hehehehe :D

Dan dalam keadaan kelam kabut itu juga lah En Hubby tak sempat melihat kelahiran Putera kami yang pertama. Saya sangat berterima kasih pada semua kakitangan yang merawat saya dalam labour room sewaktu melahirkan Naveed. Memang best sangat.. Walaupun sebelum ni saya di momokkan dengan macam-macam cerita tentang Hospital Kerajaan, tapi staff Hospital Ampang menunjukkan mereka lebih dari itu. Yang paling saya ingat Sister yang nama nya Jue. Thanks so much~!


Huhu..Naveed Sungguh sedeyh



My Cute Little Angel



Naveed with Mak Ngah..Tengok mulut Naveed.. :)



Geramnye Tengok Naveed~!
Share:

Untuk Ahmad Naveed Ali Danial...

Anak mama sayang,
Andai saja Naveed tau kasih sayang mama tak pernah berbelah bagi pada sayang,
Andai saja Naveed faham yang Naveed adalah segala-galanya untuk mama,
Andai saja Naveed mengerti segala yang mama lakukan hanya yang terbaik untuk Naveed..

Anak mama sayang,
Mama tak mampu berikan Naveed kemewahan yang cukup sekadar disebut akan terlaksana,
Tapi apa yang mama mampu berikan Naveed sepenuh kasih sayang..


P/S: Antara sebab kenapa saya menjarakkan kehamilan kerana takut kasih sayang saya pada Naveed akan berkurangan. Saya tak mahu Naveed menjadi matang kerana dia seorang abang. Saya masih mahu dia menjadi adik. Saya masih mahu dia menjadi baby. Bila orang sudah mula bertanya-tanya bila nak tambah anak, saya hanya :) Hanya DIA saja yang tahu betapa mama takut mama akan terkurang melayani dan menyayangi Naveed bila Naveed ada adik nanti..
Share:

Friday, October 1, 2010

Mane Nak Cari...

Huwaa... Mane nak cari Memori Phone.. Eishh... Menangis betul dibuatnya dengan Naveed nie.. Dia la sebok tolong remove kan memori kad tu, tengok sekrang dah pun hilang,... huwaaaa.....
Share:

I'm In Trouble..

Salam to all..

Hari ni saya baru ingat nak upload gambar-gambar raya, Encek Naveed sudah salah letak Memori card camera... Abes la sayep~!! Pastinya En. Hubby akan bising selepas ni.. Huwawawawawa :((
Share:

10 Kata-Kata Hikmat Imam Ali A.S

Salam untuk semua.. Dah lama saya nak post entry ni, tapi asyik tertangguh.. Ni adalah antara 10 Kata-Kata Hikmat Imam Ali A.S yang kita semua tahu adalah pintu kepada kota ilmu.. Rujukan dari Nahjul Balaghah (Buku Utama Syiah).. Mempelajari ilmu tidak bermakna membataskan diri dalam lingkungan sesuatu pegangan agama sahaja.. Betul kan?

1. Ketepikan dan maafkanlah kesalahan orang-orang yang pemurah dan bermaruah, kerana jika mereka jatuh, tangan Allah akan menarik tangan mereka (bangun) semula.

2. Seseorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila ia mula merasa tamak. Ia rela dengan kehinaan bila ia menceritakan tentang kemiskinan dan kesusahannya. Ia menghinakan dirinya bila ia tidak dapat mengawal lidahnya.

3. Apabila sedikit nikmat sampai kepada kamu, maka janganlah 'dihalau' nikmat itu dengan perbuatan kurang bersyukur.

4. Sifat bakhil itu satu yang memalukan. Sifat penakut satu kekurangan. Kemiskinan menyebabkan seorang yang pintar terpaksa membisu walaupun mempunyai hujah yang terbaik. Seorang miskin itu menjadi asing dan dagang di dalam negerinya sendiri. Kelemahan itu satu penyakit. Kesabaran itu satu keberanian. Sifat zahid merupakan kekayaan dan wara' pula merupakan kubu atau perisai yang teguh.

5. Sebaik-baik teman ialah redza (rela dengan takdir Allah). Ilmu merupakan pusaka yang paling berharga. Adab merupakan pakaian indah yang tetap baru dan fikiran merupakan cermin yang bersih (pemikiran yang mendalam dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi).

6. Apabila dunia datang kepada seseorang, ia meminjamkan kebaikan manusia lain kepadanya dan apabila dunia meninggalkan orang itu, ia merampas kebaikan yang ada padanya.

7. Siapa yang menghisab atau mengira-ngira dirinya, ia akan beroleh keuntungan. Siapa yang lalai terhadap dirinya, ia akan rugi. Siapa yang takut (kepada hari akhirat) ia akan aman (dari kemurkaan Allah), siapa yang mengambil iktibar (pelajaran) dari kehidupan, ia akan mendapat visi (pandangan) dan siapa yang mendapat visi ia akan faham dan siapa yang faham ia mendapat ilmu.

8. Bergaullah dengan manusia secara baik sehingga jika kamu mati mereka menangis ke atasmu dan jika kamu hidup mereka kasih kepadamu.

9. Andainya kamu dapat menguasai seteru, maka jadikanlah kemaafan itu sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dapat menguasai seteru atau musuh tersebut.

10. Manusia yang paling lemah ialah yang tidak berupaya mendapat sahabat handai di dalam hidupnya, tetapi yang lebih lemah lagi ialah yang hilang sahabat atau kawan setelah ia mempunyainya.
Share:

Wednesday, September 29, 2010

Mengumpul Urine Naveed~!

Salam..

Alkisah semalam bersambung lagi, hari ni sedari awal pagi lagi saya kejutkan Naveed bangun untuk collect urine Naveed untuk dibuat urine test.. Sian Naveed sebab pukul 7.15 pagi saya sudah harus keluar rumah jadi saya harus cepat mengambil urine dia, nak harapkan papa nya, almaklum sahajalah, orang lelaki kan.. Jadinya saya kejutkan Naveed untuk bangun, sian dia bangun dan dalam keadaan terpisat-pisat sebok tengok saya, pelik agaknya kenapa pagi-pagi lagi saya suruh dia kencing.. Siap bertadah bekas lagi tu..

Tapi nampaknya tak ada rezeki saya pagi tu sebab Naveed tak kencing-kencing pun, jadi saya tinggalkan dia untuk tidur semula. Belum sempat saya keluar rumah, dia dah pun meraung panggil nama saya. Selalunya dia akan di hantar ke rumah ummi nya oleh papa.. Ermmm nampak nya saya akan lambat ke sekolah hari ni, jadi kasihankan dia yang menangis, saya hantar la dia ke rumah ummi nya.. Saya jugak mintak tolong dari ummi nya untuk tolong collectkan urine Naveed..

Tapi bila saya balik tadi, ummi dia bagi urine pada saya yang sepatutnya sudah dihantar papa ke klinik untuk dihantar ke makmal.. Ummi dia bagitahu pagi tadi Naveed tak kencing-kencing sampailah tertidur.. Aduhhh... Rosak lagi plan.. Hehehe.. Jadi tak apa lahh sesi ni bakal bersambung esok pagi nampaknya...
Share:

Pinjamkan Dia Untuk Selama Mungkin..

Salam untuk smua.

Entry ni dibuat lepas saya membaca satu blog lain. Tentang anak kesayangan yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Ah! Saya tak rasa saya cukup kuat kalau diduga sebegitu.. Oleh itu apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar DIA dapat meminjamkan buah hati saya cukup lama untuk saya. Saya sedar dia hanyalah sekadar pinjaman yang bila bila masa bakal dijemput oleh Sang Pemilik Alam.. Tapi Tak dapat saya bayangkan kosongnya hidup bila balik ke rumah, sunyi tak ada sapa yang sambut. Bila pergi ke bilik, mainan, baju baju smua tersusun rapi..

Sungguh saya tak dapat bayangkan semuanya tanpa dia. Dialah nyawa, dialah kesayangan, dialah segalanya. Dialah teman, dialah sahabat, dialahh musuh.. Dialah anak yang tak ada tandingnya.. ahmad naveed ali danial..
Share: