Salam :)
Ni entry yang dah lama bersawang dalam draft.. Ok, let's begin..
Keterujaan menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga biasanya ditambah lagi dengan keterujaan memilih tempat bersalin yang paling best! And of course tak terkecuali saya.. Dan macam biasa, menjadi ibu baru, macam-macam kita dimomokkan tentang syoknya hospital itu, kurangnya hospital ini, dan macam-macam..
Masih saya ingat ketika mengandungkan Naveed dulu, keadaan kewangan memang lah tak mewah, tapi bak kata Encek Sayang, selagi kita boleh usaha, kita akan cuba usaha selagi terdaya. Oleh kerana mahukan doktor perempuan sebagai doktor yang menyambut kelahiran Naveed, kami memilih hospital swasta sebagai pilihan pertama. Masa tu masih awal, ketika Naveed masih kurang 5 bulan dalam rahim mama :) Masih saya ingat ke Az-Zahrah di Bangi mengambil pampelet, berbincang dengan staff di sana. Balik rumah kami mengira kos yang terpaksa kami bayar nanti. Setelah di hitung kira, alhamdulillah memang cukup, dan kami start menabung..
Memang ada kenalan Encek Sayang yang isteri nya bersalin di sana, jadi secara am nya saya sudah mendapat gambaran awal tentang layanan doktor dan staff. Kakak tu sangat berpuas hati ketika bersalin di sana, tak ada masalah langsung, cuma akhirnya anak dia dilahirkan secara normal tetapi dengan bantual forceps dan vakum. Selain dari itu, semua nya ok! :)
Tinggal 3 bulan sebelum kelahiran Naveed, seorang lagi kenalan Encek Sayang isterinya bersalin, dan kali ini dia bersalin di hospital kerajaan, Hospital Ampang.. Saya dengar pengalaman bersalin dia di hospital kerajaan, kos rawatannya memang murah, kurang daripada RM50.. Layanan daripada staff hospital juga tidak kurang hebatnya daripada hospital swasta, seronok katanya..
Maka bermula lah episod saya berkira-kira balik dengan Encek Sayang.. Saya duduk sekali lagi berbincang berdua, dan akhirnya Encek Sayang minta saya sendiri yang buat keputusan sebab katanya yang akan bersalin nanti saya, saya juga yang akan mengalami pengalaman tu, jadi dia hanya mampu sediakan yang terbaik untuk saya. (ps : saya adalah salah seorang antara perempuan yang ketika mengandungnya punya masalah - bleeding during pregnancy, tapi bukan sebab uri di bawah, juga bukan sebab gugur.. Entah lah.. Saya sendiri tak tahu kenapa, jadi kebanyakan hospital kerajaan di Selangor dan Kuala Lumpur pernah saya menginap semalam dua, yang belum pernah cuma Hospital Selayang dan Sungai Buloh sahaja.. Akhirnya saya cakap pada Encek Sayang, saya nak bersalin di Hospital Ampang, segala saving yang kami buat untuk persediaan bersalin di hospital swasta, saya buat shopping! Seronok sangat rasanya bershopping untuk anak, lagi-lagi anak sulung! :)
Dan alhamdulillah, saya rasa keputusan saya tepat, saya minta kelas kedua, dan layanan dari A to Z sangat ok, saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua staff wad bersalin Hospital Ampang bulan June tahun 2008 kerana menguruskan saya dengan penuh kasih sayang, hehehe.. Ye lah rasanya memang nurse harus penuh dengan kasih sayang kan?! Maka ketika mahu bersalinkan Nayeef, saya pilih hospital yang sama, agak jauh dari tempat tinggal saya di Kajang, tapi macam yang saya cakap, saya antara manusia terpilih yang ketika mengandungnya punya masalah, maka ketika mengandungkan Nayeef, saya juga menjadi tetamu hospital secara kerap! Hehehe...
Dan sekali lagi alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan layanan doktor dan staff di Hospital Ampang pada bulan Oktober 2012, ketika saya bersalinkan Nayeef..
Benar kata Ummi, bersalin ni macam kita pergi ke Mekah, jangan cakap besar, setiap orang ada bahagian masing-masing, ada orang yang bersalin di hospital swasta, rasanya azab nauzubillah, juga ada yang bersalin di kerajaan pun macam tu.. Jadi, sebenarnya bukanlah hospital itu lebih bagus dari hospital ini dan so and so and so.. Tapi pokok pangkalnya semuanya urusan DIA, KUN FAYAKUN.. Kata DIA.. Moga saya masih lagi diberi nikmat, mudahnya bersalin untuk kandungan yang akan datang..
Apa-apa pun tepuk dada, tanyalah selera.. Kita sendiri yang boleh tentukan.. :)
5 comments:
sb mcm saya biasa sy g klinik biasa dan scan cuma untukkda pasti kan baby ok..tak pernah bt check up betul2..bulan ni sy pegi bt dah last month...agak2 kalau sy pegi bt check up skg mereka terima x?lgpun sy bekerja sush nak pegi time siang...kalau sabtu ahad sy pegi mereka terima tak?
Hana : susah nak ckp.. tapi cube la pergi.. kadang2 mereka ok je..
Hana : susah nak ckp.. tapi cube la pergi.. kadang2 mereka ok je..
Terima kasih atas posting..give me inspirations
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
Post a Comment