About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Thursday, October 27, 2011

Bukan Tak Mahu..

Salam..

Untuk kali pertama setelah berminggu-minggu blog ni tak di update.. 1001 alasan sudah tersedia, kenapa, mengapa, bagaimana dan bila kepada soalan, MENGAPA BLOG NI SUDAH LAMA TIDAK DIUPDATE?

Entah, secara tepatnya saya tak jumpa satu pun jawapan yang tepat.. Ataupun berjauh hati mungkin.. Kenapa? Dua minggu lepas saya berkobar-kobar menunggu 'jawapan' untuk 'persoalan' saya yang sangat besar.. Tapi ternyata saya tidak mendapat berita gembira daripada persoalan itu.. Tak mengapalah, ada rezeki lain mungkin..

Saya sendiri tak menyangka yang kesan daripada itu, buatkan hidup saya rasa serba serbi kurang.. Serba serbi tak lengkap.

"Ya Allah, tabahkanlah hatiku agar belajar menerima setiap ketentuan-Mu dengan hati yang terbuka.. Dan YAKIN bahawa akan sentiasa ada rezeki lain yang kau turunkan untukku... "


The left side result yang buat mood saya swings and rasa tak tentu arah ni.. :(