About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Friday, April 13, 2012

Bodoh Kan..?


Salam! :)

Adik-beradik tu ape? Bagi saya adik-beradik tu ibarat nyawa, yang bila tiada terasa bagai mahu mati.. Yang waktu kecil dulu tak pernah saya fikirkan langsung pun..

Masih saya ingat, waktu saya masuk tahun satu lama dahulu, Abbi belikan sebuah basikal untuk saya ke sekolah. Pada awalnya memang rasa sangat teruja, tapi keterujaan tu berakhir bila angah masuk tahun satu setahun kemudian. Bila dia masuk tahun satu, Ummi akan hantar dia ke sekolah dengan menaiki motosikal. Waktu tu saya rasa marah sangat, kenapa saya harus bersusah-payah mengayuh basikal ke sekolah, sedangkan angah hanya menaiki motosikal dengan sangat senang-lenang.

Di sekolah, oleh sebab alahan mata, dia tidak dibenarkan untuk berdiri dan beratur di perhimpunan, juga saya masih rasa tidak adil sebab, waktu perhimpunan tu panas dan saya sangat tidak suka! Juga, dia dikecualikan dalam semua acara kokurikulum sekolah.

Kemudian tahun-tahun saya membesar buatkan saya lebih marah pada angah. Sebab pada saya dia sangat dimanjakan oleh abbi dan ummi. Malahan, kalau kami bergaduh sekali pun, saya lah yang akan paling teruk kena pukul. Dan ketidak puas hatian tu berterusan bila ada adik, sebab adik lagilah dimanjakan dalam keluarga kerana dia yang bongsu.

Jadi untuk menghilangkan rasa marah dan tak suka saya pada rumah, saya libatkan diri dalam semua acara kokurikulum di sekolah, dari sukan dan permainan, sampailah ke kelab dan persatuan. Oleh kerana itu, kebanyakan masa saya habiskan di sekolah, dan hasilnya juga saya punya satu fail tebal penuh dengan sijil!

Bila semakin kami dewasa, saya meninggalkan rumah selepas menjadi seorang isteri, manakala angah dan adik meninggalkan rumah ke universiti, tapi setiap kali balik kampung, andai tak cukup sorang pasti akan rasa tak lengkap.

Bila dah besar, barulah saya tahu, semua rasa tak puas hati saya tu, angah turut rasa. Dia rasa alangkah seronoknya menjadi saya, sebab si keras kepala ini, sering mendapat apa yang saya nak, sedangkan dia tak dibenarkan menyerti apa-apa aktiviti. Bila terkenang balik semua ni, terasa.. OH BODOHNYA! Kenapa lah benda-benda macam ni pun nak marah?

Tapi sebenarnya itulah adik-beradik, hubungan yang kita tak boleh pilih. Yang merupakan ketentuan sejak azali lagi.. Tapi gaduh, marah dan iri hati tu sebenarnya buatkan kita adik beradik lebih menyayangi. :)

Tuesday, April 10, 2012

Manjanya Anak-Anak Kita..

Salam! :)

Masih ingat lagi, waktu kami adik-beradik masih kecil, Ummi dan Abbi selalu bawak pergi Pasar Lelong macam Pasar Malam tu, cuma bezanya di kampung kami membesar, pasar tu cuma ada 2 kali dalam sebulan. Juga masih ingat macam mana kami berlima naik motor abbi dulu.. Bila ingat-ingat balik, memang manis, sebab sekarang anak aku tak rasa macam ni. Dan mungkin seumur hidup mereka tak akan rasa manisnya hidup susah dan terpaksa berkongsi..

Biasanya kami pergi awal-awal pagi, dulu aku tak pernah faham, kenapa harus pagi-pagi lagi ke pasar tu, tapi makin aku besar, makin aku faham yang pergi ke pasar tu, bukan untuk beli makanan, atau pun sayur, yang utama untuk beli baju, kerana itulah SHOPPING COMPLEX terbesar kami. Abbi dan Ummi keluar pagi untuk pastikan kami dapat baju-baju yang masih cantik, padahal semuanya baju second-hand atau pun reject dari kilang. Dulu, setiap kali dapat baju baru, aku rasa happy gila, walau aku tak pernah tahu aku adalah tuan yang entah keberapa.

Masih teringat cerita Ummi bila mana raya, dalam poket abbi cuma ada kurang seratus untuk persiapan raya, dan macam mana mereka berdua dahulu kan kami bertiga, tapi SUMPAH aku katakan, seumur hidup aku, tak pernah aku beraya TANPA BAJU BARU.. Bila dah besar, baru aku tahu, sebab nak bagi kami adik-beradik baju baru, abbi dan ummi tak berbaju baru untuk hari raya, apatah lagi nak tukar langsir, perabot macam orang lain.

Kini, bila mana aku punya anak sendiri, aku nak anak aku rasa, benda yang aku tak pernah rasa waktu kecil dulu, aku tak pernah lagi belikan Naveed baju kat mana-mana pasar malam. Lupakah aku pada asal usul? Selagi mana baju itu tak berlabel dan dijual di pasar raya, maka pada aku baju tu tak berkualiti. Oh, bodohnya rasa kan?

Tapi antara sedar dan tidak, aku sendiri yang mengajar anak tentang LABEL, tentang STATUS yang mana sewaktu aku seusia dengan dia, tak pernah aku tau yang baju yang aku pakai harganya RM5 cuma..

Kadang-kadang aku terfikir, salah ke untuk aku berikan something pada anak aku yang aku tak pernah dapat dulu? Tapi in the same time, aku nak jugak dia rasa, macam mana hidup susah, hidup harus berkongsi dengan adik-beradik, sebab itu yang buatkan hubungan tu smpai ke mati..

Walau apa pun alasan mama, mama harap satu hari nanti Naveed akan dapat faham apa maksud mama..

Friday, April 6, 2012

Haii-Ho!!

Salam!

Hai... :) Ye, dah tau memang saya dah lama sangat tak update blog kan.. Kesian blog ni terbengkalai macam tu je, kesian jugak dengan Abang Naveed dah lama tak cerita tentang dia, kesian jugak dekat adik sebab tak tulis entry waktu mengandungkan dia.. Oh!!!

Kalau lah sehari tu boleh ada lebih dari 24 jam, rasanya tetap tak cukup kot.. Hehehe.. ;)

Cerita tentang Abang Naveed :
-Abang sekarang dah sangat happy sejak nak dapat adik ni. Becok mulut dok tanya bila adik nak keluar, itu dan ini..
-Abang punya Q-Dees progress pun sekarang alhamdulillah, dah nak masuk Reading Book 5, so far untuk age 4 tahun, saya sangat kagum dan bangga! :)
-Abang sekarang sangat rajin tolong mama kat rumah.. :)

Abang Naveed :D

Cerita tentang adik:
-Adik sekarang berusia 9 minggu, dah nak masuk 10 minggu. So far adik is doing so well inside cuma mama je yang rasa sangat LETIH, sangat PENAT untuk second pregnancy ni..
-Barang-barang untuk adik belum beli lagi sebab masih sangat-sangat awal.. :)

Ahh, just recap untuk the whole story je la.. Hehehe.. Soon update later keyh..

P/S : Tahun depan adik tak ada baby-sitter lagi sebab baby-sitter abang yang asal sekarang macam saya jugak tengah pregnant dan due-date nya 10 hari lepas saya.. Mana nak carik baby-sitter ni.. Huwaaaaaaa... :(