Showing posts with label PtQ. Show all posts
Showing posts with label PtQ. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Apa-Apa Pun Yang Kita Buat Yang Penting Kena FOCUS.. :)

Salam!

Huii.. Panjang kemain kan tajuk entry kali ni.. Hehehe.. :D Ini angkara cerita sewaktu berkursus di Cameron Highland la.. :) Sewaktu di sana kami bertiga ditetapkan dalam satu bilik. Saya dah Farah Shazwani memang dah berjanji nak sebilik, dan kemudian ditambah seorang lagi kakak, iaitu Kak Iena.

Bestnya tentang Kak Iena ni, dia ni lebih tua dari kami berdua, tapi dia berjiwa muda bak kata Hafiz Bahari la.. Hehehe.. Satu yang paling menarik, dia suka ulangkan ayat "Apa-apa pun kita buat yang penting kena FOKUS.." Macam semua tahu la kan, bila dalam kursus kita kena ikut jadual yang agak pack, jadi agak terkejar-kejar buat itu dan ini..

Dan yang paling best, Kak Iena ni memang sporting habes! :) Actually ni kali pertama kami betul-betul beramah mesra tapi bila dengan dia, dah macam lama sangat kenal.. Dan terus terang saya sangat sukakan orang macam ni.. :)

To Kak Iena : Looking forward nak tunggu next Kursus di Pulau Pangkor untuk sebilik dengan akak.. :)

Ni saya cilok dari FB Kak Iena..

Dia sangat suka kan gambar ni, sebab gambar ni dia letakkan sebagai Profile Picture ( gambar yang di snap sewaktu dalam ladang strawberry di Cameron Highland )

P/S : Kak Iena, jangan marah eh post entry tentang akak... Hehehe..

Share:

Friday, June 24, 2011

Meronggeng Bersama Farah Syazwani Dan Hafiz Bahari :)

Salam!

Semalam, ada Bengkel Menangani Stress untuk PPD Daerah HL. Siapa yang tahu, tahu la ye.. Hehehe.. Di sebabkan petang adalah mesyuarat untuk ahli KAPTEN, makanya saya, ditemani oleh Si Senget Encik Hafiz Bahari dan Cik Cumel Farah Syazwani, mengambil keputusan untuk mem'blah'kan diri dari situ..

Lepas makan lunch, kami bertiga pun come-out with plan nak pergi Alamanda.. Tapi disebabkan oleh saya driver yang sangat hebat, dan terlepas simpang untuk exit ke Putrajaya, kami terus menuju ke The Mines..

Cadangan pertama yang di buat adalah untuk tengok wayang, tapi di sebabkan oleh semua tiket yang ada di kala itu adalah cerita yang kurang menarik dan ada yang kami dah tonton, akhirnya kami menjelajah satu The Mines tu..

Seronok~!! When picture speak louder than words than, make the picture speak for you..

First Pit-Stop : Cari toilet.. Dan dengan jayanya Encek Senget itu telah disuruh memegang handbag saya, walaupun saya tahu dia tak ikhlas kerana takut sangat saham dia jatuh, saya suruh jugak! Hahahah..

Second Pit-Stop : ATM Machine, ye lah kan dah gaji.. Ye dak? Kot-kot lah banyak yang nak di habiskan.. Hahaha..


Third pit-stop : KFC The Mines sebab Si Senget Hafiz Bahari belum lunch.. Saya dan Farah sudah pun makan nasi ayam yang disponsor oleh KEPTAN sebelum balik..

Snack Plate untuk Hafiz Bahari :)
P/S : Tengok sos yang dia ambil, macam nak mandi dengan sos lah.. :P

Semangat makan sudah datang.. Hehehe

Ole! Pocketful untuk Farah Syazwani

Large Cheezy wedges untuk saya..

Sila makan!

Nie Farah yang capture picture ni..

Muka suci makan, padahal mulut dok mengomen sebab BB beliau sudah abes betri..

Si tua bangka yang tak makan sayur!

Ingat comel la buat muka cam tu? Hahahaha..

Lepas siap makan, maka bermula lah aktiviti kami untuk menawaf satu The Mines ni.. Sebenarnya pada saya, The Mines ni tak adalah best sangat.. Hehehe..

Siapa yang cakap perempuan suka bershopping sakan? Makanya anda silap ye! Sebab sepanjang kami berada di sini, saya dan Farah sekadar window shopping saje, tapi Encek Senget ni macam-macam yang di beli nya.. Mengalahkan pompuan! :P

Ni Hi-Fi set yang Hafiz dok usha-usha..

Sila abaikan yang dok bergosip tu ye.. Hahahaha

Sementara menunggu Encik Hafiz membayar dan test seterika yang di beli, saya dan Farah dok melepak, dan tengok apa yang saya nampak? Tea set yang sangat cantik pada saya..

Kalau ada sesiapa yang tahu kat mana ada jual, sila bagitahu ye..
Sapa yang cakap tak cantik, memang buta la

Last but not least, saya dan Farah.. :)

Tiada dalam gambar :
P/S : Thanks to Hafiz sebab belanja saya dan Farah makan sundae Mc Donald yang sangat yummy...

Share: